Teknologi
START-UP DI SANDBOX ‘KHAYALAN’ VS MaGIC & MDEC MALAYSIA

Sesiapa yang mempunyai akaun Netflix mahupun penggemar kdrama semestinya tertunggu-tunggu episod terbaru drama Start-Up yang kini sedang ditayangkan di layar kaca tv anda. Terletak di Sandbox (sebuah Silicon Valley fiksyen di Korea Selatan), drama ini memaparkan kehidupan empat watak utama ketika mereka menggerakkan jalan cerita dalam mereka mengharungi cabaran dalam dunia perniagaan.
Tidak hanya cinta, drama ini turut berkisar tentang cabaran usahawan-usahawan muda dalam membina kerjaya berasaskan teknologi di Korea Selatan. Samsan Tech misalnya telah menghasilkan Noongil, sebuah aplikasi yang menggunakan teknologi AI ‘face recognition’ yang mensasarkan pengguna yang mempunyai gangguan penglihatan serta aplikasi yang menggunakan ‘machine learning’ untuk membezakan tandatangan palsu dengan asli semasa Hackathon di Sandbox.
Sandbox: Bayangan Silicon Valley Korea Selatan?
Ekosistem Start-Up di Korea Selatan sebenarnya telah pun wujud. Turut diberi nama Sandbox Korea, adalah perkhidmatan kewangan inovatif iaitu perkhidmatan yang disediakan dalam industri kewangan atau perniagaan berkaitan yang diiktiraf kerana kandungan, kaedah, bentuk, dan lain-lain yang dibezakan dan ditetapkan sebagai pengecualian peraturan. Sandbox Korea telah melengkapkan beberapa projek serta telah menghasilkan 380 pekerjaan yang berkaitan dengan blockchain tersebut dan lebih dari $110 juta pelaburan baru.
Namun, gambaran Sandbox Korea ini agak berbeza dengan gambaran yang diberikan di dalam drama Start-Up kerana Sandbox Korea hanya memberi peluang kepada syarikat yang berasaskan Financial Technology atau teknologi kewangan. Silicon Valley Korea khayalan, Sandbox, peluang diberikan tidak mengira bidang asalkan ia mencapai standard atau objektif yang ditetapkan oleh pihak Sandbox.
Realiti ekosistem Start-Up Korea Selatan
Ekosistem Start-up Korea pada tahun 2020 lebih kuat daripada sebelumnya walaupun terdapat kesan COVID-19 dengan memanfaatkan teknologi sebagai salah satu usaha untuk membendung COVID-19 daripada terus menular dengan lebih pantas. Ekonomi Korea Selatan pada ketika ini adalah ke-4 terbesar di seluruh Asia serta mempunyai salah satu infrastruktur jalur lebar terbaik namun masih belum dikenali sebagai ramai sebagai hab bagi teknologi.
Menurut Seoulz, ekosistem Start-up Korea tidak wujud hanya 20 tahun yang lalu. Bagi orang muda yang mempunyai bakat, pilihan mereka adalah menjadi doktor, peguam, pekerja kerajaan, atau bekerja untuk syarikat-syarikat besar seperti Samsung. Hanya baru-baru, perniagaan berkonsepkan keusahawanan menjadi pilihan sebenar bagi sebilangan besar anak muda yang berbakat tinggi di Korea Selatan.
Namun kini, kerajaan Korea Selatan berusaha untuk berkembang dan mencari cara baru untuk mewujudkan pekerjaan dalam ekonomi. Mereka mula menyedari bahawa keusahawanan adalah kunci untuk mewujudkan pekerjaan. Ekonomi yang kukuh dan inovatif menjadi faktor terpenting mengapa usaha ini mula mendapat tempat. Potensi yang besar dalam hiburan, Blockchain, Fintech, Biotech dan IoT menjadikan ianya menjadi realiti. Lebih dari 500 juta dolar setahun telah dikeluarkan untuk membiayai Start-up pada peringkat akhir selama beberapa tahun pada masa ini.
Jumlah syarikat Start-up di Korea Selatan pada 2019 hampir 30,000 dengan lebih 100,000 orang pekerja. Sebilangan besar syarikat Start-up ini berada di Seoul (Daerah Gangnam). Seoul dahulunya adalah dalam budaya ekonomi konservatif yang mengutamakan syarikat-syarikat milik konglomerat kini dengan perlahan mula menyesuaikan diri dengan bidang keusahawanan. Visa E-7 yang membolehkan majikan mengambil pekerja asing yang mahir untuk bekerja di Korea turut diperkenalkan dalam usaha merancakkan lagi ekosistem ini.
MaGIC & MDEC VS Sandbox “Khayalan”
Di Malaysia, ekosistem atau hab teknologi semestinya bertempat di Cyberjaya, Selangor. Di dalam drama Start-Up, turut dipaparkan Sandbox adalah sebagai Entrepreneurs Excellerator dan Start-Up investor pool. Mereka bukan sahaja diberi peluang untuk memaparkan produk mahupun skill mereka malah mereka juga perlu merangka pelan perniagaan serta apa-apa yang diperlukan sebagai sebuah syarikat yang baru berkembang tidak mengira corak atau jenis pekerjaan. Meskipun di dalam drama tersebut hanya memfokuskan dua syarikat yang berasaskan teknologi Artificial Intelligence, banyak lagi syarikat lain yang menumpukan inovasi baru yang turut memanfaatkan teknologi. Di Malaysia, cerminan terdekat bagi Sandbox ‘Khayalan’ ini adalah Malaysian Global Innovation & Creative Centre atau lebih dikenali sebagai MaGIC.
Visi MaGIC adalah untuk memperkasaT ekosistem Start-up dan Perusahaan Sosial (Social Enterprise) yang bersemangat dan mapan, dibina berdasarkan inovasi dan inklusif yang didorong oleh impak. Sejak ditubuhkan pada tahun 2014, MaGIC, salah sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menyediakan komuniti Start-up, pelabur dan pemain ekosistem melalui program peningkatan kapasiti, peluang pasaran & pembiayaan disamping bantuan pengawalseliaan yang telah memberi impak positif kepada lebih daripada 100,000 usahawan yang bercita-cita tinggi dan berpengalaman dengan penciptaan nilai keseluruhan sebanyak RM1.9 bilion (berdasarkan maklumat di laman web MaGIC).
Tidak hanya tertumpu kepada memperkasa syarikat Start-up, MaGIC turut memberi peluang kepada syarikat Social Enterprise untuk melebarkan sayap mereka. Akreditasi daripada MaGIC serta seperti salah satu syarikat di bawah Yayasan Science of Life 24/7, di bawah payung Social Enterprise iaitu SOLS Energy, APE Malaysia; Athena; Biji Biji Initiative; Dialogue in the Dark Malaysia; Earth Heir; Drop & Wash; Eats, Shoots & Roots; EPIC Homes; Generating Opportunities for Learning Disables (GOLD), Projek 57 dan banyak lagi.

SOLS Energy. Kredit foto SOLS 24/7

Projek 57. Kredit foto Projek 57
Bagaimana pula dengan MDEC? Malaysia Digital Economy Corporation atau singkatannya, MDEC, yang telah ditubuhkan pada tahun 1996 sebagai agensi utama untuk melaksanakan inisiatif Multimedia Super Corridor (MSC) Malaysia. Agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) ini telah menerajui pertumbuhan ICT dan ekonomi digital di Malaysia. Memberi fokus kepada perniagaan berasaskan digital, MDEC telah memberi peluang kepada ramai pihak yang ingin menceburi bidang ini melalui usahasama serta geran yang telah disediakan.
MDEC turut memberi peluang kepada usahawan-usahawan teknologi baru untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi-agensi yang berkaitan disamping memberi pendedahan kepada mereka tentang peluang yang terdapat di Malaysia serta negara di rantau ini khususnya. Pada bulan November ini, MDEC telah mewartakan bulan ini sebagai Malaysia Tech Month 2020 (MTM 2020). Bulan November akan menyaksikan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) melancarkan Malaysia Tech Bulan 2020 (MTM 2020). MTM2020 akan menampilkan pemimpin berwawasan dan pelabur yang berwawasan dalam berkongsi sebab dan mengapa mereka memilih untuk beroperasi di Malaysia. Acara ini turut merangkumi pameran besar-besaran inovasi kelas dunia dan platform digital untuk dilihat oleh dunia ini termasuklah acara yang berkaitan teknologi iaitu 11 acara satelite yang turut mengandingkan lebih daripada 70 orang speaker.
Fokus acuan hiburan di Malaysia
Mengambil contoh Start-up, drama daripada Korea Selatan yang turut memberi fokus kepada agenda teknologi dan keusahawan meskipun menyelitkan unsur-unsur kekeluargaan dan cinta, pengkarya Malaysia boleh mula mengambil mood atau fokus yang sama dalam penghasilan karya-karya berteknologi tinggi seperti ini. Mungkin dengan cara ini, kita dapat membina minat serta daya intelektual anak muda daripada terus terperangkap dengan hiburan yang kurang memberi impak kepada sosial secara amnya.
Usaha serta infrastruktur kita dahulunya setara dengan Korea Selatan tetapi mengapa kita kini jauh lebih belakang daripada mereka. Mungkin corak pemikiran kita juga perlu diubah. Berhibur sambil belajar, kita perlu melangkah beberapa tapak lagi untuk lebih jauh kehadapan.
Teknologi
Facebook bertukar nama kepada META

Kredit Foto: Meta Malaysia
Belia
Usahawan muda raih kejayaan melalui teknologi baru

Alexander (dua kanan) menerima penghargaan daripada Pengerusi Dewan Perniagaan Digital Malaysia (MDCC), Joshua Sew (dua kiri) pada Majlis Anugerah Perniagaan Kecemerlangan Malaysia 2021 di Hotel Marriot, Putrajaya.
Kredit Foto: Faisol Mustafa
Usahawan muda kelahiran Malaysia ini berjaya membuktikan bahawa mereka tidak ketandusan idea sebaliknya terus bersemangat menempuh situasi ekonomi yang kian mencabar ketika ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau kagum dengan keupayaan usahawan muda yang mengguna pakai teknologi dan inovasi dalam perniagaan masing-masing.
Beliau berkata, usahawan tempatan juga membuktikan bahawa mereka sebenarnya boleh malah, mampu untuk memacu inovasi dan pertumbuhan ekonomi negara.
“Kemunculan usahawan seperti mereka mengukuhkan kepercayaan kerajaan terhadap kemampuan belia sebagai harapan negara.
“Keupayaan mereka menyesuaikan diri dalam teknologi baharu membolehkan mereka lebih inovatif dan kreatif dalam meneroka dan memperkenalkan peluang baharu dalam ekonomi dan industri,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2021.
Sebanyak 42 kategori anugerah disampaikan kepada usahawan tempatan yang terbabit dalam pelbagai bidang dan sektor ekonomi.
Tambahnya lagi, usahawan muda juga disaran mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baharu kerana ia penting bagi menjana pertumbuhan negara serta membuka peluang diperingkat antarabangsa.
Sumber: Kosmo Online
Teknologi
Microsoft akan melabur US$1bil di Malaysia untuk menubuhkan pusat data

Foto: Bernama
Microsoft Corporation akan melabur AS$1bil (RM4.12bil) dalam tempoh lima tahun akan datang di Malaysia sebagai sebahagian daripada program perkongsian baharu dengan agensi kerajaan dan syarikat tempatan, kata perdana menteri Malaysia pada 19 April.
Pengumuman mengenai pelaburan terbesar teknologi AS di Malaysia datang selepas Malaysia memberi kelulusan bersyarat untuk Microsoft, Google, Amazon dan firma telekomunikasi negera, Telekom Malaysia untuk membina dan menguruskan pusat data berskala hiper serta menyediakan perkhidmatan ‘cloud’.
Ia juga datang selepas negara itu menyaksikan pelaburan langsung asing (FDI) menjunam sebanyak 68% tahun lepas, penurunan terbesar di Asia Tenggara.
Malaysia telah mempertahankan dirinya sebagai destinasi pelaburan, di mana menteri kewangan baru-baru ini mengatakan ia sedang melihat insentif untuk membantu menarik lebih banyak FDI.
Pelaburan daripada penyediaan perkhidmatan ‘cloud’ ini akan berjumlah di antara RM12bil hingga ke RM15bil dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Sebagai sebahagian daripada inisiatif Bersama Malaysia, Microsoft akan menubuhkan ‘datacentre region’ pertamanya di Malaysia, yang terdiri daripada pelbagai pusat data, untuk menguruskan data dari pelbagai negara,” kata Muhyiddin Yassin
“Datacentre region ini akan menjadi ‘game-changer’ untuk Malaysia,” Naib Presiden Eksekutif Microsoft Jean-Philippe Courtois berkata dalam satu kenyataan, sambil menambah ia akan membolehkan kerajaan dan segala jenis perniagaan ‘transform’ operasi mereka.
Di bawah program itu, Microsoft juga akan membantu sehingga sejuta rakyat Malaysia dalam mendapatkan kemahiran digital menjelang akhir 2023.
Petikan ini telah dialih bahasa. Petikan asal The Star.
#MalaysiaBoleh!