Uncategorized
Perkembangan Ekonomi Malaysia Kelihatan Teguh
KUALA LUMPUR: Malaysia memiliki prospek pertumbuhan yang mantap dengan asas ekonomi yang baik selain pelaksanaan disiplin fiskal yang kukuh.
Ketua Ekonomi Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO), Dr Khor Hoe Ee, berkata Malaysia melaksanakan pelan pertumbuhan dengan baik dan ia salah satu faktor utama pertumbuhan negara kekal stabil sehingga kini.
“Meskipun Malaysia kini berdepan dengan peralihan kerajaan baharu, pertumbuhan masih kekal stabil. Akan ada lebih banyak disiplin fiskal yang akan dilaksanakan pada masa depan dan ia adalah sesuatu proses biasa serta baik.
“Kami sangat optimis bagi prospek pertumbuhan Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas siri meja bulat ASEAN – ‘Pengajaran daripada krisis kewangan masa lalu’, di sini, hari ini.
Siri berkenaan dipengerusikan Presiden Institut Penyelidikan Asean CIMB (CARI), Tan Sri Dr Munir Majid.
Kredit: Berita Harian
Uncategorized
Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Syawal kali ini tidak banyak bezanya dengan tahun lepas ekoran penularan Covid-19, namun setidak-tidaknya kita masih boleh menikmati dan berkesempatan untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dalam suasana aman dan selamat.
Sidang Khas MKN mengenai pengurusan Covid-19 memutuskan PKP dilaksanakan di seluruh negara mulai hari ini. Gelombang ketiga COVID-19 ini lebih ganas dan kritikal. Oleh itu, kita perlu hadapi dengan penuh disiplin.
Sumber: Instagram Bernama Official
Kita harus sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan, agar kita dapat membendung penularan Covid-19 yang semakin meningkat naik ini dan bersama-sama menjaga kesihatan dan keselamatan keluarga kita.
Berikut merupakan nasihat umum untuk mengurangkan risiko COVID-19 ketika meraikan sambutan Hari Raya di rumah:
Semoga norma baharu yang telah kita amalkan semenjak tahun lepas tetap memberi nilai dan makna tersendiri serta dapat memeriahkan suasana raya tahun ini. Kami dari team Malaysia Boleh mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri!
#KitaJagaKita
#MalaysiaBoleh
Uncategorized
Kesan sampingan biasa AstraZeneca
Sama seperti kebanyakan vaksin-vaksin yang melawan COVID-19, penerima vaksin mungkin akan mengalami kesan sampingan seperti berikut selepas mendapatkan suntikan:
Kesan sampingan ini biasanya adalah ringan dan tidak mengancam nyawa.
Senarai menunjukkan kesan sampingan mengikut tertib menurun (daripada paling biasa kepada yang jarang berlaku).
- Sakit kepala
- Kelesuan
- Menggigil
- Arthralgia (sakit sendi)
- Demam
- Myalgia (sakit otot)
- Loya
- Cirit-birit
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Talian Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan ???? 1800-888-828
Daftar untuk vaksinasi: vaksincovid.gov.my/panduan
Pendidikan
MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020
MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020 untuk mengikuti YTP bermula dari peringkat persediaan hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi terpilih dalam dan luar negara.
Permohonan secara dalam talian akan mula dibuka pada 19 April sehingga 6 Mei 2021.
Syarat Kelayakan Program
http://online.anyflip.com/oxlss/wihd/mobile/index.html
#mara #YTP2021
#MalaysiaBoleh