Connect with us

Kesihatan

‘Salam Malaysia’ cara terbaik menggantikan berjabat tangan bagi mencegah penularan Covid-19.

Published

on

Rakyat Malaysia perlu membiasakan diri dengan ‘Salam Malaysia’. Ini dapat mengelakkan kita dari menyentuh antara satu sama lain bagi mengurangkan penularan wabak Covid-19. – kata bekas Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Walaubagaimanapun adalah lebih penting untuk kita sentiasa membasuh tangan dengan bersih dan menggunakan sanitari tangan sebagai alternatif sekiranya tidak dapat membersihkan tangan pada waktu-waktu tertentu.

“Salam Malaysia” adalah satu bentuk ucapan kebangsaan dalam mengalu-alukan pelancong yang dicadangkan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir pada tahun 1999. Beliau berkata bahawa rakyat Malaysia harus mengamalkan gerak isyarat meletakkan tangan kanan di jantung sebagai satu cara untuk menyambut pelawat.

Menurutnya, orang Jepun akan menyambut satu sama lain dengan menundukkan kepalanya manakala orang Thai akan melakukan wai (dengan meletakkan kedua telapak tangan bersama) tetapi Malaysia tidak mempunyai “salam standard”. Beliau juga mengatakan bahawa “Salam Malaysia” mungkin lebih sesuai daripada berjabat tangan kerana sesetengah budaya menganggapnya tidak sesuai untuk wanita menyentuh tangan seorang lelaki.

Dr Lee berkata, sejak wabak ini menular dari satu manusia ke manusia yang lain dilaporkan di negara ini, penting bagi rakyat untuk bekerjasama dan memastikan  kita mengamalkan amalan kebersihan yang baik.

“Ini bukanlah jangkitan melalui udara, jadi jika seseorang dengan virus itu tidak batuk atau bersin, ia tidak akan merebak kepada orang lain tetapi jika seseorang yang dijangkiti itu batuk atau bersin dalam jarak tiga kaki dari orang lain, ada kemungkinan titisan itu yang akan menyebarkan virus. Selain itu, titisan yang terdapat pada permukaan seperti meja dan lif boleh bertahan selama beberapa jam. Jadi, apabila seseorang menyentuh permukaan, maka dia boleh dijangkiti jika dia menggunakan tangan yang sama untuk memegang wajahnya,” tambahnya lagi.

Penularan virus ini juga berlaku di Singapura. Dr Lee berkata, mereka bergantung kepada kerajaan Singapura untuk mengawal kumpulan yang dijangkiti.

“Kami (kerajaan Malaysia) berharap cluster itu dapat dikawal, dan jika Singapura tidak dapat berbuat demikian, ini bermakna risiko penularan manusia ke manusia di Malaysia semakin tinggi. Di peringkat kementerian, kita mesti bersedia jika keadaan sedemikian timbul. Tetapi harapan kami adalah untuk dapat mengawal virus daripada terus merebak seperti apa yang sedang berlaku di negara China.” kata Dr. Lee.

Sumber : http://www.thestar.com.my

Kesihatan

Bosan dirumah? Jom buat senaman Burpees

Published

on

Jom buat senaman Burpees untuk kekal aktif di rumah! 7 minit je!

Sumber: MyHEALTH KKM

Continue Reading

covid-19

COVID-19: 110 kes baharu menjadikan jumlah kes positif sebanyak 900

Published

on

Terkini 15 kes positif #COVID19 telah sembuh dan dibenarkan discaj dari wad. Ini menjadikan jumlah sembuh dan discaj sebanyak 75 kes. Terdapat 110 kes baru dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 900 kes. – KKM Putrajaya

Continue Reading

covid-19

Rakyat Malaysia masih memandang ringan ancaman wabak COVID-19

Published

on

Sumber: Facebook

Negara Itali kini mencatatkan jumlah jangkitan kedua tertinggi selepas China kerana rakyatnya yang tidak memandang serius akan penularan wabak tersebut. Penularan COVID-19 di Itali meningkat tiga hingga ke empat kali ganda apabila rakyatnya ingkar dengan arahan ‘lockdown’ negara mereka.

Kini, negara kita bakal berdepan dengan gelombang yang sama jika kita terus melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilaksanakan mulai semalam.

Sumber : Whatsapp
Sumber : Facebook

Melihatkan segelintir masyarakat yang masih degil, meluangkan masa bersarapan dan makan malam di gerai dan juga restoran amat dikhuatiri usaha pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan hanya akan menjadi sia-sia dalam membendung penularan wabak COVID-19.

Sumber: Facebook KKM

Kenyataan di atas telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan di laman Facebooknya. Jumlah kes keseluruhan setakat semalam telah mencecah 790 kes. Jika rakyat Malaysia terus ingkar pada arahan Perintah Kawalan Pergerakan, tidak mustahil angka ini akan terus meningkat.

Bukan mudah untuk kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan kerana ia akan menjejaskan ekonomi negara kita. Kerajaan telah berkorban untuk kita rakyat Malaysia melalui perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini. Oleh itu, kita semua perlu memberikan kerjasama.

Ekonomi boleh dibaik pulih, tetapi nyawa takkan kembali. Marilah kita sama-sama membantu negara menghentikan menularan wabak COVID-19 ini dari terus tersebar.

Continue Reading

Trending

MalaysiaBoleh.com

%d bloggers like this: