Connect with us

Uncategorized

Kopi Terbaik Di Kuala Lumpur

Published

on

Khas buat pencinta kopi, menu pastry, peminat jus organik dan suka bersantai socialite setiap hari atau dihujung minggu, MrJocko nak kongsi 10 lokasi cafe  kopi terbaik di Kuala Lumpur. Ini senarai cafe yang mungkin anda patut singgah dan nikmati kelazatan kopi cara yang sebenar.

Berikut adalah senarai cafe tersebut, yang turut menyediakan beberapa menu sampingan lain yang terbaik samada pastry, kek, roti cara deli kafe dan juga pelbagai pilihan kopi di bandar Kuala Lumpur. Ada beberapa lokasi kedai ini menyediakan menu makan untuk sarapan, makan tengahari, minum petang dan juga makan malam yang sangat sedap dan terbaik untuk di cuba.

Lokasi Cafe Kopi Terbaik

 

1. Artisan Roast Coffee
Cafe yang berpengalaman, Artisan Roast Coffee telah menyediakan kopi terbaik sejak tahun 2010. Mereka mempunyai ramai Barista Elit yang pakar dalam pembuatan kopi dan minuman masing-masing. Ramai berpendapat, di sini mereka tahu bagaimana untuk menyampaikan rasa kopi yang sempurna. Pilihan makanan yang ada di sini ialah sandwic yang enak, roti bakar Perancis dan juga salad quinoa yang sihat.

Lokasi : No. 4, Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.

artisan roast coffee

2. Levain Boulangerie Patisserie
Anda peminat makanan Perancis dan punyai citarasa Perancis, boleh ke Levain Boulangerie & Patisserie di Jalan Imbi. Semua citarasa Perancis anda akan berpuas hati dengan kopi yang sedap dan juga menu yang manis dan sedap dari roti yang baru dimasak, pastri, kek, pralines, biskut dan macarons. Yum!

Lokasi : Levain Boulangerie Patisserie, No. 7, Jalan Delima, 55100 Kuala Lumpur.

3. PULP by Papa Palheta
Jika anda pernah mencuba kopi sedap Nylon Cafe yang terkenal di Singapura, cuba singgah di Cafe PULPA by Papa Palheta. Menu mereka adalah sama. Mereka benar-benar tahu kopi mereka, bersedia memberikan pilihan menu kopi yang sedap serta beberapa menu makanan yang terbaik mereka. Setiap cawan yang anda minum, pasti akam membuatkan anda ketagih kopi di sini.

Lokasi : No. 29, Jalan Riong, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur

pulp-by-papa-palheta

4. Café Berlin
Satu lagi tambahan menu dari Eropah, Café Berlin akan menarik perhatian anda dalam semua variasi kopi moden dan menu makanan mereka. Ada banyak menu yang boleh anda cuba dari patisseries dari Eropah termasuk Jerman Schwarzbrot, vollkornbrot dan Brötchen, baguette yang terkenal Perancis serta croissant, Ciabatta Itali dan panini.

Lokasi : 1 Mont Kiara Mall, 50480 Kuala Lumpur.

 

5. Yeast Bistronomy

Sesuatu yang menarik bila menu Perancis bertemakan bistronomy dinamakan Yeast . Ini antara lokasi cafe kegemaran warga Bangsar yang turut menjual kedai roti, menu restoran dan bar dengan yis mereka sendiri. Di sini, mereka mencipta pelbagai jenis roti Perancis untuk dipadankan dengan badam croissant terkenal mereka. Pernah singgah dan cuba menu di Yeast Bangsar?

Lokasi : 24, Jalan Telawi 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur.

6. Swich Café
Menu kopi sangat hidup dengan Swich Cafe. Ia juga tempat kepada beberapa kek yang terbaik di Kuala Lumpur dengan menggunakan buah-buahan bermusim dari Asia. Ia mungkin pelik, kerana ada menu yang dipadanan dengan durian Musang King, pai dan Valrhona kek coklat.

Lokasi : Bukit Damansara Mezzanine Floor, HP Towers, 12 Jalan Gelenggang, 50490 Kuala Lumpur.

7. The Grumpy Cyclist
Anda seorang peminat basikal, seorang penunggang basikal, ini lokasi yang mungkin akan menjadi pilihan anda. Jom singgah di TTDI, cafe yang diberi nama The Grumpy Cyclit TTDI, anda mungkin akan tidak rasa kecewa. Menyediakan ruang santai untuk orang ramai melepak, tidak kira sama ada mereka penunggang basikal atau tidak, tempat ini meminjam konsep dari pelbagai kafe di Eropah dan Australia. Bukan sahaja itu, tetapi Kopi disini memang sedap.

Lokasi : 36, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.

the grumpy cyclist

8. LOKL Coffee Co
Anda teringin untuk melangkau minuman seperti di kafe Eropah dan Amerika Syarikat? LOKL Coffee Co ini mungkin mempunyai ciri-ciri yang anda mahu. Cafe ini mempunyai pilihan minuman kopi yang pelbagai yang sedap. Katanya mereka mahir tentang menu sarapan, tetapi dengan sentuhan moden, string hoppers toastie, daging cincang gulung Hainan.

Lokasi : 30, Jalan Tun H S Lee, 50100 Kuala Lumpur.

cafe LOKL Coffee Co

9. Rubberduck
Tempat ini mungkin agar sukar untuk dicari, kerana ia terletak dalam  Plaza Damas. Cari cafe ini di dalamnya dan anda pasti berbaloi untuk merasa kek dan pastri yang baru dimasak mereka. Ada menu lain terkenal Felchlin coklat mousse, tart lemon dan macarons. Semestinya Kopi di sini mesti anda cuba.

Lokasi : Lot K-0-6, Dorchester Apartment Plaza Damas, 60, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur.

10. Juan Valdez Café
Satu lagi yang mungkin anda kena cuba ialah di Juan Valdez Cafe terletak di Jalan Tun Razak dan Jalan Ampang. Menampilkan kopi istimewa daripada pengeluar Colombia, sudah pasti banyak kopi yang sedap di sini.

Lokasi : No. 348, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur DAN 156, Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur.

InsyaAllah, kalau diberi peluang, teringin nak buat edisi terjah ke semua lokasi cafe kopi terbaik di Kuala Lumpur ini. Mungkin selepas bulan puasa, MrJocko dan member baik, Man Raja Lawak akan singgah di lokasi-lokasi cafe ini untuk tujuan Food Testing.

Ada sesiapa nak ikut???

Petikan daripada : MrJocko Travel Blogger Malaysia

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Belia

SOLS 24/7 memperkasakan belia daripada kumpulan B40

Published

on

SOLS 24/7 adalah sebuah organisasi kemanusiaan yang komited untuk berkhidmat, mendidik dan memperkasakan masyarakat miskin dan kurang berkemampuan.

Melalui pelbagai program pendidikan dan pemberdayaan sosial, SOLS 24/7 telah berusaha untuk mengubah komuniti yang kurang terlatih untuk mengembangkan potensi sebenarnya dalam mematahkan roda kemiskinan.

Menggunakan model dan reka bentuk khas – Sains Bahasa, Sains Teknologi dan Sains Kehidupan – organisasi ini telah menyediakan pelbagai program pendidikan dan pemberdayaan sosial secara percuma kepada masyarakat yang kurang berkemampuan di Malaysia.

Jom tonton siri pertama temu bual eksklusif MalaysiaBoleh.com bersama SOLS 24/7.

Continue Reading

Uncategorized

Beraya dengan Selamat! Selamat Hari Raya!

Published

on

Malaysia Boleh Raya

KEMBALIKAN SEMANGAT MALAYSIA BOLEH RAYA INI

Posted by Malaysia Boleh on Friday, May 22, 2020

Continue Reading

Uncategorized

Polisi Bumiputera – Hapus atau kekal?

Published

on

Polisi pro Bumiputera, wajar dikekalkan atau dihapuskan? Atau perlu lebih penambah baikan? #MalaysiaBoleh

Continue Reading

Trending

MalaysiaBoleh.com

%d bloggers like this: