Connect with us

Uncategorized

Kesan sampingan biasa AstraZeneca

Published

on

Sama seperti kebanyakan vaksin-vaksin yang melawan COVID-19, penerima vaksin mungkin akan mengalami kesan sampingan seperti berikut selepas mendapatkan suntikan:

Kesan sampingan ini biasanya adalah ringan dan tidak mengancam nyawa.

Senarai menunjukkan kesan sampingan mengikut tertib menurun (daripada paling biasa kepada yang jarang berlaku).

  • Sakit kepala
  •  Kelesuan
  • Menggigil
  • Arthralgia (sakit sendi)
  • Demam
  • Myalgia (sakit otot)
  • Loya
  • Cirit-birit


Untuk keterangan lanjut sila hubungi Talian Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan 📞 1800-888-828

Daftar untuk vaksinasi: vaksincovid.gov.my/panduan

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Published

on

By

Syawal kali ini tidak banyak bezanya dengan tahun lepas ekoran penularan Covid-19, namun setidak-tidaknya kita masih boleh menikmati dan berkesempatan untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dalam suasana aman dan selamat.

Sidang Khas MKN mengenai pengurusan Covid-19 memutuskan PKP dilaksanakan di seluruh negara mulai hari ini. Gelombang ketiga COVID-19 ini lebih ganas dan kritikal. Oleh itu, kita perlu hadapi dengan penuh disiplin⁣⁣⁣.

Sumber: Instagram Bernama Official

Kita harus sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan, agar kita dapat membendung penularan Covid-19 yang semakin meningkat naik ini dan bersama-sama menjaga kesihatan dan keselamatan keluarga kita.

Berikut merupakan nasihat umum untuk mengurangkan risiko COVID-19 ketika meraikan sambutan Hari Raya di rumah:

Semoga norma baharu yang telah kita amalkan semenjak tahun lepas tetap memberi nilai dan makna tersendiri serta dapat memeriahkan suasana raya tahun ini. Kami dari team Malaysia Boleh mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri!

#KitaJagaKita

#MalaysiaBoleh

Continue Reading

Pendidikan

MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020

Published

on

By

MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020 untuk mengikuti YTP bermula dari peringkat persediaan hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi terpilih dalam dan luar negara.


Permohonan secara dalam talian akan mula dibuka pada 19 April sehingga 6 Mei 2021.

Syarat Kelayakan Program
http://online.anyflip.com/oxlss/wihd/mobile/index.html

#mara #YTP2021

#MalaysiaBoleh

Continue Reading

Perniagaan

7 kisah inspirasi dan ‘tips’ daripada usahawan tempatan

Published

on

By

Untuk membina perniagaan bukanlah satu perkara mudah. Hakikatnya, belum pasti kejayaan akan dikecapi jika tidak mahu mencuba atau berani menempuh cabaran.

7 kisah inspirasi dan ‘tips’ daripada usahawan tempatan ini boleh dijadikan contoh buat anda yang mahu berjinak-jinak dalam bidang perniagaan.

Mahirkan teknik perniagaan – Adnan Abd Aziz

Adnan, 46, merupakan pengusaha Humaira Design yang memulakan perniagaan tudung sekitar tahun 2005 di ekspo dan pasar malam di sekitar Perak.

Beliau mula fokus untuk menjual pakaian Muslimah secara borong kepada usahawan lain.

“Tahap kesedaran wanita muslimah dengan fesyen yang patuh syariah semakin meningkat tetapi untuk segmen pakaian harian dan aktif masih lagi kekurangan pilihan yang berkualiti pada harga yang berpatutan,” kata Adnan.

Oleh yang demikian, pada tahun 2012 beliau mengambil insiatif menghasilkan sendiri baju T Muslimah dengan mengutamakan kualiti material yang tidak panas, serap peluh,  lembut, tidak mengembang serta mengecut dan tidak nipis.

“Persaingan dalam bisnes adalah perkara biasa. Untuk terus bersaing secara sihat, kami memilih untuk memperkasa Unique Selling Point (USP) perniagaan seperti sentiasa mengeluarkan rekaan baharu dan menarik, menjaga kualiti produk supaya sentiasa berada ditahap terbaik, menguatkan penjenamaan melalui pengiklanan serta mengekalkan harga yang kompetitif,” katanya.

Konsisten dalam menjaga kualiti produk – Mohammad Hasri Yusri

Foto Kredit: KPDNHEP

Mohammad Hasri, 25, Pengusaha Desa Ville Jus Durian Belanda . Berasal dari Alor Setar, Kedah.

Selain daripada persaingan dengan syarikat ternama yang sudah bertapak lebih awal, mendapatkan kepercayaan pelanggan juga merupakan cabaran pada peringkat awal.

“Oleh kerana itu, kami perlu memastikan rantaian pengeluaran yang kemas dan konsisten dalam menjaga kualiti produk supaya menepati kehendak pelanggan. Malah, kami harus sentiasa peka dengan keperluan dan permintaan semasa,” kata Hasri.

Mantapkan diri dengan ilmu keusahawanan – Noraini Ahmad

Berbekalkan semangat untuk menambah pendapatan demi membesarkan lima orang anak, Noraini, 65, mula berniaga kuih tradisional secara kecil-kecilan menjual di kawasan kejiranan.

Kemudian, beliau mendapat kontrak untuk membekalkan kuih ke hotel bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur dan kini jenama Noraini’s Cookies menjadi buah mulut orang ramai kerana harganya yang lebih murah berbanding jenama lain.

Tidak hanya bergantung pada produk biskut, Noraini juga mengeluarkan produk tepung adunan segera dengan harga mesra rakyat dan memulakan perkhidmatan Original Equipment Manufacturer (OEM) membuat biskut.

“Modal bukanlah segala-galanya tetapi kalau ada ia adalah satu bonus. Dalam perniagaan kena banyak bersabar, kreatif dan fokus. Kalau boleh, pilih perniagaan yang kurang berisiko serta sentiasa mantapkan diri dengan ilmu keusahawanan, pengurusan, pemasaran, serta kemahiran berkomunikasi,” Kata Noraini. 

Berpegang pada prinsip 4P

Kredit Foto: KPDNHEP

Ketua Pegawai Eksekutif Omni Mal, Chua Hock Tee, 61. Mempunyai Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari California State University, percaya bahawa setiap perniagaan perlu berpegang pada prinsip yang diberi nama “Omni Mal 4P” iaitu Persistency (Berterusan), Planning (Perancangan), Proactive (Proaktif) dan Passion (Semangat).

Apa yang menarik, produk beliau menawarkan kelainan kepada makanan yang sering kali menjadi fokus hanya pada bulan Ramadan iaitu kurma.

Antara produk beliau ialah sirap kurma, kurma berisi coklat, potongan kurma dengan jagung bertih, oat kurma, kurma dilapisi habbatus sauda, pes kurma dan cucur kurma.

Menurut beliau, peniaga perlu mengambil inisiatif bagi menawarkan produk yang berbeza iaitu dengan memasukkan nilai tambah, kepelbagaian kegunaan, pengiktirafan dan pensijilan yang menjamin kualiti dan keselamatan makanan.

“Sepanjang perniagaan, kami menerima pengiktirafan dan sokongan daripada pelbagai agensi kerajaan dan juga institusi luar negara seperti International Gold Star for Quality Award oleh Business Initiative Directions di Geneva, Switzerland.” kata Chua Hock Tee.

Jatuh bangun dalam perniagaan ada lumrah, jangan berputus asa – Elina Hayati Ismail

Elina, 45, berasal dari Kelantan dan mempunyai sembilan beradik, tidak pernah kenal erti putus asa dalam perniagaan.

Elina merupakan seorang pengusaha pes masakan Toksu Shon dan rempah ratus serta makanan laut yang amat mementingkan kualiti produknya.

“Saingan kami adalah pengeluar terkenal dan kami cuba memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Bagi kami, perkara paling memuaskan adalah apabila dapat memenuhi kehendak pelanggan,” kata Elina.

Resipi sambal turun-temurun di komersialkan – Shadhana Sekarran

Shadhana Sekarran (kiri). – Kredit Foto: KPDNHEP

Shadhana Sekarran, 36, merupakan pengusaha bagi perniagaan Sambal Langgri.

“Sambal ini adalah resipi turun-temurun keluarga kami. Seorang sahabat yang juga merupakan seorang usahawan mahu membeli resipi kami selepas merasa keenakan sambal yang dihidangkan kepadanya. Selepas peristiwa itu, kami yakin bahawa Sambal Ikan Kurau ada potensi untuk dipasarkan,” kata Shadhana.

Cabaran yang dihadapi oleh Shadhana adalah proses pengilangan dan kewangan. Beliau juga mempunyai masalah memasarkan produk di pasar raya kerana pada masa itu beliau hanya mempunyai satu jenis sambal tetapi syarat untuk mendapatkan penempatan di pasar raya memerlukan sekurang-kurangnya dua jenis sambal.

Le Langgri Foods Sdn Bhd mempunyai lima jenis sambal yang unik dan berbeza daripada sambal yang ada di pasaran, terutamanya Sambal Ikan Kurau dan Sambal Mangga.

Sentiasa cari jalan penyelesaian. – Norul Fishah Damanhuri

Norul, 44, telah berkecimpung dalam dunia perniagaan sejak usia muda lagi. Norul memiliki beberapa jenis perniagaan dalam pelbagai jenis industri. Salah satu daripada perniagaannya, Noreka Inner merupakan inner premium yang mempunyai pelbagai pilihan warna.

“Ia mempunyai sasaran pengguna yang besar dari kanak-kanak berumur empat tahun sehingga nenek berusia 90 tahun. Kajian selama empat bulan dilakukan dengan teliti untuk mencari penyelesaian bagi masalah yang seringkali berlaku kepada produk inner yang ada dipasaran.

Cabaran saya ialah kekurangan rujukan bahan mentah di Malaysia. Kami terpaksa membuat kajian daripada luar dengan membeli sampel yang banyak untuk memastikan bahan mentah utama ini dapat memenuhi kualiti inner yang akan dihasilkan,” kata Norul.

Norul bangga dengan Noreka Inner yang memberi kualiti terbaik kepada pengguna dengan penggunaan material tidak mudah rosak, tidak kembang sehingga 360 kali cucian mesin, lembut dan tidak panas.

Produk keluaran tempatan ternyata tidak kurang hebatnya. Oleh itu, marilah kita sentiasa menyokong dengan membeli produk keluaran tempatan terutamanya produk keluaran Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

#MalaysiaBoleh

Sumber: Berita Harian

Continue Reading

Trending