Teknologi
STEM: MENCIPTA GELOMBANG TEKNOLOGI TINGGI DI MALAYSIA

Sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik atau lebih dikenali dengan singkatan STEM, adalah kurikulum berdasarkan idea mendidik pelajar dalam empat disiplin khusus tersebut.
Pada tahun 2020 ini sahaja , direkodkan hanya 19 peratus yang memilih aliran sains sebagai teras daripada 447,000 calon yang menduduki Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) pada tahun lalu apabila menjejakkan kaki ke Tingkatan Empat berdasarkan laporan Berita Harian. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia, kemerosotan ini jelas kelihatan daripada tahun ke tahun kerana pada tahun 2018, jumlah pelajar yang mengambil bidang STEM hanya 44 peratus berbanding 49 peratus pada 2012.
Impaknya semakin jelas kelihatan apabila pengajian membabitkan STEM di universiti tidak dapat dipenuhi kerana kekurangan calon dari aliran terbabit, sekali gus tidak mampu menghasilkan lebih ramai tenaga pakar bidang.
Keperluan STEM

Gambar sekadar hiasan. Kredit foto Harian Metro
Meskipun ramai yang beranggapan STEM tidak dapat menjanjikan peluang cerah dalam dunia pekerjaan pada ketika ini, tanggapan ini adalah salah sama sekali dan perlu disangkal.Tanpa pendedahan awal terhadap STEM, pelbagai ciptaan dan rekaan baru tidak dapat dihasilkan. Peluang ini yang sepatutnya direbut oleh anak muda dan belia di Malaysia. Dengan mencipta peluang daripada kemahiran mereka sendiri dalam bidang berkaitan STEM.

Seorang budak lelaki menggunakan mikroskop dalam pelajaran sains.
Jalinan di antara sektor pendidikan dan syarikat swasta perlu diperhalusi dalam memahami konteks sebenar bidang STEM ini. Industri 4.0 misalnya memerlukan kepakaran dalam bidang pengaturcaraan, big data, internet of things (IoT), cybersecurity dan banyak lagi perlu diberi pertimbangan untuk dimasukkan ke dalam silibus sedari pra sekolah sehingga di tahap menengah. Meskipun bidang IT atau ICT telah pun diperkenalkan di peringkat menengah mahupun rendah, namun tidak semua cakna tentang pentingnya subjek ini di masa akan datang.
Sektor Swasta dalam Penyelidikan dan Reka Cipta (R&D)
Sektor swasta juga berperanan penting dalam pendedahan berkaitan bidang STEM. Pelaburan dalam bidang R&D terutamanya bagi menghasilkan produk yang berimpak tinggi serta memberi manfaat kepada masyarakat amnya amat penting bagi memberi pendedahan kepada orang awam.
Penglibatan anak muda kini yang lebih tertumpu kepada Industri 4.0 turut memberi kesan langsung kepada sistem pendidikan STEM. Revolusi industri generasi ke-4 turut melibatkan penyambungan sistem siber-fizikal (CPS) di mana mesin pengeluaran yang ada dan baru dilengkapi dengan sensor yang mengumpulkan banyak data yang relevan, menggunakan kod QR atau tag RFID untuk mengenal pasti produk yang berbeza. Meskipun asas Industri 4.0 yang lebih menggunakan jentera atau mesin berbanding tenaga manusia, namun ‘otak’ disebalik peralatan tersebut tidak boleh disangkal lagi. Banyak syarikat baru atau start up di Malaysia yang kini terlibat secara langsung dalam penghasilan teknologi berasaskan Industri 4.0 ini dan ianya disokong penuh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan munculnya Dasar Kebangsaan Industri 4.0.

Konsep Industri 4.0.
Pemain industri yang berkaitan industri berat berteknologi tinggi turut bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2019 sebagai kawasan lapangan bagi pelajar-pelajar TVET untuk lebih mendalami industri ini secara lebih dekat. Antara syarikat yang terlibat adalah Dynac Sdn Bhd, EEW Malaysia Sdn Bhd, Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd dan Brooke Dockyard&Engineering Works Corporation. Walaupun peluang ini diberi kepada pelajar-pelajar TVET, namun tidak mustahil ianya boleh menjadi titik awal bagi lebih banyak penglibatan pemain industri berat untuk lebih cakna tentang keadaan sistem pendidikan masa kini. Dimiliki oleh Datuk Abdul Rahman Mohamed Shariff, Syarikat Dynac Sdn Bhd misalnya berpengalaman luas dalam industri dengan 38 tahun pengalaman. Pelbagai produk dan perkhidmatan syarikat tersebut bermula daripada minyak dan gas, kilang kimia, industri pembinaan rig hingga telekomunikasi.

Datuk Abdul Rahman Mohamed Shariff, Pengarah Urusan dan Pemilik DYNAC Sdn Bhd.
Industri automotif mahupun aeroangkasa juga berperanan penting dalam membina minat pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka dalam industri berkaitan. Izmir Yamin, Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Teknologi dan Pengasas, Independence-X Aerospace merupakan contoh anak muda yang terlibat secara langsung dalam bidang aeroangkasa di Malaysia. Beliau dan turut memenangi Google Lunar XPRIZE (GLXP) pada tahun 2008. Penglibatan secara langsung ini perlu diberi pendedahan yang meluas oleh media kerana ianya dapat membuka mata ramai di antara kita terutamanya ibu bapa untuk menyokong anak-anak mengikuti program STEM.
Dasar, Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2013-2020 bakal berakhir tidak lama lagi. Apakah persiapan Kementerian Pendidikan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 di kala pandemik yang kian meruncing dalam mengukuhkan penglibatan pelajar untuk mengikuti bidang STEM? Adakah Malaysia berjaya untuk mencipta gelombang teknologi tinggi dalam kalangan rakyat?
Teknologi
Facebook bertukar nama kepada META

Kredit Foto: Meta Malaysia
Belia
Usahawan muda raih kejayaan melalui teknologi baru

Alexander (dua kanan) menerima penghargaan daripada Pengerusi Dewan Perniagaan Digital Malaysia (MDCC), Joshua Sew (dua kiri) pada Majlis Anugerah Perniagaan Kecemerlangan Malaysia 2021 di Hotel Marriot, Putrajaya.
Kredit Foto: Faisol Mustafa
Usahawan muda kelahiran Malaysia ini berjaya membuktikan bahawa mereka tidak ketandusan idea sebaliknya terus bersemangat menempuh situasi ekonomi yang kian mencabar ketika ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau kagum dengan keupayaan usahawan muda yang mengguna pakai teknologi dan inovasi dalam perniagaan masing-masing.
Beliau berkata, usahawan tempatan juga membuktikan bahawa mereka sebenarnya boleh malah, mampu untuk memacu inovasi dan pertumbuhan ekonomi negara.
“Kemunculan usahawan seperti mereka mengukuhkan kepercayaan kerajaan terhadap kemampuan belia sebagai harapan negara.
“Keupayaan mereka menyesuaikan diri dalam teknologi baharu membolehkan mereka lebih inovatif dan kreatif dalam meneroka dan memperkenalkan peluang baharu dalam ekonomi dan industri,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2021.
Sebanyak 42 kategori anugerah disampaikan kepada usahawan tempatan yang terbabit dalam pelbagai bidang dan sektor ekonomi.
Tambahnya lagi, usahawan muda juga disaran mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baharu kerana ia penting bagi menjana pertumbuhan negara serta membuka peluang diperingkat antarabangsa.
Sumber: Kosmo Online
Teknologi
Microsoft akan melabur US$1bil di Malaysia untuk menubuhkan pusat data

Foto: Bernama
Microsoft Corporation akan melabur AS$1bil (RM4.12bil) dalam tempoh lima tahun akan datang di Malaysia sebagai sebahagian daripada program perkongsian baharu dengan agensi kerajaan dan syarikat tempatan, kata perdana menteri Malaysia pada 19 April.
Pengumuman mengenai pelaburan terbesar teknologi AS di Malaysia datang selepas Malaysia memberi kelulusan bersyarat untuk Microsoft, Google, Amazon dan firma telekomunikasi negera, Telekom Malaysia untuk membina dan menguruskan pusat data berskala hiper serta menyediakan perkhidmatan ‘cloud’.
Ia juga datang selepas negara itu menyaksikan pelaburan langsung asing (FDI) menjunam sebanyak 68% tahun lepas, penurunan terbesar di Asia Tenggara.
Malaysia telah mempertahankan dirinya sebagai destinasi pelaburan, di mana menteri kewangan baru-baru ini mengatakan ia sedang melihat insentif untuk membantu menarik lebih banyak FDI.
Pelaburan daripada penyediaan perkhidmatan ‘cloud’ ini akan berjumlah di antara RM12bil hingga ke RM15bil dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Sebagai sebahagian daripada inisiatif Bersama Malaysia, Microsoft akan menubuhkan ‘datacentre region’ pertamanya di Malaysia, yang terdiri daripada pelbagai pusat data, untuk menguruskan data dari pelbagai negara,” kata Muhyiddin Yassin
“Datacentre region ini akan menjadi ‘game-changer’ untuk Malaysia,” Naib Presiden Eksekutif Microsoft Jean-Philippe Courtois berkata dalam satu kenyataan, sambil menambah ia akan membolehkan kerajaan dan segala jenis perniagaan ‘transform’ operasi mereka.
Di bawah program itu, Microsoft juga akan membantu sehingga sejuta rakyat Malaysia dalam mendapatkan kemahiran digital menjelang akhir 2023.
Petikan ini telah dialih bahasa. Petikan asal The Star.
#MalaysiaBoleh!