TOP 5 DANA UNTUK START-UP DI MALAYSIA

Dalam ketidaktentuan ekonomi sedunia dalam menentang musuh tidak berwajah, COVID-19, masih ada individu yang berjaya mengaut keuntungan dan menjadi semakin berpengaruh. Antaranya adalah Elon Musk, Ketua Pengarah Eksekutif Tesla. Kekayaan terkini Elon Musk telah berjaya mengatasi Bill Gates dan menjadikan beliau orang kedua terkaya di dunia.

Meskipun begitu, sebilangan besar kekayaan Elon Musk terikat dalam stok Tesla. Beliau mendapat imbalan berdasarkan prestasi syarikat – keputusan yang telah membuahkan hasil kepadanya selama ini atas usaha beliau dalam penjenamaan produk Tesla itu sendiri.

Mengambil contoh Elon Musk daripada zero to hero, ramai anak muda mengambil semangat beliau dan menjadikan Musk sebagai idola dan ikon usahawan. Di Malaysia, syarikat-syarikat baru tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Namun begitu, hala tuju dan pengurusan syarikat perlu dititik beratkan disamping idea yang hebat bagi penghasilan produk yang berkualiti. Seperti drama Korea Selatan yang bertajuk Start -Up, ekosistem Start-Up atau PKS di Malaysia juga mempunyai pelbagai agensi yang tidak calang-calang hebatnya serta menawarkan geran-geran bagi membantu syarikat-syarikat ini. Berikut merupakan top 5 pemacu perniagaan atau business accelerator bagi PKS di Malaysia:

No.5 SME CORP MALAYSIA

SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia) adalah agensi penyelaras pusat (CCA) di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang menyelaraskan pelaksanaan program pembangunan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di semua Kementerian dan agensi yang berkaitan.

Geran ditawarkan: Tunas Usahawan Belia Bumiputera Programme (TUBE)

Jumlah Geran: RM15,000 setiap peserta (berjaya menyelesaikan fasa 1 & 2)

 

No.4 Yayasan Inovasi Malaysia

Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), atau Yayasan Inovasi Malaysia, ditubuhkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada Oktober 2008 untuk mempromosikan dan memperjuangkan inovasi. Ianya ditubuhkan dengan tujuan untuk berkongsi dan mengasimilasikan pengetahuan inovasi dan kecerdasan strategik. Usaha tersebut telah menghasilkan pemerkasaan kreativiti dan inovasi melalui penyebaran minda inovatif, sistem sokongan lestari dan ekosistem inovasi.

Geran ditawarkan: Inovasi Akar Umbi MaGRIs (MaGRIs)

Jumlah Geran: RM30,000

No.3 MaGIC

Sejak ditubuhkan pada tahun 2014, MaGIC, salah sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menyediakan komuniti Start-up, pelabur dan pemain ekosistem melalui program peningkatan kapasiti, peluang pasaran & pembiayaan disamping bantuan pengawalseliaan yang telah memberi impak positif kepada lebih daripada 100,000 usahawan yang bercita-cita tinggi dan berpengalaman dengan penciptaan nilai keseluruhan sebanyak RM1.9 bilion.

Geran ditawarkan: MaGIC Global Accelerator Programme (MaGIC GAP)

Jumlah geran:

  1. Manfaat bernilai lebih AS $ 500,000 daripada Perkhidmatan Web Amazon.
  2. Subsidi penginapan dan perjalanan sehingga maksimum RM3,000 setiap syarikat. (Pemberian yang sepadan)

No.2 Cradle

Misi Cradle adalah untuk mewujudkan ekosistem yang menyokong ekosistem perniagaan yang kuat dan inovatif bagi usahawan teknologi dan pencipta melalui Program Pelaburan Cradle (CIP). Ditubuhkan pada tahun 2003 dengan mandat untuk membiayai teknologi berkaliber tinggi, Cradle telah menyokong lebih dari 1000 syarikat Berasaskan Teknologi Malaysia di pelbagai sektor dan mempunyai kadar pengkomersialan tertinggi di antara agensi pembiayaan di negara ini. Penawaran program Cradle tidak terbatas pada bantuan wang, tetapi juga termasuk sokongan pengkomersialan dan pelbagai perkhidmatan nilai tambah lainnya untuk mempercepat pertumbuhan. Cradle adalah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI).

Geran ditawarkan: Cradle Investment Programme 300 (CIP300)

Jumlah geran: RM300,000 (Geran pembayaran balik)

No.1 TERAJU

TERAJU, Unit Peneraju Agenda Bumiputera ditubuhkan pada tahun 2011 oleh Jabatan Perdana Menteri sebagai unit strategik yang berperanan untuk meneraju, memacu dan menyelaras penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara. Agensi ini dipacu berdasarkan lima teras di bawah Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera 2.0 (BETR 2.0) – iaitu, memperkukuhkan modal insan, menggalakkan pekerjaan dan pendapatan bernilai tinggi, meningkatkan saham Bumiputera dan nilai ekuiti korporat, memperkukuh keusahawanan, serta meningkatkan pemilikan aset bukan kewangan.

Geran ditawarkan: Bumiputera Entrepreneurs Startup Scheme (SUPERB)

Jumlah geran: Sehingga RM 500,000 (berdasarkan pencapaian)

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat serta peluang-peluang lain bagi PKS atau syarikat Start-Up di Malaysia yang telah disenaraikan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, anda boleh klik butang di bawah.



Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version