Teknologi
5G ditangguhkan sehingga 2022? Adakah Malaysia bersedia untuk menjadi sebahagian daripada gelombang ‘technovation’?
Published
2 years agoon
By
Amy Ismail
Teknologi 5G sememangnya telah ditunggu-tunggu sejak sekian lama lagi. Ura-ura mengenai teknologi 5G hangat diperkatakan sejak dua-tiga tahun kebelakangan ini. Pada mulanya, teknologi ini dijangka akan memasuki pasaran pada tahun 2020 dan menjadi negara pertama di Asia yang memiliki teknologi tersebut menurut laporan Berita Harian. Namun begitu, kedatangan Covid-19 serta kemelut politik di negara pada awal tahun ini telah mengubah segalanya.
Apa itu 5G?
5G adalah rangkaian mudah alih generasi ke-5. Ianya merupakan standard jaringan (network) tanpa wayar global yang terbaru selepas rangkaian 1G, 2G, 3G, dan 4G. 5G membolehkan rangkaian baru yang direka untuk menghubungkan hampir semua orang dan semua perkara bersama-sama termasuk mesin, objek, dan peranti.
Generasi pertama – 1G
80-an: 1G menyampaikan suara analog.
Generasi kedua – 2G
90-an: 2G memperkenalkan suara digital (mis. CDMA- Akses Bahagian Berbilang Kod).
Generasi ketiga – 3G
Awal tahun 2000: 3G membawa data mudah alih (mis. CDMA2000).
Generasi keempat – 4G LTE
2010: 4G LTE melancarkan era jalur lebar mudah alih.
1G, 2G, 3G, dan 4G semuanya membawa kepada 5G, yang direka untuk memberikan lebih banyak sambungan daripada yang pernah ada sebelumnya.
5G adalah antara teknologi yang lebih mesra dan lebih berkebolehan. Ianya juga lebih mementingkan kemudahan tanpa wayar atau wireless.
Dengan kelajuan tinggi, 5G semestinya mampu mengembangkan ekosistem mudah alih ke alam baru. 5G akan memberi kesan kepada setiap industri, menjadikan pengangkutan yang lebih selamat, penjagaan kesihatan daripada jarak jauh, ketepatan dalam sektor pertanian, logistik digital serta banyak lagi akan menjadi kenyataan.
5G turut menghadirkan tiga aspek baru: saluran yang lebih besar (untuk mempercepat pemprosesan data), latency yang lebih rendah (kadar tindak balas yang pantas), dan keupayaan untuk menyambungkan lebih banyak peranti sekaligus (untuk sensor dan peranti pintar).
Bagaimana pula dengan ‘Technovation’?
Technovation pula merujuk kepada singkatan daripada perkataan Inggeris technology and innovation , yang membawa maksud teknologi dan inovasi.
Sejak tahun 1970-an, negara maju telah meningkatkan secara relatifnya prestasi produktiviti, tetapi masih terdapat jurang yang signifikan dalam produktiviti sektor pasaran antara negara maju dan membangun. Sebilangan besar jurang antara mereka adalah disebabkan oleh tahap intensiti pengeluaran sesuatu produk serta modal kemahiran yang lebih rendah.

Kereta pandu sendiri
Meskipun begitu, masih ada jurang yang ketara yang turut mencerminkan bukan hanya kelemahan di bidang berteknologi tinggi tetapi ketidakmampuan untuk menyerap teknik dan kaedah amalan terbaik bagi pasaran produk tersebut. Sebahagiannya disebabkan oleh kelemahan inovasi teknologi walaupun mempunyai asas sains yang berkualiti tinggi.
Kedatangan 5G di Malaysia?
Menurut laporan The Edge, Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, kerajaan memberikan sepenuh komitmen dan keutamaan untuk melancarkan teknologi 5G pada akhir 2022 atau awal 2023.
Kereta pandu sendiri, jaringan IoT, bandar pintar adalah di antara industri yang amat memerlukan penggunaan teknologi 5G.
Hal ini turut menjejaskan para pemain industri kerana mereka kehilangan sekurang-kurangnya 25 peratus daripada sumber pendapatan akibat kelewatan pembangunan infra 5G menurut ABI Research.
Meskipun begitu, kedatangan 5G dinantikan kerana peranti yang berasaskan teknologi ini telah berada di pasaran dan masih tidak dapat digunakan sepenuh akibat jurang besar jaringan internet di antara bandar dan luar bandar. Jurang yang ketara ini masih dapat dilihat meskipun kemudahan 4G telah pun wujud di Malaysia setelah sekian lama.
Infrastruktur sedia ada masih perlu dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan dan permintaan pengguna mahupun pemain industri bagi teknologi ini. Kini adalah masa yang tepat di kala semua orang telah beralih kepada kepada sistem kerja mudah alih dan work from home.
Ramai juga di antara pengguna internet yang mula menggunakan internet secara besar-besaran bagi menjalankan perniagaan dan urusan dalam talian yang turut mengambil kira soal ‘technovation’ yang terkini. Atau mungkin Malaysia memerlukan lebih masa untuk mengurangkan jurang ini serta menambah baik infrastruktur sedia ada bagi menyambut kedatangan 5G? Ianya masih tidak terlewat.
You may like
-
Jack Ma ‘hilang’ daripada radar?
-
5 teknopreneur paling menyerlah di Malaysia!
-
‘Extended Moratorium’ hampir berakhir: Pentingnya celik kewangan!
-
TOP 5 DANA UNTUK START-UP DI MALAYSIA
-
START-UP DI SANDBOX ‘KHAYALAN’ VS MaGIC & MDEC MALAYSIA
-
REVOLUSI DISRUPTIF DIGITAL BERI IMPAK NEGATIF INDUSTRI AUTOMOTIF ATAU SEBALIKNYA?

Kredit Foto: Meta Malaysia
Belia
Usahawan muda raih kejayaan melalui teknologi baru
Published
1 year agoon
16/01/2022By
Arabella
Alexander (dua kanan) menerima penghargaan daripada Pengerusi Dewan Perniagaan Digital Malaysia (MDCC), Joshua Sew (dua kiri) pada Majlis Anugerah Perniagaan Kecemerlangan Malaysia 2021 di Hotel Marriot, Putrajaya.
Kredit Foto: Faisol Mustafa
Usahawan muda kelahiran Malaysia ini berjaya membuktikan bahawa mereka tidak ketandusan idea sebaliknya terus bersemangat menempuh situasi ekonomi yang kian mencabar ketika ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau kagum dengan keupayaan usahawan muda yang mengguna pakai teknologi dan inovasi dalam perniagaan masing-masing.
Beliau berkata, usahawan tempatan juga membuktikan bahawa mereka sebenarnya boleh malah, mampu untuk memacu inovasi dan pertumbuhan ekonomi negara.
“Kemunculan usahawan seperti mereka mengukuhkan kepercayaan kerajaan terhadap kemampuan belia sebagai harapan negara.
“Keupayaan mereka menyesuaikan diri dalam teknologi baharu membolehkan mereka lebih inovatif dan kreatif dalam meneroka dan memperkenalkan peluang baharu dalam ekonomi dan industri,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2021.
Sebanyak 42 kategori anugerah disampaikan kepada usahawan tempatan yang terbabit dalam pelbagai bidang dan sektor ekonomi.
Tambahnya lagi, usahawan muda juga disaran mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baharu kerana ia penting bagi menjana pertumbuhan negara serta membuka peluang diperingkat antarabangsa.
Sumber: Kosmo Online
Teknologi
Microsoft akan melabur US$1bil di Malaysia untuk menubuhkan pusat data
Published
2 years agoon
20/04/2021By
Arabella
Foto: Bernama
Microsoft Corporation akan melabur AS$1bil (RM4.12bil) dalam tempoh lima tahun akan datang di Malaysia sebagai sebahagian daripada program perkongsian baharu dengan agensi kerajaan dan syarikat tempatan, kata perdana menteri Malaysia pada 19 April.
Pengumuman mengenai pelaburan terbesar teknologi AS di Malaysia datang selepas Malaysia memberi kelulusan bersyarat untuk Microsoft, Google, Amazon dan firma telekomunikasi negera, Telekom Malaysia untuk membina dan menguruskan pusat data berskala hiper serta menyediakan perkhidmatan ‘cloud’.
Ia juga datang selepas negara itu menyaksikan pelaburan langsung asing (FDI) menjunam sebanyak 68% tahun lepas, penurunan terbesar di Asia Tenggara.
Malaysia telah mempertahankan dirinya sebagai destinasi pelaburan, di mana menteri kewangan baru-baru ini mengatakan ia sedang melihat insentif untuk membantu menarik lebih banyak FDI.
Pelaburan daripada penyediaan perkhidmatan ‘cloud’ ini akan berjumlah di antara RM12bil hingga ke RM15bil dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Sebagai sebahagian daripada inisiatif Bersama Malaysia, Microsoft akan menubuhkan ‘datacentre region’ pertamanya di Malaysia, yang terdiri daripada pelbagai pusat data, untuk menguruskan data dari pelbagai negara,” kata Muhyiddin Yassin
“Datacentre region ini akan menjadi ‘game-changer’ untuk Malaysia,” Naib Presiden Eksekutif Microsoft Jean-Philippe Courtois berkata dalam satu kenyataan, sambil menambah ia akan membolehkan kerajaan dan segala jenis perniagaan ‘transform’ operasi mereka.
Di bawah program itu, Microsoft juga akan membantu sehingga sejuta rakyat Malaysia dalam mendapatkan kemahiran digital menjelang akhir 2023.
Petikan ini telah dialih bahasa. Petikan asal The Star.
#MalaysiaBoleh!