Connect with us

Uncategorized

10 Fakta Aksesori

Published

on

Di sebalik pesona elegan dan ‘classy’, nilai fesyen aksesori sebenarnya mengundang perhatian lebih daripada itu.

1. Menurut kajian, lelaki lebih terpengaruh dengan trend fesyen apabila mahu membeli beg berbanding wanita yang lebih mengutamakan fungsinya.

2. Kategori tas tangan adalah akaun ‘share’ terbesar bagi pasaran fesyen aksesori di United Kingdom. Meningkat 11 peratus setiap tahun dan mencapai jualan £1.2 bilion pada 2013.

3. Hanya satu persepuluh (8%) lelaki membeli ‘man bag’ bagi setiap tahun.

4. Pengguna melebihi usia 55 tahun lebih gemar membeli barangan kemas dan aksesori hiasan lain berdasarkan kata hati. Manakala di paras umur lebih muda, membeli berdasarkan bajet.

5. Mintel.com menganggarkan pelanggan British membelanjakan lebih £2.5 bilion untuk aksesori fesyen sekitar tahun 2014.

6. Jualan murah dan tawaran istimewa adalah motivasi utama untuk membeli tas tangan dan aksesori dengan lebih 59 peratus wanita menggunakan insentif diskaun.

7. Motivasi mendapatkan aksesori fesyen kerana inovasi rekaan terkini adalah lebih tinggi di kalangan pelanggan lelaki berbanding wanita.

8. Wanita selalunya mendapatkan tas tangan terkini untuk menghadiri majlis istimewa.

9. Semenjak wujudnya pakar Internet seperti Asos, Amazon Bay, eBay dan sebagainya, 25 peratus pengguna mendapatkan barangan aksesori dengan cara pembelian di atas talian.

10. Lebih 51% populasi wanita di seluruh dunia akan membeli tas tangan pada setiap tahun.

Quotes tentang aksesori:

“Accessories are the exclamation point of a woman.” – Michael Kors

“ Accessories are important and becoming more and more important

every day.” – Giorgio Armani

“I see bold accessories as woman armor.” – Rachael Zoe

“A woman makes an outfit her own with accessories.” – Oscar de La Renta

Kumpulan Media Karangkraf

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Published

on

By

Syawal kali ini tidak banyak bezanya dengan tahun lepas ekoran penularan Covid-19, namun setidak-tidaknya kita masih boleh menikmati dan berkesempatan untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dalam suasana aman dan selamat.

Sidang Khas MKN mengenai pengurusan Covid-19 memutuskan PKP dilaksanakan di seluruh negara mulai hari ini. Gelombang ketiga COVID-19 ini lebih ganas dan kritikal. Oleh itu, kita perlu hadapi dengan penuh disiplin⁣⁣⁣.

Sumber: Instagram Bernama Official

Kita harus sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan, agar kita dapat membendung penularan Covid-19 yang semakin meningkat naik ini dan bersama-sama menjaga kesihatan dan keselamatan keluarga kita.

Berikut merupakan nasihat umum untuk mengurangkan risiko COVID-19 ketika meraikan sambutan Hari Raya di rumah:

Semoga norma baharu yang telah kita amalkan semenjak tahun lepas tetap memberi nilai dan makna tersendiri serta dapat memeriahkan suasana raya tahun ini. Kami dari team Malaysia Boleh mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri!

#KitaJagaKita

#MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Kesan sampingan biasa AstraZeneca

Published

on

By

Sama seperti kebanyakan vaksin-vaksin yang melawan COVID-19, penerima vaksin mungkin akan mengalami kesan sampingan seperti berikut selepas mendapatkan suntikan:

Kesan sampingan ini biasanya adalah ringan dan tidak mengancam nyawa.

Senarai menunjukkan kesan sampingan mengikut tertib menurun (daripada paling biasa kepada yang jarang berlaku).

  • Sakit kepala
  •  Kelesuan
  • Menggigil
  • Arthralgia (sakit sendi)
  • Demam
  • Myalgia (sakit otot)
  • Loya
  • Cirit-birit


Untuk keterangan lanjut sila hubungi Talian Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan ???? 1800-888-828

Daftar untuk vaksinasi: vaksincovid.gov.my/panduan

Continue Reading

Pendidikan

MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020

Published

on

By

MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020 untuk mengikuti YTP bermula dari peringkat persediaan hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi terpilih dalam dan luar negara.


Permohonan secara dalam talian akan mula dibuka pada 19 April sehingga 6 Mei 2021.

Syarat Kelayakan Program
http://online.anyflip.com/oxlss/wihd/mobile/index.html

#mara #YTP2021

#MalaysiaBoleh

Continue Reading

Trending