Teknologi
REVOLUSI DISRUPTIF DIGITAL BERI IMPAK NEGATIF INDUSTRI AUTOMOTIF ATAU SEBALIKNYA?

Pekhidmatan e-hailing bukanlah sesuatu yang asing buat rakyat Malaysia mahupun masyarakat di rantau ini. Di peringkat global, Uber dan Lyft adalah dua entiti pertama yang mengganggu industri pengangkutan yang ketika itu bernilai $ 8 trilion dengan menjadikan pemilikan kereta kurang diperlukan. Meskipun begitu, pengeluar jenama automotif perlu dengan cepat memutuskan bagaimana mereka akan bertindak balas secara strategik terhadap disruptif digital seperti perkhidmatan e-hailing dan sebagainya.

Uber dan Lyft adalah dua penyedia perkhidmatan e-hailing dunia. Kredit foto: Medium.com
Perkhidmatan e-hailing misalnya telah mencipta semula model perniagaan yang ada, membuat model baru, mengubah ekosistem automatik dan merancang semula penglibatan dan harapan pelanggan. Sepanjang perjalanan ini, titik kawalan dan kumpulan keuntungan akan berubah, dan nilai ekonomi dalam industri automotif dan permintaan kenderaan di pasaran akan berubah selamanya.
Namun, menuju ke arah negara bebas karbon, penggunaan kenderaan persendirian perlulah dalam kadar yang minima dan perkhidmatan e-hailing sedia ada membawa revolusi yang sama. Industri automotif khususnya perlu bergerak 10 kali lebih pantas dalam merevolusikan industri automotif supaya lebih mesra alam. Penggunaan elektrik atau teknologi hibrid hydro sebagai sumber tenaga bagi kereta yang lebih bersih dan hijau tenaganya mampu membawa revolusi ini ke tahap seterusnya.
Malangnya, sebahagian daripada industri dengan reputasi yang negatif serta pengedar kereta-kereta konvensional, masih belum mengikuti perubahan ini dan masih akan berusaha untuk mencegah orang membeli kenderaan elektrik yang lebih mudah dan lebih murah untuk digerakkan.
Tetapi, perubahan dan revolusi kenderaan elektrik mampu memberikan peluang kepada industri ini untuk kekal relevan dan sesuai dengan keperluan model ekonomi semasa terhadap pemilikan kereta disamping mengurangkan pencemaran. Di Malaysia sendiri, terdapat banyak ura-ura tentang menggunakan elektrik sebagai salah satu revolusi tenaga namun masih tiada petunjuk seterusnya di manakah hala tuju kita pada ketika ini.
Pokok persoalan masih kekal di pihak pembekal dan pengilang automotif. Adakah revolusi disruptif digital telah memberi impak negatif industri automotif atau sebaliknya?
Teknologi
Facebook bertukar nama kepada META

Kredit Foto: Meta Malaysia
Belia
Usahawan muda raih kejayaan melalui teknologi baru

Alexander (dua kanan) menerima penghargaan daripada Pengerusi Dewan Perniagaan Digital Malaysia (MDCC), Joshua Sew (dua kiri) pada Majlis Anugerah Perniagaan Kecemerlangan Malaysia 2021 di Hotel Marriot, Putrajaya.
Kredit Foto: Faisol Mustafa
Usahawan muda kelahiran Malaysia ini berjaya membuktikan bahawa mereka tidak ketandusan idea sebaliknya terus bersemangat menempuh situasi ekonomi yang kian mencabar ketika ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau kagum dengan keupayaan usahawan muda yang mengguna pakai teknologi dan inovasi dalam perniagaan masing-masing.
Beliau berkata, usahawan tempatan juga membuktikan bahawa mereka sebenarnya boleh malah, mampu untuk memacu inovasi dan pertumbuhan ekonomi negara.
“Kemunculan usahawan seperti mereka mengukuhkan kepercayaan kerajaan terhadap kemampuan belia sebagai harapan negara.
“Keupayaan mereka menyesuaikan diri dalam teknologi baharu membolehkan mereka lebih inovatif dan kreatif dalam meneroka dan memperkenalkan peluang baharu dalam ekonomi dan industri,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2021.
Sebanyak 42 kategori anugerah disampaikan kepada usahawan tempatan yang terbabit dalam pelbagai bidang dan sektor ekonomi.
Tambahnya lagi, usahawan muda juga disaran mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baharu kerana ia penting bagi menjana pertumbuhan negara serta membuka peluang diperingkat antarabangsa.
Sumber: Kosmo Online
Teknologi
Microsoft akan melabur US$1bil di Malaysia untuk menubuhkan pusat data

Foto: Bernama
Microsoft Corporation akan melabur AS$1bil (RM4.12bil) dalam tempoh lima tahun akan datang di Malaysia sebagai sebahagian daripada program perkongsian baharu dengan agensi kerajaan dan syarikat tempatan, kata perdana menteri Malaysia pada 19 April.
Pengumuman mengenai pelaburan terbesar teknologi AS di Malaysia datang selepas Malaysia memberi kelulusan bersyarat untuk Microsoft, Google, Amazon dan firma telekomunikasi negera, Telekom Malaysia untuk membina dan menguruskan pusat data berskala hiper serta menyediakan perkhidmatan ‘cloud’.
Ia juga datang selepas negara itu menyaksikan pelaburan langsung asing (FDI) menjunam sebanyak 68% tahun lepas, penurunan terbesar di Asia Tenggara.
Malaysia telah mempertahankan dirinya sebagai destinasi pelaburan, di mana menteri kewangan baru-baru ini mengatakan ia sedang melihat insentif untuk membantu menarik lebih banyak FDI.
Pelaburan daripada penyediaan perkhidmatan ‘cloud’ ini akan berjumlah di antara RM12bil hingga ke RM15bil dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Sebagai sebahagian daripada inisiatif Bersama Malaysia, Microsoft akan menubuhkan ‘datacentre region’ pertamanya di Malaysia, yang terdiri daripada pelbagai pusat data, untuk menguruskan data dari pelbagai negara,” kata Muhyiddin Yassin
“Datacentre region ini akan menjadi ‘game-changer’ untuk Malaysia,” Naib Presiden Eksekutif Microsoft Jean-Philippe Courtois berkata dalam satu kenyataan, sambil menambah ia akan membolehkan kerajaan dan segala jenis perniagaan ‘transform’ operasi mereka.
Di bawah program itu, Microsoft juga akan membantu sehingga sejuta rakyat Malaysia dalam mendapatkan kemahiran digital menjelang akhir 2023.
Petikan ini telah dialih bahasa. Petikan asal The Star.
#MalaysiaBoleh!