Teknologi
DRON GERGASI KARGO: DI MANAKAH KEDUDUKAN MALAYSIA PADA KETIKA INI?
Published
3 years agoon
By
Amy Ismail
Kemunculan cargo drone atau dron gergasi kargo sebagai salah satu medium penghantaran mungkin dapat mengatasi kekangan logistik bagi kawasan yang sukar untuk ditembusi melalui jalan darat mahupun air. Penggunaan dron telah terbukti membantu daripada segi kelestarian sesebuah kawasan serta memastikan alam sekitar kekal mampan.
Bagaimana pula dengan syarikat perkhidmatan penghantaran dan e-dagang yang terlibat secara langsung dengan pembangunan dron ini?
UPS, Amazon, Google, DHL dan banyak lagi syarikat penghantaran dan e-dagang antarabangsa telah mula menerokai penggunaan dron secara meluas dan teratur. Namun, syarikat-syarikat ini masih lagi dalam tempoh percubaan dan hanya terhad kepada barangan yang kecil dan ringan kerana dron-dron ini masih tidak mampu membawa bebanan yang berlebihan.

Dron penghantar barangan. Kredit foto: DHL
Syarikat seperti Sabrewingair dan Natilus sebagai contoh telah mula merekabentuk dron yang bersaiz besar bagi menampung bebanan barangan dan mampu pergi lebih jauh daripada dron yang ada pada masa kini tetapi ianya masih lagi diperingkat percubaan.
Penggunaan dron kargo berskala besar memerlukan penelitian dengan lebih lanjut kerana saiznya turut mempengaruhi keadaan geografi dan muka bumi setempat yang ingin diterokai. Sekiranya ianya terlalu besar, adakah ianya solusi yang praktikal atau sebaliknya. Keadaan trafik udara semasa turut sesak pada ketika ini. Aspek keselamatan juga perlu diberi perhatian kerana laluan udara yang melebihi 30,000 kaki turut menjadi laluan kapal terbang komersial mahupun kapal terbang kargo.
Setakat ini, perkhidmatan penghantaran logistik melalui jalan udara (air freight) di Malaysia masih lagi bergantung kepada penggunaan kapal terbang kargo. Masih belum ada syarikat penghantaran tempatan yang mengusahakan atau menggunakan cargo drone sebagai alternatif, termasuklah Pos Malaysia.
Meskipun terdapat banyak syarikat di Malaysia yang kini secara langsung mengusahakan projek berkaitan dron, namun ianya masih menjadi tanda tanya sejauh mana kita telah berada dalam arena pembuatan dron ini.
Adakah kita akan dapat melihat perkembangan terbaru industri penghantaran ini di sebelah tingkap apartment tidak lama lagi? Atau kita sebenarnya perlu menunggu 10-20 tahun lagi?
You may like
-
Jack Ma ‘hilang’ daripada radar?
-
5 teknopreneur paling menyerlah di Malaysia!
-
‘Extended Moratorium’ hampir berakhir: Pentingnya celik kewangan!
-
5 tips celik kewangan!
-
5G ditangguhkan sehingga 2022? Adakah Malaysia bersedia untuk menjadi sebahagian daripada gelombang ‘technovation’?
-
TOP 5 DANA UNTUK START-UP DI MALAYSIA

Kredit Foto: Meta Malaysia
Belia
Usahawan muda raih kejayaan melalui teknologi baru
Published
1 year agoon
16/01/2022By
Arabella
Alexander (dua kanan) menerima penghargaan daripada Pengerusi Dewan Perniagaan Digital Malaysia (MDCC), Joshua Sew (dua kiri) pada Majlis Anugerah Perniagaan Kecemerlangan Malaysia 2021 di Hotel Marriot, Putrajaya.
Kredit Foto: Faisol Mustafa
Usahawan muda kelahiran Malaysia ini berjaya membuktikan bahawa mereka tidak ketandusan idea sebaliknya terus bersemangat menempuh situasi ekonomi yang kian mencabar ketika ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau kagum dengan keupayaan usahawan muda yang mengguna pakai teknologi dan inovasi dalam perniagaan masing-masing.
Beliau berkata, usahawan tempatan juga membuktikan bahawa mereka sebenarnya boleh malah, mampu untuk memacu inovasi dan pertumbuhan ekonomi negara.
“Kemunculan usahawan seperti mereka mengukuhkan kepercayaan kerajaan terhadap kemampuan belia sebagai harapan negara.
“Keupayaan mereka menyesuaikan diri dalam teknologi baharu membolehkan mereka lebih inovatif dan kreatif dalam meneroka dan memperkenalkan peluang baharu dalam ekonomi dan industri,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2021.
Sebanyak 42 kategori anugerah disampaikan kepada usahawan tempatan yang terbabit dalam pelbagai bidang dan sektor ekonomi.
Tambahnya lagi, usahawan muda juga disaran mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baharu kerana ia penting bagi menjana pertumbuhan negara serta membuka peluang diperingkat antarabangsa.
Sumber: Kosmo Online
Teknologi
Microsoft akan melabur US$1bil di Malaysia untuk menubuhkan pusat data
Published
2 years agoon
20/04/2021By
Arabella
Foto: Bernama
Microsoft Corporation akan melabur AS$1bil (RM4.12bil) dalam tempoh lima tahun akan datang di Malaysia sebagai sebahagian daripada program perkongsian baharu dengan agensi kerajaan dan syarikat tempatan, kata perdana menteri Malaysia pada 19 April.
Pengumuman mengenai pelaburan terbesar teknologi AS di Malaysia datang selepas Malaysia memberi kelulusan bersyarat untuk Microsoft, Google, Amazon dan firma telekomunikasi negera, Telekom Malaysia untuk membina dan menguruskan pusat data berskala hiper serta menyediakan perkhidmatan ‘cloud’.
Ia juga datang selepas negara itu menyaksikan pelaburan langsung asing (FDI) menjunam sebanyak 68% tahun lepas, penurunan terbesar di Asia Tenggara.
Malaysia telah mempertahankan dirinya sebagai destinasi pelaburan, di mana menteri kewangan baru-baru ini mengatakan ia sedang melihat insentif untuk membantu menarik lebih banyak FDI.
Pelaburan daripada penyediaan perkhidmatan ‘cloud’ ini akan berjumlah di antara RM12bil hingga ke RM15bil dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Sebagai sebahagian daripada inisiatif Bersama Malaysia, Microsoft akan menubuhkan ‘datacentre region’ pertamanya di Malaysia, yang terdiri daripada pelbagai pusat data, untuk menguruskan data dari pelbagai negara,” kata Muhyiddin Yassin
“Datacentre region ini akan menjadi ‘game-changer’ untuk Malaysia,” Naib Presiden Eksekutif Microsoft Jean-Philippe Courtois berkata dalam satu kenyataan, sambil menambah ia akan membolehkan kerajaan dan segala jenis perniagaan ‘transform’ operasi mereka.
Di bawah program itu, Microsoft juga akan membantu sehingga sejuta rakyat Malaysia dalam mendapatkan kemahiran digital menjelang akhir 2023.
Petikan ini telah dialih bahasa. Petikan asal The Star.
#MalaysiaBoleh!