Uncategorized
Kemewahan dikalangan Generasi Muda
Published
5 years agoon
By
Arabella
Media sosial dikalangan belia bukan sahaja di Malaysia, tetapi di negara lain dimana generasi ini agak terdedah dengan dunia globalisasi melalui media sosial.
Media Sosial – Memang agak berleluasa kerana maklumat yang disampaikan agak viral terutamanya di Instagram, Facebook, Twitter dan Internet. Disini, banyak gambaran gaya hidup yang agak mewah akan dipamerkan dimana golongan pengguna biasanya golongan yang muda yang mudah terpengaruh dengan apa yang ada didalam internet atau online TV.

Sesetengah individu percaya mereka berhak memiliki kehidupan mewah berdasarkan pengaruh media sosial. Foto dari : Tenor.com
Tidak semua golongan ini berkemampuan atau berstatus tinggi dalam masyarakat. Sesetengah golongan ini tidak tahu bagaimana untuk mencapai matlamat hidup atau berjaya. Mereka tidak tahu kesusahan dan kepayahan untuk memiliki kemewahan yang didiamkan oleh semua individu.

Ada yang sanggup mengamalkan ‘ Biar poket kosong, asalkan ada gaya ‘. Foto Dari : Tenor.com
Malah, majoriti generasi kini percaya mereka berhak memiliki kesenangan tanpa berusaha lebih. Golongan ini biasanya inginkan perhatian dan lebih mementingkan populariti. Untuk mencapai populariti, mereka perlu menunjukkan status kemewahan untuk mendapat perhatian dan ramai pengikut. Disebabkan media sosial, generasi kini menganggap kejayaan mudah dicapai tanpa usaha tidak seperti generasi sebelumnya.

Contoh Selebriti atau golongan Elit Sosial mempamerkan gaya hidup mewah yang hanya menunjukkan kesenangan hidup. Akan tetapi, mereka tidak menunjukkan kepayahan dan kesusahan untuk berjaya.
Oleh itu, usaha adalah tangga kejayaan! Tidak salah untuk melihat kemewahan yang ditunjukkan dan menjadikan matlamat atau ‘benchmark’ untuk mencapai status yang tinggi.

The Kardashian merupakan contoh celebriti dan golongan sosial elite yang menjadi ikutan ramai orang. Foto Dari : Tenor.com

Didunia realiti, tidak semua individu memiliki kehidupan mewah. Setiap individu mempunyai rentak hidup masing-masing. Ada yang sememangnya lahir dari gologan keluarga berada, ada juga yang bermula dari bawah hingga berjaya keatas.
Namun, ada sesetengah individu berfikir mereka berhak memliki kemewahan tanpa daya usaha sehingga terjebak dengan perniagaan yang palsu atau begitu memilih dari segi pekerjaan. Ada juga tidak mengukur baju sendiri dengan mengayakan kemewahan yang tidak wujud didalam kehidupan mereka.

Generasi kini agak ‘manja’ dan lebih percaya kepada gaya hidup yang dipaparkan oleh media sosial. Foto Dari : Tenor.com

Generasi kini perlu memahami erti ‘berusaha’ dalam setiap fasa kehidupan mereka untuk berjaya atau memiliki kehidupan mewah yang diidamkan. Foto dari : Tenor.com

Tun Dr. Mahathir juga menyatakan kejayaan akan datang jika terus berusaha untuk mencapai matlamat hidup.
You may like

Syawal kali ini tidak banyak bezanya dengan tahun lepas ekoran penularan Covid-19, namun setidak-tidaknya kita masih boleh menikmati dan berkesempatan untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dalam suasana aman dan selamat.
Sidang Khas MKN mengenai pengurusan Covid-19 memutuskan PKP dilaksanakan di seluruh negara mulai hari ini. Gelombang ketiga COVID-19 ini lebih ganas dan kritikal. Oleh itu, kita perlu hadapi dengan penuh disiplin.
Sumber: Instagram Bernama Official
Kita harus sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan, agar kita dapat membendung penularan Covid-19 yang semakin meningkat naik ini dan bersama-sama menjaga kesihatan dan keselamatan keluarga kita.
Berikut merupakan nasihat umum untuk mengurangkan risiko COVID-19 ketika meraikan sambutan Hari Raya di rumah:
Semoga norma baharu yang telah kita amalkan semenjak tahun lepas tetap memberi nilai dan makna tersendiri serta dapat memeriahkan suasana raya tahun ini. Kami dari team Malaysia Boleh mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri!
#KitaJagaKita
#MalaysiaBoleh

Sama seperti kebanyakan vaksin-vaksin yang melawan COVID-19, penerima vaksin mungkin akan mengalami kesan sampingan seperti berikut selepas mendapatkan suntikan:
Kesan sampingan ini biasanya adalah ringan dan tidak mengancam nyawa.
Senarai menunjukkan kesan sampingan mengikut tertib menurun (daripada paling biasa kepada yang jarang berlaku).
- Sakit kepala
- Kelesuan
- Menggigil
- Arthralgia (sakit sendi)
- Demam
- Myalgia (sakit otot)
- Loya
- Cirit-birit
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Talian Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan 📞 1800-888-828
Daftar untuk vaksinasi: vaksincovid.gov.my/panduan
Pendidikan
MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020
Published
2 years agoon
19/04/2021By
Arabella
MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020 untuk mengikuti YTP bermula dari peringkat persediaan hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi terpilih dalam dan luar negara.
Permohonan secara dalam talian akan mula dibuka pada 19 April sehingga 6 Mei 2021.
Syarat Kelayakan Program
http://online.anyflip.com/oxlss/wihd/mobile/index.html
#mara #YTP2021
#MalaysiaBoleh