Connect with us

Uncategorized

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Published

on

Syawal kali ini tidak banyak bezanya dengan tahun lepas ekoran penularan Covid-19, namun setidak-tidaknya kita masih boleh menikmati dan berkesempatan untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dalam suasana aman dan selamat.

Sidang Khas MKN mengenai pengurusan Covid-19 memutuskan PKP dilaksanakan di seluruh negara mulai hari ini. Gelombang ketiga COVID-19 ini lebih ganas dan kritikal. Oleh itu, kita perlu hadapi dengan penuh disiplin⁣⁣⁣.

Sumber: Instagram Bernama Official

Kita harus sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan, agar kita dapat membendung penularan Covid-19 yang semakin meningkat naik ini dan bersama-sama menjaga kesihatan dan keselamatan keluarga kita.

Berikut merupakan nasihat umum untuk mengurangkan risiko COVID-19 ketika meraikan sambutan Hari Raya di rumah:

Semoga norma baharu yang telah kita amalkan semenjak tahun lepas tetap memberi nilai dan makna tersendiri serta dapat memeriahkan suasana raya tahun ini. Kami dari team Malaysia Boleh mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri!

#KitaJagaKita

#MalaysiaBoleh

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Politik

Ada apa dengan PM dan jet peribadi?

Published

on

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menerima kritikan daripada pemimpin Amanah serta pengguna media sosial selepas tular bergambar dengan sekumpulan pemimpin Umno dalam jet rasminya, beberapa jam selepas beliau hadir pada hari pertama bekerja di Pejabat Perdana Menteri semalam.

Difahamkan, Ismail telah diterbangkan ke Kedah, melawat beberapa kawasan yang dilanda banjir pada hujung minggu. Gambar-gambar itu menunjukkan Ismail menaiki jet diiringi bekas menteri besar Kedah Mahdzir Khalid, Ahli Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Kuala Krau Ismail Mohamed Said dan beberapa yang lain.

Ada yang mempersoalkan mengapa terdapat begitu ramai orang bersama perdana menteri di dalam pesawat, sambil menambah bahawa pemimpin Umno tidak peka dengan kesusahan ekonomi yang dihadapi oleh rakyat ketika ini. Naib presiden Amanah, Mahfuz Omar secara sinis merujuk kepada frasa “Keluarga Malaysia” yang digunakan Ismail dalam ucapan sulungnya sebagai perdana menteri pada Ahad lalu telah memuat naik status di Facebook “Steady Pak Long Mae, ini betui-betui ‘Keluarga.’ Tak ajak ‘Cik Kiah’ ka dalam rombongan ni?”.

Sumber: FB YB DATO’ MAHFUZ BIN HAJI OMAR

Pengerusi AMANAH, Ismail Salleh turut memuat naik status di Facebook mengejek kumpulan besar dalam pesawat itu. “Meriahnya satu keluarga besar dalam satu jet”.

Sumber: FB Dato DR Ismail Salleh

Netizen juga turut mempertikai tentang isu ini di laman twitter mereka. Rata-rata pelik mengapa ahli parlimen dari kawasan lain juga boleh turut serta bersama Perdana Menteri melawati kawasan tragedi di Kedah.

Sebelum ini, pengunaan jet kerajaan sering tular digunakan untuk kegunaan peribadi oleh beberapa menteri Malaysia.

Tun Dr Mahathir menaiki pesawat milik kerajaan untuk ke majlis rumah terbuka Aidilfitri Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diadakan di Kulim, Kedah.

Datuk Seri Najib Razak juga dikatakan pernah menggunakan pesawat kerajaan untuk bercuti bersama keluarganya dibeberapa destinasi di Australia. Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan keluarga juga turut dikaitkan dengan isu yang sama.

Apakah kegunaan sebenar jet kerajaan?

Sumber: Pekeliling Perbendaharaan Malaysia

Jelas dinyatakan dalam Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan bahawa pesawat milik kerajaan persekutuan adalah untuk tujuan rasmi sahaja, bagi menguruskan hal-hal berkaitan negara dan juga urusan perniagaan berkaitan negara. Di sini kita boleh melihat bahawa Perdana Menteri menggunakan jet kerajaan untuk melawat mangsa banjir di Kedah yang turut ditemani oleh beberapa ahli parlimen dan juga pegawai-pegawai kerajaan.

Kredit Foto: Luqman Hakim – hmetro.com.my

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri jelas menggunakan aset pesawat kerajaan untuk melawat mereka yang terkesan akibat tragedi kepala air di Yan, Kedah. Adakah ini wajar dilabel sebagai penyalah gunaan kuasa?

 

Continue Reading

Uncategorized

Kesan sampingan biasa AstraZeneca

Published

on

Sama seperti kebanyakan vaksin-vaksin yang melawan COVID-19, penerima vaksin mungkin akan mengalami kesan sampingan seperti berikut selepas mendapatkan suntikan:

Kesan sampingan ini biasanya adalah ringan dan tidak mengancam nyawa.

Senarai menunjukkan kesan sampingan mengikut tertib menurun (daripada paling biasa kepada yang jarang berlaku).

  • Sakit kepala
  •  Kelesuan
  • Menggigil
  • Arthralgia (sakit sendi)
  • Demam
  • Myalgia (sakit otot)
  • Loya
  • Cirit-birit


Untuk keterangan lanjut sila hubungi Talian Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan 📞 1800-888-828

Daftar untuk vaksinasi: vaksincovid.gov.my/panduan

Continue Reading

Pendidikan

MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020

Published

on

MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020 untuk mengikuti YTP bermula dari peringkat persediaan hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi terpilih dalam dan luar negara.


Permohonan secara dalam talian akan mula dibuka pada 19 April sehingga 6 Mei 2021.

Syarat Kelayakan Program
http://online.anyflip.com/oxlss/wihd/mobile/index.html

#mara #YTP2021

#MalaysiaBoleh

Continue Reading

Trending