Uncategorized
Ada HANTU di Parlimen!? Gambar dari tweet Ketua Setiausaha Negara ini menggemparkan netizen..
Published
5 years agoon
By
Amy Ismail
Parlimen baru sahaja bersidang selama dua hari tetapi sudah bermacam-macam ‘keletah’ baru yang kita lihat.
Jika sebelum ini kecoh apabila ahli pembangkang melangkah keluar Dewan Rakyat sebelum majlis angkat sumpah semalam, hari ini riuh pula di Twitter apabila ‘keluar penampakan lembaga’ pula semasa sesi Dewan Rakyat hari ini!
Gambar tersebut mula tular bermula daripada tweet Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa dalam ucapan tahniahnya kepada semua senator yang baru mengangkat sumpah di Dewan Rakyat tengahari tadi.
Tahniah kepada semua senator-senator lantikan baharu yang mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Negara hari ini. Selamat menjalankan tugas untuk rakyat dan negara!?????? pic.twitter.com/Oja7qGpNqC
— Ali Hamsa (@DrAliHamsa) July 17, 2018

Dua gambar dari tweet Tan Sri Ali Hamsa yang menimbulkan persoalan di kalangan netizen.
Semasa majlis perlantikan Senator-Senator baharu yang mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Negara, hari ini terdapat bayang seolah-olah lembaga hitam yang berkumis dan berjambang di belakang salah seorang pemerhati dewan.
Malah bermacam-macam juga respon yang diberikan netizen, sehingga terhibur pula membacanya!
Namun difahamkan bahawa ‘lembaga’ tersebut sebenarnya adalah tetamu undangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waythamoorthy, maka tidak patut timbul spekuslasi soal hantu parlimen lagi !
You may like

Syawal kali ini tidak banyak bezanya dengan tahun lepas ekoran penularan Covid-19, namun setidak-tidaknya kita masih boleh menikmati dan berkesempatan untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dalam suasana aman dan selamat.
Sidang Khas MKN mengenai pengurusan Covid-19 memutuskan PKP dilaksanakan di seluruh negara mulai hari ini. Gelombang ketiga COVID-19 ini lebih ganas dan kritikal. Oleh itu, kita perlu hadapi dengan penuh disiplin.
Sumber: Instagram Bernama Official
Kita harus sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan, agar kita dapat membendung penularan Covid-19 yang semakin meningkat naik ini dan bersama-sama menjaga kesihatan dan keselamatan keluarga kita.
Berikut merupakan nasihat umum untuk mengurangkan risiko COVID-19 ketika meraikan sambutan Hari Raya di rumah:
Semoga norma baharu yang telah kita amalkan semenjak tahun lepas tetap memberi nilai dan makna tersendiri serta dapat memeriahkan suasana raya tahun ini. Kami dari team Malaysia Boleh mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri!
#KitaJagaKita
#MalaysiaBoleh

Sama seperti kebanyakan vaksin-vaksin yang melawan COVID-19, penerima vaksin mungkin akan mengalami kesan sampingan seperti berikut selepas mendapatkan suntikan:
Kesan sampingan ini biasanya adalah ringan dan tidak mengancam nyawa.
Senarai menunjukkan kesan sampingan mengikut tertib menurun (daripada paling biasa kepada yang jarang berlaku).
- Sakit kepala
- Kelesuan
- Menggigil
- Arthralgia (sakit sendi)
- Demam
- Myalgia (sakit otot)
- Loya
- Cirit-birit
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Talian Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan 📞 1800-888-828
Daftar untuk vaksinasi: vaksincovid.gov.my/panduan
Pendidikan
MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020
Published
2 years agoon
19/04/2021By
Arabella
MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020 untuk mengikuti YTP bermula dari peringkat persediaan hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi terpilih dalam dan luar negara.
Permohonan secara dalam talian akan mula dibuka pada 19 April sehingga 6 Mei 2021.
Syarat Kelayakan Program
http://online.anyflip.com/oxlss/wihd/mobile/index.html
#mara #YTP2021
#MalaysiaBoleh