Connect with us

Uncategorized

MELAMPAU! Penyokong Indonesia serang pasukan b19 Malaysia dengan batu dan botol!

Published

on

Meskipun tiada pemain yang mengalami kecederaan, sikap penyokong Indonesia mengecewakan kerana tidak menonjolkan semangat kesukanan. Kredit gambar: Malaysian Gazette

KUALA LUMPUR: The Malaysian football team were attacked by stones and bottles by Indonesian fans in the semi-final of the AFF Under-19 Cup at Stadium Gelora Delta in Sidoarjo, Indonesia on Thursday.

Pasukan bola sepak Malaysia ‘diserang’ dengan balingan batu dan botol oleh peminat Indonesia yang marah selepas perlawanan separuh akhir Piala AFF B-19 di Stadium Gelora Delta di Sidarjo, Indonesia semalam.

Kejadian tersebut berpunca apabila pasukan Malaysia mengalahkan Indonesia melalui penentuan penalti 3-2 selepas terikat seri 1-1 semasa masa tambahan.

Malaysia berjaya melepasi laluan sukar untuk ke pusingan apabila penjaga gawang Muhammad Azri Abdul Ghani muncul wira negara untuk mengatasi tuan rumah, Indonesia, dalam penentuan penalti itu.

Penyokong Indonesia yang tidak berpuas hati dengan keputusan perlawanan tersebut telah melontarkan objek kepada pasukan Malaysia. Kira-kira 26,000 penyokong pasukan Indonesia yang hadir di ke perlawanan tersebut.

Indonesian fans, unhappy with the outcome of the match, showed their frustration by attacking the Malaysian team. More than 26,000 Indonesian fans were at the stadium.

Menurut, Ketua Jurulatih Pasukan B-19 Malaysia Bojan Hodak mereka bernasib baik tidak mengalami sebarang kecederaan kerana sejurus selepas kejadian tersebut berlaku, mereka segera dibawa ke bilik persalinan untuk keselamatan.

“Saya kecewa yang perkara seperti ini masih lagi berlaku,” ujarnya lagi.

Malaysia bakal menemui Myanmar dalam saingan akhir Piala AFF B-19 pada Sabtu ini.

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Published

on

By

Syawal kali ini tidak banyak bezanya dengan tahun lepas ekoran penularan Covid-19, namun setidak-tidaknya kita masih boleh menikmati dan berkesempatan untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dalam suasana aman dan selamat.

Sidang Khas MKN mengenai pengurusan Covid-19 memutuskan PKP dilaksanakan di seluruh negara mulai hari ini. Gelombang ketiga COVID-19 ini lebih ganas dan kritikal. Oleh itu, kita perlu hadapi dengan penuh disiplin⁣⁣⁣.

Sumber: Instagram Bernama Official

Kita harus sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan, agar kita dapat membendung penularan Covid-19 yang semakin meningkat naik ini dan bersama-sama menjaga kesihatan dan keselamatan keluarga kita.

Berikut merupakan nasihat umum untuk mengurangkan risiko COVID-19 ketika meraikan sambutan Hari Raya di rumah:

Semoga norma baharu yang telah kita amalkan semenjak tahun lepas tetap memberi nilai dan makna tersendiri serta dapat memeriahkan suasana raya tahun ini. Kami dari team Malaysia Boleh mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri!

#KitaJagaKita

#MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Kesan sampingan biasa AstraZeneca

Published

on

By

Sama seperti kebanyakan vaksin-vaksin yang melawan COVID-19, penerima vaksin mungkin akan mengalami kesan sampingan seperti berikut selepas mendapatkan suntikan:

Kesan sampingan ini biasanya adalah ringan dan tidak mengancam nyawa.

Senarai menunjukkan kesan sampingan mengikut tertib menurun (daripada paling biasa kepada yang jarang berlaku).

  • Sakit kepala
  •  Kelesuan
  • Menggigil
  • Arthralgia (sakit sendi)
  • Demam
  • Myalgia (sakit otot)
  • Loya
  • Cirit-birit


Untuk keterangan lanjut sila hubungi Talian Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan ???? 1800-888-828

Daftar untuk vaksinasi: vaksincovid.gov.my/panduan

Continue Reading

Pendidikan

MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020

Published

on

By

MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020 untuk mengikuti YTP bermula dari peringkat persediaan hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi terpilih dalam dan luar negara.


Permohonan secara dalam talian akan mula dibuka pada 19 April sehingga 6 Mei 2021.

Syarat Kelayakan Program
http://online.anyflip.com/oxlss/wihd/mobile/index.html

#mara #YTP2021

#MalaysiaBoleh

Continue Reading

Trending