Connect with us

Uncategorized

Pengguna iphone 12 yang menggunakan implan perubatan dinasihatkan agar menjauhkan iPhone 12 dan pengecas MagSafe 12 inci semasa mengecas tanpa wayar

Published

on

Apple telah memberi amaran kepada pengguna bahawa magnet di dalam telefon bimbit iPhone mereka dan aksesori MagSafe boleh mengganggu implan perubatan seperti alat pacu jantung dan defibrilator. Ini adalah kerana iPhone 12 mengandungi lebih banyak magnet berbanding generasi model iPhone sebelumnya.

Semua pengguna alat perubatan ini dinasihatkan agar menyimpan telefon bimbit iPhone mereka dan pengecas MagSafe pada jarak yang selamat. Apple telah mengeluarkan garis panduan di halaman sokongan untuk menjadi panduan kepada pengguna. Maklumat ini bukanlah sesuatu yang baru kerana kebanyakan telefon pintar dilengkapi dengan magnet dan ini cenderung mengganggu alat pacu jantung dan implan perubatan lain jika disimpan terlalu dekat.

Syarikat itu telah menambah halaman sokongan baru yang memberi amaran kepada pengguna mengenai magnet di dalam iPhone 12, iPhone 12 mini, iPhone 12 Pro, iPhone 12 Pro Max, dan aksesori MagSafe Charger dan MagSafe Duo Charger. Peranti perubatan seperti alat pacu jantung dan defibrilator implan mungkin mengandungi sensor yang bertindak balas terhadap magnet dan radio ketika berada dalam kontak dekat. Untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya interaksi dengan peranti ini, jauhkan aksesori iPhone dan MagSafe anda dari jarak yang selamat dari peranti anda (jaraknya lebih dari 6 inci / 15cm atau jarak lebih dari 12 inci / 30cm jika dicas tanpa wayar). Adalah lebih baik untuk berunding dengan doktor dan pengeluar peranti anda untuk mendapatkan nasihat yang lebih khusus.

Model iPhone 12 mengandungi lebih banyak magnet berbanding generasi model iPhone sebelumnya, tetapi Apple mengatakan bahawa itu tidak bererti mereka mempunyai risiko gangguan magnetik yang lebih besar terhadap peranti perubatan berbanding model-model yang sebelumnya.

Kesihatan perlu sentiasa dijaga, jadilah pengguna yang bijak.

 

#KitaJagaKita

#MalaysiaBoleh

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Published

on

By

Syawal kali ini tidak banyak bezanya dengan tahun lepas ekoran penularan Covid-19, namun setidak-tidaknya kita masih boleh menikmati dan berkesempatan untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dalam suasana aman dan selamat.

Sidang Khas MKN mengenai pengurusan Covid-19 memutuskan PKP dilaksanakan di seluruh negara mulai hari ini. Gelombang ketiga COVID-19 ini lebih ganas dan kritikal. Oleh itu, kita perlu hadapi dengan penuh disiplin⁣⁣⁣.

Sumber: Instagram Bernama Official

Kita harus sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan, agar kita dapat membendung penularan Covid-19 yang semakin meningkat naik ini dan bersama-sama menjaga kesihatan dan keselamatan keluarga kita.

Berikut merupakan nasihat umum untuk mengurangkan risiko COVID-19 ketika meraikan sambutan Hari Raya di rumah:

Semoga norma baharu yang telah kita amalkan semenjak tahun lepas tetap memberi nilai dan makna tersendiri serta dapat memeriahkan suasana raya tahun ini. Kami dari team Malaysia Boleh mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri!

#KitaJagaKita

#MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Kesan sampingan biasa AstraZeneca

Published

on

By

Sama seperti kebanyakan vaksin-vaksin yang melawan COVID-19, penerima vaksin mungkin akan mengalami kesan sampingan seperti berikut selepas mendapatkan suntikan:

Kesan sampingan ini biasanya adalah ringan dan tidak mengancam nyawa.

Senarai menunjukkan kesan sampingan mengikut tertib menurun (daripada paling biasa kepada yang jarang berlaku).

  • Sakit kepala
  •  Kelesuan
  • Menggigil
  • Arthralgia (sakit sendi)
  • Demam
  • Myalgia (sakit otot)
  • Loya
  • Cirit-birit


Untuk keterangan lanjut sila hubungi Talian Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan 📞 1800-888-828

Daftar untuk vaksinasi: vaksincovid.gov.my/panduan

Continue Reading

Pendidikan

MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020

Published

on

By

MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020 untuk mengikuti YTP bermula dari peringkat persediaan hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi terpilih dalam dan luar negara.


Permohonan secara dalam talian akan mula dibuka pada 19 April sehingga 6 Mei 2021.

Syarat Kelayakan Program
http://online.anyflip.com/oxlss/wihd/mobile/index.html

#mara #YTP2021

#MalaysiaBoleh

Continue Reading

Trending