Connect with us

Kesihatan

#Tabik Econsave bersihkan troli, cegah penularan HFMD!

Published

on

Econsave telah memulakan langkah untuk mencegah penularan HFMD dengan membersihkan 9,000 buah troli di kesemua 18 buah pasaraya Econsave negeri Johor!

Usaha ini dilakukan berikutan penularan besar-besaran HFMD dan salah satu tempat yang dikenal pasti adalah pasaraya, terutamanya pada troli barangan.

Sehubungan dengan itu, pihak Econsave Johor telah memulakan inisiatif ini dengan membersihkan troli mereka secara berperingkat mengikut kekerapan kes HFMD yang berlaku di kawasan pasaraya tersebut.

Pihak Econsave mendapat persetujuan dan panduan cara pembersihan troli daripada Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu dengan menggunakan cecair antiseptik dengan nisbah satu liter cecair antiseptik bersamaan sembilan liter air.

Menurut Pengurus Operasi Pasar Raya Econsave Bahagian Selatan, Mas Imran Adam, “Semua troli akan dicuci menggunakan bancuhan itu dan dibiarkan kering bagi memastikan kuman dapat dihapus sepenuhnya,” katanya ketika ditemui di Pasar Raya Econsave Taman Daya.

Semua 72 cawangan pasar raya berkenaan di seluruh negara mengambil bahagian membersihkan troli dan bakul masing-masing bermula hari ini dan esok.

#Tahniah kami ucapkan di atas usaha murni ini!

Sumber: Berita Harian

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kesihatan

Bosan dirumah? Jom buat senaman Burpees

Published

on

Jom buat senaman Burpees untuk kekal aktif di rumah! 7 minit je!

Sumber: MyHEALTH KKM

Continue Reading

covid-19

COVID-19: 110 kes baharu menjadikan jumlah kes positif sebanyak 900

Published

on

Terkini 15 kes positif #COVID19 telah sembuh dan dibenarkan discaj dari wad. Ini menjadikan jumlah sembuh dan discaj sebanyak 75 kes. Terdapat 110 kes baru dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 900 kes. – KKM Putrajaya

Continue Reading

covid-19

Rakyat Malaysia masih memandang ringan ancaman wabak COVID-19

Published

on

Sumber: Facebook

Negara Itali kini mencatatkan jumlah jangkitan kedua tertinggi selepas China kerana rakyatnya yang tidak memandang serius akan penularan wabak tersebut. Penularan COVID-19 di Itali meningkat tiga hingga ke empat kali ganda apabila rakyatnya ingkar dengan arahan ‘lockdown’ negara mereka.

Kini, negara kita bakal berdepan dengan gelombang yang sama jika kita terus melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilaksanakan mulai semalam.

Sumber : Whatsapp
Sumber : Facebook

Melihatkan segelintir masyarakat yang masih degil, meluangkan masa bersarapan dan makan malam di gerai dan juga restoran amat dikhuatiri usaha pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan hanya akan menjadi sia-sia dalam membendung penularan wabak COVID-19.

Sumber: Facebook KKM

Kenyataan di atas telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan di laman Facebooknya. Jumlah kes keseluruhan setakat semalam telah mencecah 790 kes. Jika rakyat Malaysia terus ingkar pada arahan Perintah Kawalan Pergerakan, tidak mustahil angka ini akan terus meningkat.

Bukan mudah untuk kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan kerana ia akan menjejaskan ekonomi negara kita. Kerajaan telah berkorban untuk kita rakyat Malaysia melalui perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini. Oleh itu, kita semua perlu memberikan kerjasama.

Ekonomi boleh dibaik pulih, tetapi nyawa takkan kembali. Marilah kita sama-sama membantu negara menghentikan menularan wabak COVID-19 ini dari terus tersebar.

Continue Reading

Trending

MalaysiaBoleh.com

%d bloggers like this: