Connect with us

Perniagaan

7 kisah inspirasi dan ‘tips’ daripada usahawan tempatan

Published

on

Untuk membina perniagaan bukanlah satu perkara mudah. Hakikatnya, belum pasti kejayaan akan dikecapi jika tidak mahu mencuba atau berani menempuh cabaran.

7 kisah inspirasi dan ‘tips’ daripada usahawan tempatan ini boleh dijadikan contoh buat anda yang mahu berjinak-jinak dalam bidang perniagaan.

Mahirkan teknik perniagaan – Adnan Abd Aziz

Adnan, 46, merupakan pengusaha Humaira Design yang memulakan perniagaan tudung sekitar tahun 2005 di ekspo dan pasar malam di sekitar Perak.

Beliau mula fokus untuk menjual pakaian Muslimah secara borong kepada usahawan lain.

“Tahap kesedaran wanita muslimah dengan fesyen yang patuh syariah semakin meningkat tetapi untuk segmen pakaian harian dan aktif masih lagi kekurangan pilihan yang berkualiti pada harga yang berpatutan,” kata Adnan.

Oleh yang demikian, pada tahun 2012 beliau mengambil insiatif menghasilkan sendiri baju T Muslimah dengan mengutamakan kualiti material yang tidak panas, serap peluh,  lembut, tidak mengembang serta mengecut dan tidak nipis.

“Persaingan dalam bisnes adalah perkara biasa. Untuk terus bersaing secara sihat, kami memilih untuk memperkasa Unique Selling Point (USP) perniagaan seperti sentiasa mengeluarkan rekaan baharu dan menarik, menjaga kualiti produk supaya sentiasa berada ditahap terbaik, menguatkan penjenamaan melalui pengiklanan serta mengekalkan harga yang kompetitif,” katanya.

Konsisten dalam menjaga kualiti produk – Mohammad Hasri Yusri

Foto Kredit: KPDNHEP

Mohammad Hasri, 25, Pengusaha Desa Ville Jus Durian Belanda . Berasal dari Alor Setar, Kedah.

Selain daripada persaingan dengan syarikat ternama yang sudah bertapak lebih awal, mendapatkan kepercayaan pelanggan juga merupakan cabaran pada peringkat awal.

“Oleh kerana itu, kami perlu memastikan rantaian pengeluaran yang kemas dan konsisten dalam menjaga kualiti produk supaya menepati kehendak pelanggan. Malah, kami harus sentiasa peka dengan keperluan dan permintaan semasa,” kata Hasri.

Mantapkan diri dengan ilmu keusahawanan – Noraini Ahmad

Berbekalkan semangat untuk menambah pendapatan demi membesarkan lima orang anak, Noraini, 65, mula berniaga kuih tradisional secara kecil-kecilan menjual di kawasan kejiranan.

Kemudian, beliau mendapat kontrak untuk membekalkan kuih ke hotel bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur dan kini jenama Noraini’s Cookies menjadi buah mulut orang ramai kerana harganya yang lebih murah berbanding jenama lain.

Tidak hanya bergantung pada produk biskut, Noraini juga mengeluarkan produk tepung adunan segera dengan harga mesra rakyat dan memulakan perkhidmatan Original Equipment Manufacturer (OEM) membuat biskut.

“Modal bukanlah segala-galanya tetapi kalau ada ia adalah satu bonus. Dalam perniagaan kena banyak bersabar, kreatif dan fokus. Kalau boleh, pilih perniagaan yang kurang berisiko serta sentiasa mantapkan diri dengan ilmu keusahawanan, pengurusan, pemasaran, serta kemahiran berkomunikasi,” Kata Noraini. 

Berpegang pada prinsip 4P

Kredit Foto: KPDNHEP

Ketua Pegawai Eksekutif Omni Mal, Chua Hock Tee, 61. Mempunyai Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari California State University, percaya bahawa setiap perniagaan perlu berpegang pada prinsip yang diberi nama “Omni Mal 4P” iaitu Persistency (Berterusan), Planning (Perancangan), Proactive (Proaktif) dan Passion (Semangat).

Apa yang menarik, produk beliau menawarkan kelainan kepada makanan yang sering kali menjadi fokus hanya pada bulan Ramadan iaitu kurma.

Antara produk beliau ialah sirap kurma, kurma berisi coklat, potongan kurma dengan jagung bertih, oat kurma, kurma dilapisi habbatus sauda, pes kurma dan cucur kurma.

Menurut beliau, peniaga perlu mengambil inisiatif bagi menawarkan produk yang berbeza iaitu dengan memasukkan nilai tambah, kepelbagaian kegunaan, pengiktirafan dan pensijilan yang menjamin kualiti dan keselamatan makanan.

“Sepanjang perniagaan, kami menerima pengiktirafan dan sokongan daripada pelbagai agensi kerajaan dan juga institusi luar negara seperti International Gold Star for Quality Award oleh Business Initiative Directions di Geneva, Switzerland.” kata Chua Hock Tee.

Jatuh bangun dalam perniagaan ada lumrah, jangan berputus asa – Elina Hayati Ismail

Elina, 45, berasal dari Kelantan dan mempunyai sembilan beradik, tidak pernah kenal erti putus asa dalam perniagaan.

Elina merupakan seorang pengusaha pes masakan Toksu Shon dan rempah ratus serta makanan laut yang amat mementingkan kualiti produknya.

“Saingan kami adalah pengeluar terkenal dan kami cuba memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Bagi kami, perkara paling memuaskan adalah apabila dapat memenuhi kehendak pelanggan,” kata Elina.

Resipi sambal turun-temurun di komersialkan – Shadhana Sekarran

Shadhana Sekarran (kiri). – Kredit Foto: KPDNHEP

Shadhana Sekarran, 36, merupakan pengusaha bagi perniagaan Sambal Langgri.

“Sambal ini adalah resipi turun-temurun keluarga kami. Seorang sahabat yang juga merupakan seorang usahawan mahu membeli resipi kami selepas merasa keenakan sambal yang dihidangkan kepadanya. Selepas peristiwa itu, kami yakin bahawa Sambal Ikan Kurau ada potensi untuk dipasarkan,” kata Shadhana.

Cabaran yang dihadapi oleh Shadhana adalah proses pengilangan dan kewangan. Beliau juga mempunyai masalah memasarkan produk di pasar raya kerana pada masa itu beliau hanya mempunyai satu jenis sambal tetapi syarat untuk mendapatkan penempatan di pasar raya memerlukan sekurang-kurangnya dua jenis sambal.

Le Langgri Foods Sdn Bhd mempunyai lima jenis sambal yang unik dan berbeza daripada sambal yang ada di pasaran, terutamanya Sambal Ikan Kurau dan Sambal Mangga.

Sentiasa cari jalan penyelesaian. – Norul Fishah Damanhuri

Norul, 44, telah berkecimpung dalam dunia perniagaan sejak usia muda lagi. Norul memiliki beberapa jenis perniagaan dalam pelbagai jenis industri. Salah satu daripada perniagaannya, Noreka Inner merupakan inner premium yang mempunyai pelbagai pilihan warna.

“Ia mempunyai sasaran pengguna yang besar dari kanak-kanak berumur empat tahun sehingga nenek berusia 90 tahun. Kajian selama empat bulan dilakukan dengan teliti untuk mencari penyelesaian bagi masalah yang seringkali berlaku kepada produk inner yang ada dipasaran.

Cabaran saya ialah kekurangan rujukan bahan mentah di Malaysia. Kami terpaksa membuat kajian daripada luar dengan membeli sampel yang banyak untuk memastikan bahan mentah utama ini dapat memenuhi kualiti inner yang akan dihasilkan,” kata Norul.

Norul bangga dengan Noreka Inner yang memberi kualiti terbaik kepada pengguna dengan penggunaan material tidak mudah rosak, tidak kembang sehingga 360 kali cucian mesin, lembut dan tidak panas.

Produk keluaran tempatan ternyata tidak kurang hebatnya. Oleh itu, marilah kita sentiasa menyokong dengan membeli produk keluaran tempatan terutamanya produk keluaran Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

#MalaysiaBoleh

Sumber: Berita Harian

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perniagaan

Sayu melihat dugaan peniaga bazar ramadhan berniaga pada musim hujan

Published

on

By

Kredit Foto: Bernama

Sayu melihat para peniaga bertungkus lumus melindungi makanan dan barang-barang perniagaan mereka apabila hujan lebat dan angin kencang melanda.

Kredit Foto: Bernama

Namun keadaan ini tidak memutuskan semangat peniaga bazar ramadhan untuk terus berniaga demi mencari rezeki.

Kelebihan bazar ramadhan adalah kita dapat menikmati juadah yang jarang ditemui sepanjang tahun dan ianya hanya dijual pada bulan Ramadhan.

Semoga semua peniaga bazar ramadhan tidak berputus asa dan redha dengan segala ujian yang melanda dan bagi penggemar juadah-juadah istimewa di bulan puasa, teruskan memberi sokongan kepada peniaga dengan membeli juadah yang dijual di bazar ramadhan, diharapkan agar sedikit sebanyak ia dapat membantu perniagaan mereka.

Walau bagaimanapun, SOP tetap perlu diutamakan!

#KitaJagaKita

#MalaysiaBoleh

 

Continue Reading

Perniagaan

Peniaga boleh memohon atau memperbaharui permit perniagaan dengan E-Mall KiplePay

Published

on

By

Peniaga di Perak boleh memohon atau memperbaharui permit perniagaan dengan menggunakan telefon pintar mereka melalui aplikasi KiplePay. Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Digital Perak dimana ciri utama aplikasi ini disokong oleh ‘KiplePay’s Payment Gateway’.

Aplikasi ini adalah kesinambungan kerjasama antara KiplePay dengan Digital Perak, satu inisiatif yang diumumkan pada Oktober 2020 dengan matlamat untuk meramaikan penduduk Perak menggunakan platform digital, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Ciri utama aplikasi ini ialah ia merupakan suatu platform pembayaran yang terdiri daripada ‘e-wallet’ KiplePay dan ‘KiplePay’s Payment Gateway’, digunakan sebagai pembayaran tanpa tunai untuk transaksi di kedai dan dalam talian.

Dengan KiplePay, penjaja di Perak kini boleh melangkau proses pendaftaran secara fizikal dengan memohon atau memperbaharui permit perniagaan mereka hanya melalui telefon pintar mereka sahaja, kata syarikat itu. KiplePay mendakwa ia adalah satu proses yang lebih mudah kerana pemilik perniagaan hanya perlu mencari Majlis Daerah Perak Tengah dalam fungsi E-Mall, pilih jenis permit dan mengemukakan maklumat berkaitan, dan kemudian membuat pembayaran.

Platform ini membolehkan peniaga di bawah program Digital Perak untuk mereka mengakses dan membayar pelbagai perkhidmatan melalui portal web Digital Perak, katanya. Perkhidmatan ini termasuk kursus latihan, ruang kerja bersama, makmal komputer dan pejabat melalui Hub Innovasi dan Multimedia (HiM), tempahan aset, cukai tanah dan bayaran saman dengan agensi, majlis perbandaran dan Lain-lain Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Perak.

Tan Kay Yen, ketua pegawai eksekutif (CEO) KiplePay Sdn Bhd berkata, perniagaan di luar bandar-bandar utama Malaysia mula menyedari keperluan untuk memahirkan diri dalam penggunaan digital dan kami disini untuk membantu mereka ke arah itu.

KiplePay berusaha menyediakan kemudahan secara digital yang mengutamakan keperluan, inovatif dan mudah untuk rakyat Malaysia tanpa mengira di mana mereka berada. Fungsi E-Mall yang dilanjutkan adalah lanjutan daripada kemudahan tanpa tunai KiplePay yang merupakan ‘game-changer’ untuk peniaga yang ingin menjadi sebahagian daripada pasaran digital,” tambahnya lagi.

Tan berkata, hampir 400,000 peniaga tempatan di Perak yang berjaya meraih keuntungan daripada kemudahan ini.

Meor Rezal Fitri, Pegawai Eksekutif Digital Perak berkata, “Agensi ini terus mencari jalan untuk menyokong peniaga tempatan dalam menggunakan platform digital dan kerjasama yang berterusan dengan KiplePay, sangat membantu dalam mendedahkan mereka tentang pemasaran dan cara mendapatkan pelanggan yang baru melalui platform ini.”

“Begitu banyak yang boleh ditawarkan oleh peniaga-peniaga di Perak dan melalui platform ini, ia bukan sahaja kekal relevan tetapi kekal berdaya saing. Kami membayangkan komuniti perniagaan yang canggih dan celik digital di Perak, memberikan mereka platform dan peluang untuk memaksimumkan potensi pendapatan mereka dalam perniagaan.”

Mereka yang berjaya adalah mereka yang sentiasa berusaha dan tidak berputus asa dalam apa jua cabaran sekalipun. Oleh itu, sentiasa cabar diri mempelajari atau mencuba sesuatu yang baru agar kita sentiasa maju ke hadapan. Malaysia boleh!

Petikan ini telah dialih bahasa. Petikan asal oleh DigitalNewsAsia.com

#MalaysiaBoleh

#KitaJagaKita

Continue Reading

covid-19

BERAKHIRNYA MORATORIUM, APAKAH YANG AKAN TERJADI SETERUSNYA?

Published

on

Tiada siapa menyangka tahun 2020 merupakan tahun paling mencabar bagi ramai di antara kita. Di dalam ketidaktentuan keadaan kesihatan global, ekonomi negara di seluruh dunia turut terkesan akibat ancaman pandemik Covid-19.

Industri yang menerima impak paling besar semestinya sektor pelancongan berikutan sekatan daripada dalam dan luar negara. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Berita Harian, di Malaysia sahaja, direkodkan kerugian mencecah RM45 bilion dalam tempoh Januari hingga Jun.

Paling utama, pekerja yang berada dalam sektor ini menerima impak yang jauh lebih besar apabila diberhentikan kerja atau diberikan cuti tanpa gaji berikutan sekatan-sekatan ini. Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata angka yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi April tahun ini, jumlah pekerjaan menurun sebanyak 1.0 peratus kepada 14.93 juta orang berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Pelaksanaan moratorium dijalankan apabila ramai di antara kita terkesan apabila kebanyakan urusan perniagaan dan perkhidmatan dihentikan ketika Perintah Kawalan Pergerakan mula dilaksanakan. Rakyat telah ada lebihan wang ekoran pelaksanaan moratorium ini dan ini mendorong aktiviti pelancongan dan aktiviti perniagaan dalam negara giat dijalankan.

Meskipun aktiviti pelancongan dalam negara semakin rancak berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mula menampakkan perkembangan positif, nasib sebilangan besar daripada pemain industri dan rakyat masih tidak diketahui sehingga kini.

Pakej-pakej rangsangan ekonomi turut diperkenalkan bagi menyerap impak pandemik Covid-19. Kadar pengangguran pada Julai 2020 turun kepada 4.7 peratus atau 28,200 orang berbanding 4.9 peratus yang direkodkan pada bulan sebelumnya dengan jumlah keseluruhan penganggur adalah 745,100.

Pakej Rangsangan Ekonomi PKS. Kredit infografik Bernama

Ramai yang menjangkakan peniaga khususnya perusahaan kecil dan sederhana (SME) akan gulung tikar impak daripada berakhirnya moratorium ini. Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) menjangkakan terus meningkat mencecah 12 peratus daripada keseluruhan 15 juta tenaga kerja di negara ini.

Namun, apa yang bakal berlaku selepas moratorium berakhir pada 30 September 2020? Adakah kesan positif daripada pakej-pakej rangsangan ekonomi akan kekal selepas ini? Semoga rakyat akan kekal bersatu dalam menghadapi waktu-waktu sukar ini.

 

Continue Reading

Trending