Pendidikan
Tempat menarik di Malaysia yang sama seperti overseas.
Sebab utama admin kongsikan artikel ini adalah untuk mempromosikan tempat menarik yang memang dah wujud seperti tempat overseas. Apa kata kita melawat dan melancong dulu didalam negara dan sokong industri pelancongan Malaysia. #MalaysiaBoleh
12 Tempat Menarik Di Malaysia – Tapi Macam Overseas ✈
Sebenarnya ada tempat menarik di Malaysia ini, yang pemandangannya dekat sama macam di luar negeri tu.
Isi Kandungan :
- 1Selfie Sakan – Macam Di Bolivia
- 2Sasaran Sky Mirror Tour
- 3Tenangkan Jiwa – Macam Di Taman Jepun
- 4Layan Hidup Kublai Khan – Macam Di Monggolia
- 5Kagum Tengok Rumah A Shape (Macam Di Australia)
- 6Jimat Duit Pi Pulau Gojes (Macam Di Maldives)
- 7Rasa Makan Scones Sambil Cakap Sejuknya – Macam Di England
- 8Menangis Tengok Gunung Hijau – Macam Di New Zealand
- 9Rasa Demam Kpop – Macam Di Korea
- 10Minum Kopi, Layan Bangunan Cantik – Macam Di Perancis
- 11Tidur Dalam Teepees – Macam Di Amerika
- 12Feel Amerika Kat Kampar
- 13Langut Tengok Kurma – Macam Di Dubai
- 14Nganga Tengok Air – Macam Di Kemboja
Kalau setakat nak ambil feel overseas, kat Malaysia pun boleh.
Jom tengok satu-satu.
Selfie Sakan – Macam Di Bolivia
Tempat ini macam di Bolivia — Salar de Uyuni. Bila tangkap gambar, dah tak nampak mana langit, mana bumi.
Tempatnya? Dekat dengan Kuala Selangor, 1 jam dari KL.
Specialnya tempat ini sebab scene macam kat atas cuma ada 5 hari sebulan.
Nak ke sini, kena naik bot. Sebab ini bukan tepi laut. Orang sini panggil scene aneh ini Mirror In The Sky.
Trip ke sini selalu penuh, sebab fenomena ini bukan hari-hari ada.
Kos : RM 75 (15 orang ke atas)
Tenangkan Jiwa – Macam Di Taman Jepun
Ada beberapa tempat menarik di Malaysia yang pemandangannya macam di Jepun. Ada yang bermusim, ada yang sepanjang tahun.
Tapi kalau yang sentiasa macam di Jepun, kena pergi ke Colmare Tropicale.
Sewa Kimono, lepas tu bergambar puas-puas.
Perut lapar? Makan sushi. Badan letih? Rasa urut gaya Jepun kat Tatami Spa.
Kos : RM 60 seorg
Cara Ke Sini: Naik bas pergi balik dari Berjaya Times Square KL ke Colmare.
Kalau setakat pemandangan macam di Jepun, tunggu musim bunga Sakura.
Merata view pink ada di Malaysia – Penang & Parit Buntar, Kemaman & Alor Setar antara tempat yang famous.
Bezanya kita ada lembuuuu ….
Kos : Percuma
Layan Hidup Kublai Khan – Macam Di Monggolia
Nak merasa tidur dalam rumah orang Monggol? Datang ke Kundasang.
Tempat ini sejuk ya amat (17 darjah Celcius). Sesuai sangat kalau hangpa mahu ke Sydney tapi bajet cuma ke cukup ke Sabah.
Satu yurt boleh muat 4 orang. Tapi tak sesuai untuk keluarga atau honeymoon ya?
Sebab memasak sendiri. Yurt pun mungkin berbau sebab cuaca sejuk tapi lembab.
Aihh .. kata nak rasa jadi Monggol kejap?
Kos : RM 300 satu yurt
Cara Ke Sini : Tempah di MrSabah
Kagum Tengok Rumah A Shape (Macam Di Australia)
Nak tengok orang surfing di Bondi Beach, Sydney sambil makan fish and chips tepi laut?
Maaf. Malaysia belum ada tarikan tahap begitu. Tapi kalau setakat rumah homestay gaya rumah pantai Australia, boleh lah ke tempat menarik Melaka ini.
Ini Masbro Paya Rumput. Satu rumah boleh muat sampai 6 orang.
Rumah dalam kawasan berpagar. Siap dengan microwave, air-cond dan peti sejuk.
Nak mandi ada swimming pool.
Kos : RM 280 sebuah rumah
Cara Ke Sini : Tempah di Masbro Village
Apa? Melaka panas?
Kalau nak rasa lebih sejuk, datang yang di Sabah ini.
Tapi ini untuk yang suka adventure. Sebab ini tempat camping. Sejuk nya? Adohai tak perlu cerita lah bila pagi-pagi.
Cuma harganya… batuk! batuk!
Kos : RM 680++
Cara Ke Sini: Tempah di Airbnb
Jimat Duit Pi Pulau Gojes (Macam Di Maldives)
Ramai isteri yang buat suami pecah hati sebab asyik cakap — bila lah kita nak pi Maldives bang?
Adek sayang, kalau setakat suasana laut macam Maldives, ada kat Malaysia.
Banyak pulau Malaysia yang airnya jernih sampai nampak dasar laut – macam Maldives. Tioman, Langkawi, Semporna. Aiseh, banyak lagi sebenarnya.
Jadi kita ambil contoh sikit saja.
Yang di atas, view Japamala Resort, Tioman. Dalam negeri Pahang ni.
Ingat Pahang asyik Cameron sahaja ye?
Kos : Dari RM 750++ sebilik
Cara Ke Sini: Naik bot dari Jeti Mersing, Johor
Kalau Terengganu, ada Pulau Redang.
Dah kat sini, buat apa lagi? Menyelam lah.
Kos : Dari RM 700++ sebilik
Cara Ke Sini: Naik bot dari Jeti Syahbandar, Kuala Terenggganu.
Kalau Sabah, jangan cakaplah. Banyak pulau dan pantai yang menganga kita tengok. Sebab airnya aduhai mempesona sungguh.
Jadi kita ambil sikit saja contoh kawasan Sabah yang macam Maldives — Bohey Dulang.
Pulau Bohey Dulang ini tak ada resort. Cuma orang datang untuk tengok pemandangan yang macam kat bawah ni …
Nak ke sini, kena cergas sebab nak daki bukit. Dan kos pun tak murah. Tapi pemandangan memang lumayan.
Kos : RM 600++ satu bot
Cara Ke Sini: Ambil bot di jeti Sempoerna.
Rasa Makan Scones Sambil Cakap Sejuknya – Macam Di England
Tarikan di Malaysia yang macam England pun banyak juga. Cuma salji tak ada. Tapi kalau setakat nak rasa feel kat sana tu boleh sangat.
Ini 2 contoh tempat menarik kat Malaysia yang nampak macam di England.
Dan yang kat bawah .
Orang kata hotel ini yang terbaik di Lembah Bertam …
Tak mampu tidur di sini, minum petang sahajalah ya?
Kos : RM 78 untuk minum petang
Cara Ke Sini : Tempah di Lakehouse
Nak lebih class? Satu lagi hotel gaya British di Cameron. Tapi ini jauh lebih mewah sebab di bawah YTL.
Ada yang nak piknik?
Kos : RM 500
Cara Ke Sini : Tempah bilik di Cameron Highlands Resort
Cukup je dua. Walaupun sebenarnya ada banyak lagi yang gaya macam di England.
Menangis Tengok Gunung Hijau – Macam Di New Zealand
Tu – brader tu kat Malaysia tau. Bukan New Zealand.
Sebab sama macam England, banyak tempat tarikan Malaysia yang macam di New Zealand.
Kalau nak bergambar macam dalam iklan Fern Left memang perkara enteng!
Tempat ini bukan sahaja ada lembu-lembu susu macam di New Zealand, tapi siap dengan pemandangan gunung dan kabus.
Bila perut sudah lapar, boleh minum susu lembu segar atau beli aiskrim kat sini. Terbaek dari ladang.
Kos : RM 5
Cara datang: Contact FB Desa Dairy Farm
Yang di atas itu ladang.
Yang ini pula kawasan Kampung Himbaan, Bundu Tuhan, Ranau Sabah — Hounon Ridge Farmstay & Camping yang sangatlah femes.
Duduk minum teh petang-petang.
Kos : RM 160++ (rumah utk 4 orang)
Cara datang: Contact FB Hounon Ridge
Ada yang hampir sama kat Kluang, Johor.
Cuma tak berkabus. Dan gunung tak sehebat di Sabah.
Dan bukan lembu New Zealand. Tapi kambing.
Kluang
Kos : RM 48 seorang (tour 3 jam)
Cara datang: Contact Laman UK Agro Resort
Rasa Demam Kpop – Macam Di Korea
Dulu demam Winter Sonata. Lepas tu demam Running Man.
Sekarang demam sebab selalu makan meggi saja sebab menabung nak pergi ke Korea.
Tak mampu tak mengapa. Jom cuti-cuti Malaysia kat tempat ini.
Kata orang macam di Manami Island.
Sayangnya yang datang, perangai tak macam orang Korea. Tapi macam orang Malaysia.
Akibatnya, sampah dah mula bersepah.
Kos : Percuma
Minum Kopi, Layan Bangunan Cantik – Macam Di Perancis
Bandar seperti pekan Perancis ini lebih bersih. Sebab tempat ini kepunyaan Kumpulan Berjaya.
Namanya Colmar Tropicale.
Cuaca lebih sejuk dari di KL. Jadi, ada sikit rasa macam di Perancis.
Siap dengan clown busking kat tengah jalan.
Bila sudah ke sini, pakai baju sejuk. Lepas tu lilit shawl.
Macam brader sorang ni.
Kos : RM 60 seorg
Cara Ke Sini: Naik bas pergi balik dari Berjaya Times Square KL ke Colmare.
Tidur Dalam Teepees – Macam Di Amerika
Tempat menarik di Port Dickson ini macam Amerika — zaman koboi lawan Red Indian.
Nak merasa tidur dalam khemah Red Indian boleh. Nak naik kuda boleh.
Siapa yang dah ke sini angkat tangan!
Kos : RM 150 ++
Cara Ke Sini: Tempah dengan Eagle Ranch Resort
Feel Amerika Kat Kampar
Kalau setakat nak bergambar macam oversea, kat kawasan perumahan pun boleh dik.
Tak caya? Pi Kampar, Perak.
Tu brader tu kat Disney Avenue. Kawasannya kecil dan tak ada banyak benda nak dibuat. Tapi setakat nak menyakat kawan dengan selfie glamer, boleh aje.
Patut tahun 2017 dah ada istana ala Disneyland kat sini. Kalau nak tau dah siap belum, boleh la pi terjah.
Kos : Free
Langut Tengok Kurma – Macam Di Dubai
Kali ini kita pergi ke destinasi macam di Timur Tengah. Sebab siap ada pokok kurma yang segar bugar.
Ini Masjid Al-Bukhari di Alor Setar, sumbangan dari Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari.
Bila dah datang, jangan selfie saja. Masuk solat ye?
Kos : Percuma
Nganga Tengok Air – Macam Di Kemboja
Kita tutup senarai ini dengan tarikan yang out of this world yang selalunya ada di Kemboja. Dan beberapa tempat istimewa lain di dunia.
Tapi jarang nampak di Malaysia — ombak laut jadi biru.
Pemandangan ini ada terjadi di Pulau Sembilan, Pangkor, Perak.
Ada juga di Pantai Trusan Miri, Sarawak. Dan dengar cerita, ada juga kata selain Trusan, fenomena air laut membiru bila malam ada kat pantai lain di Miri.
Efek ini jadi bila malam. Kata orang, sebab plankton.
Jadi, nak tanya.
Antara banyak-banyak tarikan Malaysia kat atas itu, mana satu yang buat hangpa kagum sangat?
Artikel ini dipetik daripada :www. JomJalan.com.my
Pendidikan
MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020
MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020 untuk mengikuti YTP bermula dari peringkat persediaan hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi terpilih dalam dan luar negara.
Permohonan secara dalam talian akan mula dibuka pada 19 April sehingga 6 Mei 2021.
Syarat Kelayakan Program
http://online.anyflip.com/oxlss/wihd/mobile/index.html
#mara #YTP2021
#MalaysiaBoleh
Pendidikan
Program pendidikan memperkasa golongan B40 dan tercicir
Golongan B40 dan tercicir antara yang terbeban ketika Perintah Kawalan Pergerakan mula dijalankan pada bulan April 2020 yang lalu. Bagaimana program pendidikan daripada SOLS 24/7 dapat memperkasa golongan ini daripada terus terhimpit?
Jom tonton siri kedua temu bual eksklusif MalaysiaBoleh.com bersama SOLS 24/7.
Belia
SOLS 24/7 memperkasakan belia daripada kumpulan B40
SOLS 24/7 adalah sebuah organisasi kemanusiaan yang komited untuk berkhidmat, mendidik dan memperkasakan masyarakat miskin dan kurang berkemampuan.
Melalui pelbagai program pendidikan dan pemberdayaan sosial, SOLS 24/7 telah berusaha untuk mengubah komuniti yang kurang terlatih untuk mengembangkan potensi sebenarnya dalam mematahkan roda kemiskinan.
Menggunakan model dan reka bentuk khas – Sains Bahasa, Sains Teknologi dan Sains Kehidupan – organisasi ini telah menyediakan pelbagai program pendidikan dan pemberdayaan sosial secara percuma kepada masyarakat yang kurang berkemampuan di Malaysia.
Jom tonton siri pertama temu bual eksklusif MalaysiaBoleh.com bersama SOLS 24/7.