Uncategorized
Pengalaman Memasak
Published
5 years agoon
By
Arabella
Bagi chef yang berpengalaman atau kaum ibu-ibu dirumah , mereka juga pernah melalui kesukaran didapur. Nak memasak kenalah ada minat , bukan sahaja minat, tetapi ‘excitement’ untuk menyediakan juadah untuk seisi keluarga . Semua mesti ada kisah dan pengalaman memasak yang agak unik dan kelakar ( walaupun bagi yang dah biasa memasak )
Bagi orang yang terer dan suka masuk dapur untuk memasak , pun ada kecuaian jugak.

Foto Dari : Tenor.com
Pada zaman ini , orang lelaki pun masuk dapur jugak. Pengalaman diorang tak payah la nak cerita, macam – macam ada. Kalau bernasib baik, makanan tu sedap tapi keadaan dapur tu..tak payah la nak cakap.

Foto Dari : Tenor.com
Tak kisah dari zaman mana, orang perempuan pun mesti pernah buat silap dalam dapur. Terutamanya bagi golongan wanita muda atau yang baru nak jinak masuk dapur.
Foto dari : Tenor.com
Bagi orang bujang yang baru nak belajar memasak atau malas sangat nak masak ( setakat nak isi perut kosong). – disarankan masak mee maggie dulu..

Foto Dari : Tenor.com
Bagi yang dah terer memasak , boleh la masak makanan yang ‘complicated’ sikit. Manatau boleh pikat hati awek-awek dekat luar sana macam Abang #SaltBae ni.

Foto dari : Tenor.com
Masakan barat? masakan luar negara? ‘fine dining’? Restoran ‘Michelin Star’ ? tetap tak boleh lawan ‘home cooked meal’ yang disediakan oleh kaum ibu , mak cik, dan nenek kita yang masih rajin memasak dirumah. Mereka memasak dengan penuh kasih sayang (rahsia resipi mereka).

Foto Dari : Tenor.com
Sebenarnya, setiap orang ada pengalaman masing-masing. Kenalah rajin belajar dari pengalaman dan rajin tolong mak didapur. Makin lama nanti boleh jadi pakar memasak, mak pun sejuk hati tengok anak pandai memasak.

Foto dari : Tenor.com
You may like
-
“Dulu Tahu ‘Kecek Kelate’ Je,” Pengawal Masjid Putra Ini Kini Kuasai 7 Bahasa Untuk Komunikasi Dengan Pelancong
-
Roti Canai Sebagai Sarapan Pagi
-
Bolot dua trofi anugerah di China, Shila Amzah sekali lagi harumkan Malaysia
-
Top 4 Jenama Buatan Malaysia Menjadi Jenama Antarabangsa
-
Teh Tarik dan Thai Tea adalah sama?
-
Kopi dan Teh di Malaysia, Manakah Pilihan Rakyat Malaysia?

Syawal kali ini tidak banyak bezanya dengan tahun lepas ekoran penularan Covid-19, namun setidak-tidaknya kita masih boleh menikmati dan berkesempatan untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dalam suasana aman dan selamat.
Sidang Khas MKN mengenai pengurusan Covid-19 memutuskan PKP dilaksanakan di seluruh negara mulai hari ini. Gelombang ketiga COVID-19 ini lebih ganas dan kritikal. Oleh itu, kita perlu hadapi dengan penuh disiplin.
Sumber: Instagram Bernama Official
Kita harus sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan, agar kita dapat membendung penularan Covid-19 yang semakin meningkat naik ini dan bersama-sama menjaga kesihatan dan keselamatan keluarga kita.
Berikut merupakan nasihat umum untuk mengurangkan risiko COVID-19 ketika meraikan sambutan Hari Raya di rumah:
Semoga norma baharu yang telah kita amalkan semenjak tahun lepas tetap memberi nilai dan makna tersendiri serta dapat memeriahkan suasana raya tahun ini. Kami dari team Malaysia Boleh mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri!
#KitaJagaKita
#MalaysiaBoleh

Sama seperti kebanyakan vaksin-vaksin yang melawan COVID-19, penerima vaksin mungkin akan mengalami kesan sampingan seperti berikut selepas mendapatkan suntikan:
Kesan sampingan ini biasanya adalah ringan dan tidak mengancam nyawa.
Senarai menunjukkan kesan sampingan mengikut tertib menurun (daripada paling biasa kepada yang jarang berlaku).
- Sakit kepala
- Kelesuan
- Menggigil
- Arthralgia (sakit sendi)
- Demam
- Myalgia (sakit otot)
- Loya
- Cirit-birit
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Talian Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan 📞 1800-888-828
Daftar untuk vaksinasi: vaksincovid.gov.my/panduan
Pendidikan
MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020
Published
2 years agoon
19/04/2021By
Arabella
MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020 untuk mengikuti YTP bermula dari peringkat persediaan hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi terpilih dalam dan luar negara.
Permohonan secara dalam talian akan mula dibuka pada 19 April sehingga 6 Mei 2021.
Syarat Kelayakan Program
http://online.anyflip.com/oxlss/wihd/mobile/index.html
#mara #YTP2021
#MalaysiaBoleh