Teknologi
TENAGA MESRA ALAM SEKITAR: ADAKAH MALAYSIA SEDANG BERGERAK KE ARAH ITU?
Published
3 years agoon
By
Amy Ismail
Dunia kini sedang bergerak ke arah tenaga boleh baharu yang ternyata lebih mampan dan lestari kepada alam sekitar. Dengan peningkatan suhu dunia serta pelepasan gas rumah hijau yang kini pada tahap yang kritikal, penghasilan tenaga boleh baharu mungkin satu-satunya cara penyelesaian yang efektif bagi permasalahan ini. Antara top 5 tenaga boleh diperbaharui di dunia adalah solar, angin, hidro, biomas dan geoterma.
Malaysia juga tidak terkecuali dalam teknologi penghasilan tenaga boleh diperbaharui ini. Ramai penyelidik tempatan telah mula bekerja untuk merealisasikan impian untuk menghasilkan ciptaan baru bagi menghasilkan tenaga yang lebih mampan.
Bateri ion litium bagi automotif
Pada tahun lalu, 2019, Malaysia akan menjadi negara pertama di Asean yang menghasilkan bateri ion litium dalam 18 bulan akan datang. Ketua Pegawai Eksekutif Automotif Robotik dan Institut IoT Malaysia (MARii) Datuk Madani Sahari berkata jenis bateri akan menjadi bateri serupa yang digunakan dalam model kereta Tesla dari segi ukuran dan pengekalan tenaga. Menurut beliau lagi mereka mahu menjadikan Malaysia sebagai pengeluar bateri ion lithium di rantau ini. Di peringkat global, bateri ion litium tidak mencukupi untuk automotif kerana permintaannya semakin meningkat. Meskipun begitu, menghampiri bulan ke 18, masih tiada perkembangan bagi penghasilan bateri ini. Mungkin masa yang lebih diperlukan kerana dunia secara amnya kini sedang dilanda krisis kesihatan yang turut mempengaruhi produktiviti serta ekonomi.

Susunan bateri kereta Jaguar. Kredit foto Telegraph.uk
Penukaran tenaga terma laut (Ocean Thermal Energy Conversion – OTEC)
Bagaimana pula dengan penukaran tenaga terma laut (Ocean Thermal Energy Conversion – OTEC)? OTEC adalah proses atau teknologi untuk menghasilkan tenaga dengan memanfaatkan perbezaan suhu (kecerunan termal) antara perairan permukaan laut dan perairan laut dalam. Kajian yang telah dihasilkan oleh Dato’ Ir Dr Abu Bakar bin Jaafar daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkenaan OTEC adalah ciri khas OTEC adalah potensi untuk menyediakan elektrik baseload, yang bermaksud siang dan malam (24/7) dan sepanjang tahun. Ini adalah kelebihan besar misalnya pulau tropika yang biasanya memiliki jaringan elektrik yang kecil, tidak mampu menangani banyak kuasa yang berselang.

Dato’ Ir Dr Abu Bakar bin Jaafar bersama warga Pusat Tenaga Termal Laut UTM (UTM OTEC). Kredit foto UTM OTEC
Di samping menghasilkan tenaga elektrik, OTEC juga menawarkan kemungkinan untuk menghasilkan produk sinergi lain, seperti air tawar, nutrien untuk penternakan ikan yang ditingkatkan dan rumah hijau yang disejukkan dengan air laut yang memungkinkan pengeluaran makanan di kawasan yang terpencil. Akhir sekali, air sejuk boleh digunakan dalam membina sistem penyaman udara. Penjimatan tenaga sehingga 90% dapat direalisasikan.

Rajah OTEC. Kredit rajah Sandvik Materials Technology.
Tenaga hidrogen
Penerima Anugerah Merdeka 2016, Profesor Dato ‘Ir Dr Wan Ramli Wan Daud FASc, telah menjalankan kajian di bidang ilmiah utamanya, tenaga hidrogen boleh baharu tanpa emisi dari biojisim, air sisa, metanol dan solar tenaga; dan pada sel bahan bakar yang menggunakan hidrogen, metanol dan air sisa sebagai bahan bakar, yang pada waktu ianya dianggap sebagai hal baru.

Professor Dato’ Ir Dr Wan Ramli Wan Daud FASc. Kredit foto Merdeka Award
Beliau yakin bahawa tenaga hidrogen dan sel bahan bakar yang hanya mengeluarkan air, akan membantu Malaysia melaksanakan komitmennya pada COP 21 2015 di Paris untuk mengurangkan 45 peratus intensiti pelepasan karbonnya pada tahun 2030, berdasarkan tahap 2005. “Ini dapat dilakukan dengan mengganti bahan bakar fosil dengan tenaga hidrogen dan menggunakan sel bahan bakar dalam industri tenaga dan otomotif”, katanya.

Rajah rantaian ekonomi hidrogen. Kredit rajah Grahame, Aiden & Aguey-Zinsou, Francois.
Adakah kita semakin hampir dengan jalan kerja dan pelaksanaan bahan tenaga yang lebih mesra alam?
You may like
-
Impak Covid-19 terhadap ekonomi menyebabkan gaji graduan universiti lebih rendah
-
Jack Ma ‘hilang’ daripada radar?
-
5 teknopreneur paling menyerlah di Malaysia!
-
‘Extended Moratorium’ hampir berakhir: Pentingnya celik kewangan!
-
5 tips celik kewangan!
-
5G ditangguhkan sehingga 2022? Adakah Malaysia bersedia untuk menjadi sebahagian daripada gelombang ‘technovation’?

Kredit Foto: Meta Malaysia
Belia
Usahawan muda raih kejayaan melalui teknologi baru
Published
1 year agoon
16/01/2022By
Arabella
Alexander (dua kanan) menerima penghargaan daripada Pengerusi Dewan Perniagaan Digital Malaysia (MDCC), Joshua Sew (dua kiri) pada Majlis Anugerah Perniagaan Kecemerlangan Malaysia 2021 di Hotel Marriot, Putrajaya.
Kredit Foto: Faisol Mustafa
Usahawan muda kelahiran Malaysia ini berjaya membuktikan bahawa mereka tidak ketandusan idea sebaliknya terus bersemangat menempuh situasi ekonomi yang kian mencabar ketika ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau kagum dengan keupayaan usahawan muda yang mengguna pakai teknologi dan inovasi dalam perniagaan masing-masing.
Beliau berkata, usahawan tempatan juga membuktikan bahawa mereka sebenarnya boleh malah, mampu untuk memacu inovasi dan pertumbuhan ekonomi negara.
“Kemunculan usahawan seperti mereka mengukuhkan kepercayaan kerajaan terhadap kemampuan belia sebagai harapan negara.
“Keupayaan mereka menyesuaikan diri dalam teknologi baharu membolehkan mereka lebih inovatif dan kreatif dalam meneroka dan memperkenalkan peluang baharu dalam ekonomi dan industri,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2021.
Sebanyak 42 kategori anugerah disampaikan kepada usahawan tempatan yang terbabit dalam pelbagai bidang dan sektor ekonomi.
Tambahnya lagi, usahawan muda juga disaran mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baharu kerana ia penting bagi menjana pertumbuhan negara serta membuka peluang diperingkat antarabangsa.
Sumber: Kosmo Online
Teknologi
Microsoft akan melabur US$1bil di Malaysia untuk menubuhkan pusat data
Published
2 years agoon
20/04/2021By
Arabella
Foto: Bernama
Microsoft Corporation akan melabur AS$1bil (RM4.12bil) dalam tempoh lima tahun akan datang di Malaysia sebagai sebahagian daripada program perkongsian baharu dengan agensi kerajaan dan syarikat tempatan, kata perdana menteri Malaysia pada 19 April.
Pengumuman mengenai pelaburan terbesar teknologi AS di Malaysia datang selepas Malaysia memberi kelulusan bersyarat untuk Microsoft, Google, Amazon dan firma telekomunikasi negera, Telekom Malaysia untuk membina dan menguruskan pusat data berskala hiper serta menyediakan perkhidmatan ‘cloud’.
Ia juga datang selepas negara itu menyaksikan pelaburan langsung asing (FDI) menjunam sebanyak 68% tahun lepas, penurunan terbesar di Asia Tenggara.
Malaysia telah mempertahankan dirinya sebagai destinasi pelaburan, di mana menteri kewangan baru-baru ini mengatakan ia sedang melihat insentif untuk membantu menarik lebih banyak FDI.
Pelaburan daripada penyediaan perkhidmatan ‘cloud’ ini akan berjumlah di antara RM12bil hingga ke RM15bil dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Sebagai sebahagian daripada inisiatif Bersama Malaysia, Microsoft akan menubuhkan ‘datacentre region’ pertamanya di Malaysia, yang terdiri daripada pelbagai pusat data, untuk menguruskan data dari pelbagai negara,” kata Muhyiddin Yassin
“Datacentre region ini akan menjadi ‘game-changer’ untuk Malaysia,” Naib Presiden Eksekutif Microsoft Jean-Philippe Courtois berkata dalam satu kenyataan, sambil menambah ia akan membolehkan kerajaan dan segala jenis perniagaan ‘transform’ operasi mereka.
Di bawah program itu, Microsoft juga akan membantu sehingga sejuta rakyat Malaysia dalam mendapatkan kemahiran digital menjelang akhir 2023.
Petikan ini telah dialih bahasa. Petikan asal The Star.
#MalaysiaBoleh!