Connect with us

rakyat

KITAJAGA.CO MEMUDAHKAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK MENERIMA DAN MENGHULUR BANTUAN

Published

on

Peningkatan kes Covid-19 pada tahun 2021 telah menjejaskan rakyat Malaysia sehingga ramai yang hilang pekerjaan dan tidak mampu menyara keluarga. Pada hujung bulan jun yang lepas, rakyat Malaysia telah memulakan kempen bendera putih bagi mereka yang memerlukan bantuan. Kempen ini diterima baik oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum untuk membantu satu sama lain agar dapat membanteras pelbagai kejadian buruk antaranya kes bunuh diri akibat tekanan hidup. Sebuah laman sesawang telah dicipta oleh KITAJAGA.CO bagi memudahkan sesiapa yang memerlukan bantuan untuk mengisi segala maklumat yang diperlukan bagi memudahkan bantuan diberikan kepada mereka.

Kredit Foto: kitajaga.co

Bagi mereka yang memerlukan bantuan boleh menekan butang merah ‘Saya perlu bantuan’. Manakala bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh menekan butang biru ‘Saya ingin bantu’ dilaman sesawang ini.

Beberapa maklumat perlu diisi oleh mereka yang memerlukan bantuan dan yang ingin menghulurkan bantuan bagi memudahkan lokasi mereka dikesan dalam peta laman sesawang ini.

Terima kasih buat kitajaga.co kerana menghasilkan satu laman sesawang yang sangat berguna untuk kita sama-sama bersatu hati membantu satu sama lain dalam usaha memerangi Covid-19 ini.

Bagi mereka yang memerlukan bantuan, anda boleh terus ‘click’ link ini kitajaga.co

#KitaJagaKita

#MalaysiaBoleh

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

covid-19

KAEDAH MEMOHON BAKUL PRIHATIN NEGARA

Published

on

Penularan wabak Covid-19 telah menyebabkan ramai rakyat hilang pekerjaan kerana banyak perniagaan terpaksa ditutup apabila Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Bagi mereka yang terjejas pendapatan akibat daripada penularan wabak COVID-19, permohonan Bakul Prihatin Negara boleh dibuat melalui kaedah seperti berikut:

Kredit Foto: Instagram KKM

•Talian Kasih: – 15999
•WhatsApp untuk mendaftar melalui Google form : http://www.wasap.my/6017-3729702/BakulPrihatinNegara
•Media Sosial Rasmi KPWKM
•Talian tambahan : – 03 8323 2176 / 03 8323 2177 / 03 8323 2178
•Bilik Gerakan JKM berdekatan anda

Bakul Prihatin Negara merupakan inisiatif Kerajaan yang berterusan dalam memastikan tanggungjawab terus dipikul untuk membantu rakyat yang terkesan. Bantuan dihulurkan bagi mereka yang memerlukan. Bersama kita terapkan usaha “kita bantu kita”.

#kitajagakita

#malaysiaboleh

Continue Reading

Ekonomi

SENARAI BANK MAKANAN

Published

on

Pandemik Covid-19 telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan, malahan ramai juga yang kehilangan ahli keluarga akibat jangkitan Covid-19 yang meragut nyawa mereka. Di saat kita menanti untuk keadaan menjadi lebih baik, ramai rakyat Malaysia bersatu hati membantu mereka yang memerlukan dengan menyediakan bank makanan di kebanyakan cawangan mereka.

1. Elewsmart – Bank makanan di 22 Elewsmart

Kredit Foto : Elewsmart

Ustaz Ebit Lew terkenal di kalangan rakyat Malaysia kerana telah banyak membantu mereka yang memerlukan. Cara lain untuk menolong mereka dalam kehidupan sehari-hari adalah rangkaian kedai runcitnya yang mampu dimiliki dengan bank makanan yang dilengkapi dengan barang keperluan yang didirikan di luar semua 22 cawangan yang terletak di Lembah Klang.

Anda boleh menurunkan barang yang ingin anda sumbangkan secara langsung. Item yang terdapat di bank makanan ini merangkumi keperluan seperti beras, syampu dan telur, dan banyak lagi. Dan mereka yang memerlukan boleh mengambil apa yang mereka perlukan dari bank makanan ini.

Senarai cawangan Elewsmart

2. BIG Pharmacy – Bank makanan di 10 cawanagan Big Pharmacy

Kredit Foto: FB Big Pharmacy

BIG Pharmacy telah menyertai kempen Bendera Putih. Mereka yang memerlukan makanan boleh mengunjungi kedai yang mengambil bahagian untuk mengambil apa yang mereka perlukan.

Bagi mereka yang ingin membantu, anda boleh menyumbangkan barang keperluan di kaunter bank makanan mereka sementara kedai mereka dibuka.

Senarai cawangan Big Pharmacy

3. Shell – Bank makanan di 52 stesen

Kredit Foto: FB Community Food Box

Kotak makanan dengan makanan kering yang tidak mudah rosak boleh didapati di 52 stesen minyak Shell di KL dan Selangor. Kotak-kotak ini didirikan sebagai projek berasaskan sukarelawan, yang dikendalikan oleh Teddy Mobile Clinic, telah wujud selama lebih dari setahun sekarang. Item yang disumbangkan akan memberi kelegaan kepada individu seperti pelajar kurang berkemampuan, orang tua, dan individu berpendapatan rendah.

Senarai bank makanan Shell di Lembah Klang

4. Petronas – Bank makanan di 48 stesen

 

Kredit Foto: FB Petronas

Petronas adalah stesen minyak lain yang mempunyai program bank makanan, dengan rak di premis mereka yang dilengkapi dengan barang keperluan untuk mereka yang memerlukan. Cari rak ini di 48 stesen yang mengambil bahagian di Lembah Klang, dan di seluruh Malaysia. Sesiapa yang ingin menderma boleh membeli barang makanan yang tidak mudah rosak, seperti tepung, beras, minyak masak, dan membawanya ke stesen Petronas yang mengambil bahagian.

Senarai bank makanan Petronas

5. MYDIN

Kredit Foto: FB MYDIN Malaysia

MYDIN juga mempunyai pakej bantuan makanan dengan keperluan harian, seperti roti, susu dan makanan dalam tin, bagi sesiapa yang memerlukan. Penyumbang boleh menghubungi mereka di nombor WhatsApp mereka untuk menghantar bungkusan kepada penerima. Anda mesti melampirkan alamat dan nombor telefon kepada siapa anda ingin menghantarnya, serta foto rumah mereka dengan bendera putih terangkat.

Inisiatif ini akan dilaksanakan dari 3 hingga 16 Julai, dengan barang dihantar dalam masa 24 jam kepada penduduk yang tinggal dalam lingkungan 10KM dari cawangan MYDIN.

6. Econsave

Kredit Foto: FB Econsave

Econsave akan memberikan pakej bantuan makanan kepada sesiapa yang menaikkan bendera putih dari kediaman mereka sebagai sebahagian daripada kempen Bendera Putih juga. Pakej ini akan merangkumi keperluan makanan seperti beras, tepung, gula, kopi dan biskut untuk meringankan beban mereka yang kehilangan pekerjaan, atau menghadapi kesukaran, kerana wabak itu.

Sekiranya anda menemui bendera putih yang terbang dari kediaman dalam radius 10KM dari lokasi kedai mereka, hantarkan mereka mesej di WhatsApp atau Facebook di sini dengan gambar bendera dan alamat lokasi dilampirkan.

Semoga senarai bank makanan di atas ini dapat membantu semua yang terkesan dengan pandemik ini.

#KitaJagaKita #BankMakananMalaysia #MalaysiaBoleh!

Continue Reading

rakyat

Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita akan menerima

Published

on

Ikhlas dalam menolong dan memberi bantuan, tokoh amal dan pendakwah bebas terkenal Ebit Lew sering berkongsi kisah di sebalik tabir kerja kebajikannya. Namun bukan niatnya untuk menunjuk-nunjuk, namun ianya hanya untuk mengajak lebih ramai individu membuat kebaikan.

Ebit Lew atau nama sebenar, Ebit Irawan Ibrahim Lew telah banyak melakukan amal kebajikan. Bantuan yang dihulurkan tidak mengira bangsa dan agama. Malah haiwan-haiwan di Zoo Negara turut mendapat bantuan daripada beliau apabila kekurangan dana kerana PKP.

Ebit Lew berkongsi pengalaman beliau memberi makan seekor panda di Zoo negara. (Foto : Instagram Ebit Lew)

Jika ada yang viral tentang kesusahan yang menimpa sesiapa sahaja, Ebit Lew pasti sampai menghulurkan bantuan. Tersentuh dan sebak melihat kesungguhan beliau menyuap makan seorang OKU berbangsa cina.

Foto: Instagram Ebit Lew

Uncle Yap seorang OKU yang tidur, mandi, membuang air besar, dan makan di tepi jalan selama setahun. Hujan panas cuma di tepi jalan. Ada juga yang memberi payung.

Foto: Instagram Ebit Lew

Setelah 4 jam memujuk, barulah Uncle Yap bersetuju menerima bantuan Ebit Lew. Uncle Yap diangkat sendiri oleh Ebit Lew untuk masuk ke dalam kenderaan dan dibawa ke Pusat Jagaan Wan Hing Care Centre di Sri Kembangan. Tempat jagaan yang cantik, selesa dan teratur. Bayaran bulanan Uncle akan dibayar oleh Ebit Lew. Ebit Lew turut membelikan pakaian baru dan kerusi roda baru yang boleh baring dan lebih elok.

Foto: Instagram Ebit Lew

Tidak hanya di Malaysia, Ebit Lew membawa Pertubuhan Kasih Umat Malaysia ke Afrika Selatan untuk membantu 200 anak kecil yang hidup dalam kesusahan dan sentiasa kelaparan. Menyediakan sebuah kabin ‘Kitchen Soup’ yang akan memberi makan kepada 200 anak kecil di sana setiap hari. Setiap tukang masak, pembantu dan barang mentah untuk memasak akan dibayar olehnya.

Ebit Lew menyuap sendiri anak-anak kecil di Afrika Selatan. (Foto: Instagram Ebit Lew)

Tidak berakhir di situ, semasa beliau berjalan di bandar Durban Afrika Selatan, beliau membantu seorang lelaki yang bernama Scott berusia 60 tahun yang telah tidur dijalanan selama 15 tahun. Membawanya makan KFC, membeli baju dan seluar buatnya. Ebit turut membawa Scott ke hotel untuk mandi dan tidur.

Foto: Instagram Ebit Lew

Ebit Lew pernah menceritakan kisahnya semasa kecil yang susah. Apabila dia mula bekerja, gaji pertamanya, diberikan sepenuhnya kepada ibunya. Jika ada lebih, dia akan makan. Jika tiada lebih, dia tidak akan makan. Apabila mula menjadi penceramah, rezekinya mula mencurah-curah. Dan sehingga kini, Ebit Lew tidak pernah berhenti memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Usah gusar duit akan berkurang apabila menghulurkan bantuan, rezeki yang akan kita dapat selepas memberi adakalanya berlipat ganda dari apa yang diberi. Semoga kisah Ebit Lew ini menjadi dorongan untuk kita sentiasa membuat amal kebaikan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.

 

#MalaysiaBoleh!

#KitaJagaKita

 

Continue Reading

Trending