Connect with us

Fesyen

Malaysia jadi pentas Minggu Fesyen Dunia

Published

on

Oleh Norhafzan Jaafar
[email protected]

KUALA LUMPUR: Kira-kira 90 pereka fesyen dari 60 negara akan mempersembahkan lebih 790 rekaan sempena Minggu Fesyen Dunia Malaysia 2017 yang bakal berlangsung, di Hotel Palace of The Golden Horses, pada 7 hingga 10 September ini.

Dengan tema “Eco Fesyen & Gaya hidup – Cintai Semulajadi”, Minggu Fesyen Dunia Malaysia 2017 berkenaan adalah kali pertama diadakan di Asia Tenggara, menghimpunkan koleksi dan rekaan untuk 2018.

Ia dijangka menarik lebih 5,000 pengunjung dalam kalangan pengikut fesyen tempatan dan antarabangsa selain peruncit, pembeli dan rakan media termasuk penyiar fesyen rasmi global, FashionTV yang memiliki lebih 300 juta penonton di 190 negara.

Presiden Minggu Fesyen Dunia, Paco De Jaimes, berkata Minggu Fesyen Dunia Malaysia 2017 bakal memberi peluang dan pendedahan global kepada bakat dari negara ini mengekalkan alam sekitar dan tanggungjawab sosial ke arah mengekalkan masa depan terbaik untuk generasi akan datang.

Acara empat hari itu turut diisi dengan pelbagai aktiviti termasuk makan malam gala, persembahan poket fesyen, pameran dan bicara fesyen bersama selebriti.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Maziah Mohamad, berkata acara fesyen antarabangsa ini akan menjadi pentas terbaik bagi pereka fesyen Malaysia, iaitu 20 daripada mereka bakal menyertai Minggu Fesyen Dunia Paris 2017/2018, pada November ini.

“Penganjuran di Malaysia juga adalah selaras dengan falsafah untuk menggalakkan penyatuan global, pembangunan dan tanggungjawab korporat menjaga alam sekitar dalam berfesyen,” katanya.

Duchess of Wurttemberg, Puteri Diane dari Perancis dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah antara tetamu diraja yang akan hadir pada acara berkenaan.

Mereka yang berminat menyertai acara antarabangsa ini terutama peruncit dan pembeli boleh menghubungi Minggu Fesyen Dunia Malaysia 2017, di talian 03-4141 9990 atau www.worldfashionweek.tv.

Berita Harian

Oleh Norhafzan Jaafar
[email protected]

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

covid-19

COVID-19: Dari haute couture kepada penyediaan PPE demi misi kemanusiaan

Published

on

By

Antara pereka fesyen Malaysia yang turun padang semasa pandemik COVID-19 demi misi kemanusiaan membantu frontliners yang kekurangan PPE ketika mereka sedang bertarung menyelamatkan nyawa ramai rakyat. Antaranya ialah Datuk Radzuan Radziwill, Melinda Looi, Alia Bastamam, Celest Thoi, Fizi Woo, Jovian Mandagie, Izrin Ismail (Innai Red), Kit Woo, dan Khoon Hoi.

1. Datuk Radzuan Radziwill

“Menjahit adalah kemahiran saya. Apa gunanya ada kemahiran jika tidak disalurkan kepada pihak yang memerlukan. Saya fikirkan, inilah masa terbaik untuk kita sama-sama mengharungi saat-saat yang sukar. Selepas dimaklumkan hospital memerlukan PPE, saya tidak tunggu lama untuk membantu menyiapkan apa yang diperlukan oleh mereka,” kata Radzuan

Sumber: Astro Awani

Sumber: Instagram Radzuan Radziwill

2. Melinda Looi


Dipimpin oleh pereka fesyen dan Presiden Persatuan Pereka Rasmi Malaysia (MODA) Melinda Looi dengan kerjasama FashionValet dan IMARET, inisiatif pengumpulan dana untuk membeli bahan-bahan membuat PPE dilancarkan minggu lalu.

“Kami bermula dengan sangat kecil, mengumpul sumbangan daripada beberapa ahli MODA untuk membantu meningkatkan bekalan PPE bagi pihak frontliners. Kemudian Elvina, seorang sukarelawan membantu membuat ‘mask’ muka menghubungi saya di media sosial dan memperkenalkan saya dengan Liyana Zainal yang juga sukarelawan. Tidak lama selepas itu, kami mula dihubungi oleh lebih ramai kawan yang mahu menderma untuk membeli lebih banyak bahan, dan pereka fesyen yang membantu menjahit PPE”. – Kata Melinda Looi

Tambahnya lagi, ia adalah permulaan yang sangat sederhana, tapi kini kami mempunyai FashionValet dan Imaret bersama kami untuk mengumpulkan lebih banyak dana, dan saya sangat gembira dengan keadaan ini.

Sumber: Instagram Melinda Looi

3. Alia Bastamam

“Pejuang sebenar di sini adalah pihak frontliners dan kita perlu menyokong mereka sebaik mungkin”. – Alia Bastamam

Sumber: Instagram Alia Bastamam KL

4. Jovian Mandagie

“You stay strong at the hospital, i jahitkan PPE gown you 😘 #KitaJagaKita – Jovian Mandagie

5. Kit Woo

Berjenaka di media sosialnya dengan berkata “Me conducting online sewing demos be like.. Wazzup everybody, welkam bak to my chanel, GUCCI and PRADA! Hi how r ya? Remember to like n subscribe!”

Sumber: Instagram Kit Woo

6. Izrin Ismail

Bantuan kecil ini membangkitkan semangat perpaduan. Bantuan ini membuatkan kami merasa benar-benar puas. Pasukan INNAI & INNAI RED kami bergilir-gilir bekerja memastikan setiap kakitangan mendapat peluang untuk mengambil bahagian dalam usaha ini.
 
Kami berharap anda dan keluarga anda selamat di rumah. Dan bagi mereka yang bekerja dalam perkhidmatan penting ini, sumbangan anda amat bermakna buat kami. – Innai Group

7. Fizi Woo

“Telah dibungkus dan sedia untuk di hantar. For our Heroes Safety, this Disposable PPE gown has been Sanitised and ready for use” – Fizi Woo

Sumber: Instagram Fizi Woo

8. Celest Thoi

“Frontliner yang dikasihi, ketahuilah bahawa kami akan membersihkan tangan kami sebelum menjahit. Kami juga akan memakai ‘mask’ dan penutup kepala setiap kali menjahit kerana kami memahami bahawa kesihatan dan kebersihan adalah sangat penting saat ini! Kami juga akan menyembur sanitizer kepada PPE yang telah siap sebelum dihantar kepada anda. Seperti yang dapat anda lihat di sini, keadaan dan kebersihan rumah kami di mana pasukan saya dan saya sedang bekerja. Teruskan nerjuang di sana, tahu bahawa kami sentiasa ada dibelakang untuk menyokong anda. Teruskan kekal selamat dan sihat”. – Celest Thoi

9. Khoon Hooi

“Sample PPE gown done. Can start to work now!” – Khoon Hooi


Netizen di Facebook sempat berjenaka dengan memuat naik tentang frontliners yang mungkin sedang gembira dan bangga memakai PPE dari Pereka fesyen tanah air.

Sumber: Facebook Faiesh Syazwan

Terima kasih pereka fesyen Malaysia. Usaha anda sangat kami hargai.

#StayAtHome #KitaJagaKita

Continue Reading

Fesyen

Pemuda Malaysia mengharumkan nama negara di Jepun

Published

on

By

Shahnun Said, 36, merupakan seorang pemuda Melayu yang berani dan kreatif. Beliau telah mengambil langkah untuk membina masa depannya melalui bidang seni kreatif, yang selari dengan minatnya sejak beliau kanak-kanak lagi.

Menurut Harian Metro, kerjaya Shahnun bermula apabila beliau menerima tawaran biasiswa mendalami bahasa Jepun sebelum menyambung pengajiannya dalam bidang reka bentuk seni binda di Kyoto University, Jepun.

Kini, beliau merupakan pereka utama kasut terkenal di Jepun, Premier Seven. Tidak dinafikan beliau terpaksa mengharungi pelbagai cabaran sepanjang membina kariernya di Jepun. Namun, usahanya dibalas dengan kejayaannya sebagai pereka kasut yang berkaliber.

Kredit: Says.com

Berdasarkan perbualannya dengan Harian Metro, Shahnun berasa bangga kerana diberi kepercayaan oleh pemilik jenama terkenal seperti Dragon Beard, Top Seven dan Premier Seven yang memasarkan kasut rekaannya ke pasaran Amerika Syarikat, Korea, China dan Eropah.

“Hampir setiap bulan saya perlu melawat kilang pembuatan untuk memastikan kualiti kasut kami terjamin, malah saya juga berpeluang menghadiri ‘fashion week’ di luar negara setiap musim untuk membuat penyelidikan selain mencari ilham,” katanya.

Shahnun mengakui banyak cabaran dilalui termasuk masalah komunikasi dan cara pemikiran pekerja di Jepun yang mementingkan disiplin, namun minat terhadap kerjaya diceburi menjadi motivasi untuk bertahan sehingga kini.

“Disebabkan saya bangsa asing, majikan tidak terus beri kepercayaan sepenuhnya, malah pada mulanya semua rekaan kasut saya ditolak.

“Namun, saya berusaha keras dan bersaing dengan pereka tempatan dan membuktikan mampu buat lebih baik berbanding mereka.

“Kerjaya saya sebagai pereka kasut anak Malaysia di Jepun bukan saja kerana minat dalam bidang fesyen tetapi saya juga berniat mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.”

Anda boleh lihat rekaan kasut jenama Premier Seven di bawah:

Kredit gambar: Harian Metro

Continue Reading

Fesyen

Zang Toi pilihan selebriti

Published

on

By

 

Zang Toi pilihan selebriti

ZANG Toi merupakan pereka fesyen terkemuka dunia yang banyak mereka pakaian untuk bintang dan selebriti terkenal Hollywood, secara ‘custom made’ atau boleh didapati terus di The House of Toi.

Populariti Zang Toi sememangnya sudah diketahui umum kerana telah meletakkan namanya di persada antarabangsa dengan menerima pelbagai anugerah.

Anugerah pertama yang terus melonjakkan namanya adalah Mouton-Cadet Young Designer Award pada 1990, yang mana mengiktirafnya sebagai salah seorang pereka terbaik dan muda di Amerika Syarikat (AS) ketika itu.

Rentetan itu, Zang Toi mendapat perhatian industri fesyen di AS dan hasil kerjanya dipaparkan oleh penerbitan besar seperti Financial Times, Newsweek, The New York Times, Vogue, Vanity Fair dan Time.

Zang Toi pernah diiktiraf sebagai salah seorang pereka terbaik dan muda di AS.

Dilahirkan pada 11 Jun 1961, penglibatan anak kelahiran Kuala Krai, Kelantan ini bermula pada 1981 apabila dia menjejakkan kaki di Kanada dengan wang hanya RM1,272 (AS$300). Anak bongsu daripada enam beradik pasangan, Foo Chin Chih, dan Toi Hun Eng ini kemudian berpindah ke bandar New York, AS untuk menyambung pelajaran di Parsons School of Design.

Bagi menampung kos sara hidup di AS, dia bekerja separuh masa dengan pereka kecil di Soho. Pada tahun keduanya, Zang Toi bekerja sepenuh masa dan hanya tidur tiga jam sehari bagi memenuhi tanggungjawabnya sebagai pelajar dan pekerja.

Selepas lapan tahun tamat belajar dan bekerja di Soho, Zang Toi berjaya membuka sebuah studio bengkel fesyen pada Ogos 1989 dan tidak lama kemudian Ketua Editor US Vogue, Anna Wintour mengetengahkan Zang Toi di dalam isu majalah itu Mac 1990.

Bermula daripada itu, Zang Toi mencipta nama di AS sehingga impiannya menjadi kenyataan sebagai pereka fesyen terkemuka di dunia sehingga kini.

Selain pakaian, Zang Toi turut mengusahakan kafe bersama abangnya, Zang Toi Cafe di The Pavilion, Kuala Lumpur; Zang Toi’s West 57th St Cafe.

 

WARTAWAN SINAR HARIAN

Continue Reading

Trending