Connect with us

Ekonomi

5 teknopreneur paling menyerlah di Malaysia!

Published

on

Penglibatan usahawan teknologi dalam ekonomi amatlah memberangsangkan.
 
Menawarkan produk atau servis telah membantu sebilangan besar rakyat terutamanya di Malaysia dan rantau Asia. Ia seterusnya te;ah menjadikan mereka lebih menyerlah dan maju setapak ke hadapan.

Berikut merupakan senarai 5 teknopreneur paling menyerlah di Malaysia (senarai ini tidak mengikut turutan):

1. Patrick Grove (iFlix’s co-founder and chairman) 

Patrick Grove, Pengerusi & Pengasas Bersama iFlix. Sumber: Hatch Square

Tersenarai dalam 50 orang terkaya di Malaysia pada tahun 2020 oleh Forbes, Patrick Grove adalah pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Catcha Group dan iFlix merupakan pesaing hebat kepada penyedia perkhidmatan streaming video, Netflix. Beliau yang kini berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia turut

Sehingga tarikh 3 April 2020, nilai bersih kekayaan Patrick mengjangkau USD$465 juta menurut The Forbes, beliau juga telah berjaya membawa bersama-sama beliau lima syarikat start-up sehingga ke peringkat IPO.  Usaha beliau termasuklah iProperty, Catcha Digital, iFlix, Rev Asia dan iCar Asia. Iflix kini beroperasi di 22 negara di Asia Tenggara, Asia Selatan, Afrika Utara dan Timur Tengah.

Seperti yang dilaporkan oleh Asian Financial Review, Patrick memulakan pengembaraan perdagangan sahamnya pada usia muda 16 tahun dan berpegang kepada falsafah Warren Buffet iaitu the “sage of Omaha” is the best money manager in the world yang membawa maksud “sage of Omaha” adalah pengurus wang terbaik di dunia.

2. Vivy Yusof

Vivy Yusof, Ketua Pegawai Kreatif FashionValet. Sumber: The Star

Vivy Yusof adalah Ketua Pegawai Kreatif di FashionValet, sebuah syarikat e-dagang fesyen yang diasaskan oleh dirinya dan suaminya Fadzarudin Anuar (Fadza) pada tahun 2010.

Vivy juga merupakan pengasas bersama The dUCk Group, yang merupakan salah satu jenama paling cepat berkembang di Malaysia yang menjual tudung, beg, dan kosmetik. dUCk adalah jenama tudung dan kosmetik tempatan pertama yang membuka kedai utama mereka di pusat membeli-belah berprestij Malaysia, Pavilion, dan diikuti pembukaan di KLCC, Setia City Mall, One Utama dan di Haji Lane di Singapura. Vivy telah berjaya membawa dUCK untuk bekerjasama dengan jenama antarabangsa seperti Barbie, Disney, Miss Universe, Fox Movies dan banyak lagi.

Pada tahun 2017, Vivy turut tersenarai di dalam Forbes Top 30 under 30 Asia.

3. Anthony Tan (Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Grab)

Anthony Tan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas bersama Grab. Sumber: Apac Entrepreneur.

Sebagai anak bongsu daripada tiga beradik dalam keluarga Tan Chong Motor Holdings Bhd, Anthony Tan berkeras untuk mendirikan perniagaannya sendiri dan telah berjaya melebarkan sayapnya sejauh ini dengan Grab, sebuah aplikasi untuk e-hailing dan perkhidmatan rider.

Aplikasi Grab boleh digunakan di Singapura, Malaysia, Thailand, Vietnam dan Filipina. Menurut laman web Statista, pengguna aplikasi Grab pada tahun 2017 hingga 2019 melonjak daripada 36 juta orang ke 122 juta orang di Asia Pasifik.

Kekayaan bersih Anthony Tan seperti yang disenaraikan di Forbes pada tahun 2019 adalah sebanyak USD380 juta.

4. Arif Tukiman, CEO of RunCloud

Arif Tukiman, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif RunCloud. Sumber: Ariftukiman.com

Arif Tukiman pemuda berusia 28 tahun dan berasal daripada Johor Bahru ini adalah pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif RunCloud, sebuah panel kawalan berpusat yang membantu menyebarkan, mengkonfigurasi, mengurus dan memantau aplikasi cloud sharing.

Sejak dilancarkan pada tahun 2016, startup ini kini telah menguruskan lebih dari 220,000 aplikasi web daripada lebih 100 buah negara di seluruh dunia termasuk AS, UK, dan India.

RunCloud juga telah menjuarai Piala Malaysia Startup leg Malaysia pada tahun 2018.

Beliau turut tersenarai dalam senarai Forbes ’30 Under 30 Asia 2020 dibawah kategori Teknologi Perusahaan.

5. Wan Hasifi Amin Wan Zaidon, Pengasas Bersama Baituljannah

Wan Hasifi Amin Wan Zaidon, Pengasas Bersama Baituljannah.com . Sumber: Forbes

Memulakan kerjaya sebagai seorang doktor perubatan terlatih, Wan Hasifi Amin bertukar haluan yang drastik ketika beliau menubuhkan Baituljannah, sebuah laman web mencari jodoh untuk umat Islam. Ianya bertujuan untuk menolong orang Islam bujang untuk mencari pasangan melalui cara yang halal, selamat dan selesa.

Turut memegang jawatan sebagai Pengarah Urusannya, beliau berkongsi bahawa laman web ini mempunyai kira-kira 500,000 pengguna berdaftar dan telah membantu sekitar 25,000 umat Islam di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura mencari pasangan sejak pelancarannya pada tahun 2017.

Pada bulan Disember 2019 mereka melancarkan aplikasi Android versi Baituljannah, dan sepatutnya pada bulan April 2020 mereka akan meluncurkan versi iOS namun begitu kehadiran pandemik Covid-19 mungkin memberi tekanan hebat bagi usaha tersebut.

Beliau tersenarai dalam Forbes ’30 Under 30 Asia 2020: Teknologi Pengguna

Baituljannah di Google Playstore

Rujukan:

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ekonomi

5 OBJEKTIF UTAMA PPN DAN BELANJAWAN 2020

Published

on

By

Pelan Pemulihan Negara (PPN) merupakan pelan hala tuju berfasa untuk menyokong peralihan keluar daripada krisis kesihatan dan ekonomi. Di bawah ini merupakan lima objektif utama PPN.

Kredit Foto: Instagram KKM

Manakala, belanjawan 2022 akan memperincikan kesinambungan PPN dan langkah-langkah pemulihan ekonomi lain. Belanjawan 2022 ini akan dibentangkan pada 29 oktober 2021.

Kredit Foto: Instagram KKM

#kitajagakita

#malaysiaboleh

Continue Reading

Ekonomi

SENARAI BANK MAKANAN

Published

on

By

Pandemik Covid-19 telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan, malahan ramai juga yang kehilangan ahli keluarga akibat jangkitan Covid-19 yang meragut nyawa mereka. Di saat kita menanti untuk keadaan menjadi lebih baik, ramai rakyat Malaysia bersatu hati membantu mereka yang memerlukan dengan menyediakan bank makanan di kebanyakan cawangan mereka.

1. Elewsmart – Bank makanan di 22 Elewsmart

Kredit Foto : Elewsmart

Ustaz Ebit Lew terkenal di kalangan rakyat Malaysia kerana telah banyak membantu mereka yang memerlukan. Cara lain untuk menolong mereka dalam kehidupan sehari-hari adalah rangkaian kedai runcitnya yang mampu dimiliki dengan bank makanan yang dilengkapi dengan barang keperluan yang didirikan di luar semua 22 cawangan yang terletak di Lembah Klang.

Anda boleh menurunkan barang yang ingin anda sumbangkan secara langsung. Item yang terdapat di bank makanan ini merangkumi keperluan seperti beras, syampu dan telur, dan banyak lagi. Dan mereka yang memerlukan boleh mengambil apa yang mereka perlukan dari bank makanan ini.

Senarai cawangan Elewsmart

2. BIG Pharmacy – Bank makanan di 10 cawanagan Big Pharmacy

Kredit Foto: FB Big Pharmacy

BIG Pharmacy telah menyertai kempen Bendera Putih. Mereka yang memerlukan makanan boleh mengunjungi kedai yang mengambil bahagian untuk mengambil apa yang mereka perlukan.

Bagi mereka yang ingin membantu, anda boleh menyumbangkan barang keperluan di kaunter bank makanan mereka sementara kedai mereka dibuka.

Senarai cawangan Big Pharmacy

3. Shell – Bank makanan di 52 stesen

Kredit Foto: FB Community Food Box

Kotak makanan dengan makanan kering yang tidak mudah rosak boleh didapati di 52 stesen minyak Shell di KL dan Selangor. Kotak-kotak ini didirikan sebagai projek berasaskan sukarelawan, yang dikendalikan oleh Teddy Mobile Clinic, telah wujud selama lebih dari setahun sekarang. Item yang disumbangkan akan memberi kelegaan kepada individu seperti pelajar kurang berkemampuan, orang tua, dan individu berpendapatan rendah.

Senarai bank makanan Shell di Lembah Klang

4. Petronas – Bank makanan di 48 stesen

 

Kredit Foto: FB Petronas

Petronas adalah stesen minyak lain yang mempunyai program bank makanan, dengan rak di premis mereka yang dilengkapi dengan barang keperluan untuk mereka yang memerlukan. Cari rak ini di 48 stesen yang mengambil bahagian di Lembah Klang, dan di seluruh Malaysia. Sesiapa yang ingin menderma boleh membeli barang makanan yang tidak mudah rosak, seperti tepung, beras, minyak masak, dan membawanya ke stesen Petronas yang mengambil bahagian.

Senarai bank makanan Petronas

5. MYDIN

Kredit Foto: FB MYDIN Malaysia

MYDIN juga mempunyai pakej bantuan makanan dengan keperluan harian, seperti roti, susu dan makanan dalam tin, bagi sesiapa yang memerlukan. Penyumbang boleh menghubungi mereka di nombor WhatsApp mereka untuk menghantar bungkusan kepada penerima. Anda mesti melampirkan alamat dan nombor telefon kepada siapa anda ingin menghantarnya, serta foto rumah mereka dengan bendera putih terangkat.

Inisiatif ini akan dilaksanakan dari 3 hingga 16 Julai, dengan barang dihantar dalam masa 24 jam kepada penduduk yang tinggal dalam lingkungan 10KM dari cawangan MYDIN.

6. Econsave

Kredit Foto: FB Econsave

Econsave akan memberikan pakej bantuan makanan kepada sesiapa yang menaikkan bendera putih dari kediaman mereka sebagai sebahagian daripada kempen Bendera Putih juga. Pakej ini akan merangkumi keperluan makanan seperti beras, tepung, gula, kopi dan biskut untuk meringankan beban mereka yang kehilangan pekerjaan, atau menghadapi kesukaran, kerana wabak itu.

Sekiranya anda menemui bendera putih yang terbang dari kediaman dalam radius 10KM dari lokasi kedai mereka, hantarkan mereka mesej di WhatsApp atau Facebook di sini dengan gambar bendera dan alamat lokasi dilampirkan.

Semoga senarai bank makanan di atas ini dapat membantu semua yang terkesan dengan pandemik ini.

#KitaJagaKita #BankMakananMalaysia #MalaysiaBoleh!

Continue Reading

Ekonomi

Impak Covid-19 terhadap ekonomi menyebabkan gaji graduan universiti lebih rendah

Published

on

By

Kesan Covid-19 terhadap ekonomi Malaysia menjadi punca kekangan kewangan yang dihadapi kebanyakan majikan menyebabkan graduan lepasan universiti menerima gaji permulaan yang lebih rendah pada 2020, berbanding tahun sebelumnya, kata Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain J.P.

Tambahnya lagi, majoriti majikan kini mengalami masalah aliran tunai, dengan lebih 32,000 syarikat ditutup tahun lepas akibat daripada pandemik ini.

Syed Hussain berkata, beberapa majikan masih mengurangkan segala kos yang tidak diperlukan, dalam masa yang sama menggunakan segala kemahiran yang ada dalam usaha menstabilkan perniagaan.

“Covid menjadi punca ramai pekerja dipotong gaji dan dikurangkan faedah, manakala majikan pula bergantung kepada subsidi yang diberikan oleh kerajaan melalui inisiatif PRIHATIN, PENJANA dan PEMERKASA untuk mengelakkan pemberhentian lebih ramai pekerja,” kata Syed Hussain

Oleh itu, bersyukurlah bagi mereka yang masih bekerja, walaupun memperoleh gaji yang kecil kerana terdapat ramai yang masih mencari pekerjaan untuk menyara ahli keluarga. Bersama-samalah kita mematuhi SOP agar rantaian Covid-19 boleh diputuskan dengan segera.

Petikan ini telah dialih bahasa. Petikan asal oleh EdgeProp.

#kitajagakita

Continue Reading

Trending