Kesihatan
Panduan mendaftar Program Vaksinasi melalui Aplikasi MySejahtera.
Tak sabar untuk menjadi penerima vaksin Covid-19? Jom kita lihat langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menjadi menerima vaksin Covid-19.
Pemberian vaksin terbahagi kepada tiga fasa yang utama iaitu;
Fasa 1 (Feb-April): Diberikan kepada barisan hadapan seperti petugas kesihatan, polis tentera, Rela, bomba dan individu yang terlibat di barisan hadapan. Senarai nama lengkap dalam proses pendaftarannya.
Fasa 2 (April-Ogos): Golongan yang berisiko seperti orang yang berumur 60 tahun dan ke atas dan mempunyai penyakit-penyakit kronik.
Fasa 3 (Mei-Feb 2022): Individu awam yang berumur 18 tahun ke atas.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama menerima vaksin Pfizer-BioNTech di Pejabat Kesihatan Putrajaya selain melancarkan program pendaftaran vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera.
Jadi bagaimana cara untuk mendaftar sebagai penerima vaksin?
Sumber: covid-19.moh.gov.my
Aplikasi MySejahtera
- Bagi pengguna sedia ada aplikasi ini, pengguna iOS dan Android perlu mengemas kini versi MySejahtera 1.0.28.
- Ikon ‘Covid-19 Vaccination’ akan muncul setelah dikemas kini. Ia mengandungi maklumat lengkap profil anda yang perlu dikemas kini sebelum disahkan.
- Anda perlu menjawab empat soalan yang merangkumi minat untuk diberi vaksin, sejarah penyakit, sama ada pemohon terdaftar sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) dan alamat rumah terkini.
- Pemohon turut dinasihatkan untuk mengaktifkan pemberitahuan agar membolehkan anda menerima makluman mengenai status vaksinasi.
Pendaftaran di laman web
- Selain aplikasi MySejahtera, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang vaksin serta membuat permohonan ini melalui laman web www.vaksincovid.gov.my
#KitaJagaKita
#MalaysiaBoleh
Kesihatan
MENDERMA DARAH SEAWAL 18 TAHUN!
Tahukah anda pada usia 18 tahun, anak- anak kita sudah boleh menderma darah?
Merekalah generasi pelapis penderma darah. Membantu insan lain yang sedang memerlukan darah dalam waktu-waktu kecemasan dan pembedahan.
Bayangkan masa depan, tanpa generasi pelapis ini menderma darah, dimanakah akan kita dapati darah untuk menyelamatkan insan yang memerlukannya?
Ayuh kita ajak anak kita, anak saudara kita, rakan – rakan kita yang belum menderma darah untuk hadir menjadi barisan hadapan yang menderma darah.
Kibarkan semangat menderma darah, kibarkan semangat kemerdekaan.
Kita sayang Malaysia.
#malaysiaboleh
#kitajagakita
covid-19
4 sebab yang tidak membenarkan anda hadir ke PPV
Anda tidak dibenarkan hadir ke PPV jika anda mempunyai 4 sebab seperti di bawah:
Kredit Foto: Instagram KKM
Pastikan anda sihat, bebas daripada sebarang simptom dan tidak mempunyai kemungkinan dijangkiti COVID-19 sebelum hadir ke PPV untuk janji temu vaksinasi.
#kitajagakita
#MalaysiaBoleh
Kesihatan
Selain menyelamatkan nyawa, terdapat 5 manfaat menderma darah
Pendermaan darah kepada pesakit sentiasa diperlukan. Sebanyak 2000 beg darah diperlukan oleh pesakit setiap hari di seluruh Malaysia.
Ia bukan sahaja satu perbuatan yang mulia, tetapi terdapat pelbagai manfaat menderma darah untuk kesihatan penderma.
Berikut merupakan 5 manfaat menderma darah yang perlu anda tahu:
1. Mengesan masalah kesihatan
Sebelum menderma darah, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan fizikal dan ujian darah. Meskipun ia bukan pemeriksaan menyeluruh tetapi setidak-tidaknya ia dapat membantu mengesan sebarang masalah kesihatan yang mungkin anda tidak ketahui.
Pemeriksaan itu umumnya akan memeriksa tekanan darah, suhu badan, degupan jantung dan kadar hemoglobin dalam darah. Jika ia menunjukkan terdapat sebarang masalah, maka individu itu tidak sesuai untuk menderma darah.
2. Rasa lebih sihat
Ramai penderma darah memberitahu, setiap kali selepas menderma darah, mereka akan berasa lebih sihat dan bertenaga yang membuatkan mereka ingin menderma darah lagi.
Ada juga yang mengatakan bahawa menderma darah boleh membakar 650 kalori. Namun tiada bukti ilmiah yang menyokong kepada dakwaan tersebut.
3. Mengurangkan kadar zat besi bagi penderita hemochromatosis
Individu dengan masalah hemochromatosis memiliki terlalu banyak zat besi dalam darah sekaligus mempengaruhi fungsi pelbagai organ vital tubuh.
Menderma darah adalah salah satu bentuk rawatan yang paling baik untuk golongan ini, sekaligus dapat membantu golongan yang memerlukan.
4. Menjaga kesihatan jantung
Pada tahun 2019, terdapat kajian yang meneliti data daripada 160,000 wanita yang mendermakan darah selama 10 tahun mendapati menderma darah memberi perlindungan jangka panjang kepada kesihatan kardiovaskular mereka.
5. Mengawal tekanan darah
Beberapa kajian mendapati bahawa menderma darah dapat menurunkan tekanan darah dan mengawalnya agar sentiasa berada dalam keadaan normal.
Perkhidmatan pendermaan darah adalah termasuk perkhidmatan perlu (Essential Services). Jadi, marilah kita menderma darah!
- Membawa buku/kad penderma darah (untuk penderma regular); ATAU
- Mendapatkan slip temujanji pendermaan darah. (Slip ini akan dihantarkan ke e-mel yang diberikan dan perlu disimpan sebagai bukti temujanji untuk menderma darah); ATAU
- Mengisi borang pendaftaran penderma darah secara atas talian. Borang yang siap diisi akan dihantarkan ke e-mel tuan/puan dan seterusnya perlu dicetak.