Connect with us

Uncategorized

6 Sebab Kenapa Perlu Bangga Jadi Anak Malaysia

Published

on

Sebagai seorang warga Malaysia, kita tidak harus lupa akan faktor-faktor yang menjadikan Malaysia unik di mata dunia. Kita tetap bangga untuk lahir dan menetap di bumi bertuah ini!

1. Diversiti Kaum

Malaysia antara salah satu negara di dunia yang mempunyai kepelbagaian kaum. Secara umumnya, rakyat Malaysia terdiri dari kaum Melayu, Cina dan India, namun negara ini juga dihuni oleh kaum asli, Iban, Bidayuh, Singh Baba Nyonya, Portugis dan banyak lagi. Hidup secara harmoni, masyarakat malaysia menghormati antara satu sama lain dan hidup tanpa mengenal erti perbezaan budaya.

2. Kemajuan Negara

Sejak merdeka 61 tahun dahulu, kepesatan pembangunan negara adlah pada tahap yang boleh dibanggakan. Tidak hanya tertakluk kepada kehebatan kemajuan senibinanya, ekonomi dan teknologi yang dimiliki Malaysia antara yang termaju di Asia Tenggara malah Malaysia turut menjadi contoh kepada negara lain.

3. Keindahan Panorama

Tidak disangkal lagi keindahan Malaysia terletak pada lokasinya yang begitu strategik. Lokasi-lokasi pelancongan menarik seperti pulau-pulau serta tempat bersejarah menjadikan Malaysia antara 10 negara yang paling ramai dikunjungi pelancong saban tahun.

4. Makanan Pelbagai

Kepelbagaian kaum yang menghuni bumi ini mewujudkan kepelbagaian jenis makanan. Selain Nasi Lemak yang juga merupakan makanan kebangsaan, Malaysia juga mempunyai ciri-ciri makanan gabungan beberapa kaum.

5. Muzik Unik

Bakat muzik di Malaysia telah lama wujud biarpun sebelum merdeka. Muzik tradisional seperti muzik asli, zapin, joget mahupun pop yeh yeh menambah kepada keunikan muzik di Malaysia. Seiring dengan kemajuan yang dihadapi negara, muzik dan artis Malaysia kini lebih bersifat global seperti Yuna yang membawa nama negara ke peringkat antarabangsa.

6. Lokasi Strategik

Malaysia yang terletak di garisan Khatulistiwa adalah antara negara yang strategik lokasinya. Tidak terletak di Lingkaran Api Pasifik, Malaysia terhindar dari gunung berapi dan tidak menghadapi gempa bumi dengan kerap menjadikan Malaysia antara negara yang selamat untuk diduduki.

Oleh KKBOX Editor, Syahir Muhiddin

Artikel Asal: kkbox.com

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Beraya dengan Selamat! Selamat Hari Raya!

Published

on

Malaysia Boleh Raya

KEMBALIKAN SEMANGAT MALAYSIA BOLEH RAYA INI

Posted by Malaysia Boleh on Friday, May 22, 2020

Continue Reading

Uncategorized

Polisi Bumiputera – Hapus atau kekal?

Published

on

Polisi pro Bumiputera, wajar dikekalkan atau dihapuskan? Atau perlu lebih penambah baikan? #MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Viral: Udang Galah RM1 Seekor Di Ampang

Peminat udang galah boleh serbu kedai brader ni. Semoga murah rezeki.

Published

on

By

Kalau ikutkan tidak ramai berpeluang untuk menikmati udang galah sepit biru berikutan harganya yang agak mahal mencecah antara RM30 hingga RM70 sekilogram di pasaran.

Bagaimanapun, peniaga, Hairazul Zainul, 35 tahun, menjual harga udang galah serendah RM1 berhampiran Jalan Utama Ampang, Ampang, Selangor.

Harga udang galah yang dijual oleh Hairazul adalah mengikut saiz bermula RM1 hingga RM2 seekor dan gerainya dibuka bermula jam 9 pagi setiap hari.

Menurut Hairazul, dia mula berniaga sebagai penjaja kecil sejak sepuluh tahun lalu demi menyara kehidupan keluarga dan anak-anaknya.

Menurut sumber, gerai milik Hairazul terletak berhadapan Balai Bomba Jelatek. Semoga perniagaan Hairazul terus berkembang maju.

Continue Reading

Trending

MalaysiaBoleh.com

%d bloggers like this: