Uncategorized
Tiba-tiba muncul ‘murid’ bernama Maszlee
Wah! Inilah namanya pemimpin berjiwa rakyat! Tak perlu protokol. Datang terus je tengok secara sendiri macam mana suasana pembelajaran di kelas. Betul-betul #MalaysiaBoleh
Tiba-tiba muncul ‘murid’ bernama Maszlee
Semalam bukan hari biasa buat murid Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam yang mula masuk ke kelas setelah lebih seminggu bercuti sempena hari raya Aidilfitri.
Manakan tidak, mereka dikunjungi Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang tiba-tiba muncul di kelas mereka.
Tanpa diiringi guru sekolah, beliau dilihat masuk melalui pintu belakang bilik darjah kira-kira pukul 8.30 pagi bagi melihat sendiri sesi pembelajaran.
Melalui rakaman berdurasi 21 saat yang dimuat naik seorang pengguna Facebook, guru yang sedang mengajar terkejut selepas melihat Maszlee sebaik berpaling daripada papan putih.
Guru tersebut lantas ketawa. Maszlee yang memakai baju batik berwarna merah putih kemudian meminta kebenaran untuk duduk di situ bagi melihat proses pembelajaran.
Menerusi rakaman video di Instagram pula, beliau dilihat menyampaikan pesanan kepada para pelajar.
“Belajar rajin-rajin dan dengar cakap cikgu dan buat baik pada ibu bapa,” katanya menerusi video yang dimuatnaik seorang pegawai khas Maszlee.
Maszlee yang merupakan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum terjun ke dunia politik adalah anggota parlimen Simpang Renggam.
Menurut pegawai khasnya itu, SK Simpang Renggam tersenarai dalam sekolah yang memerlukan penambahbaikan bangunan dan bilik darjah.
“Menteri pendidikan berbesar hati untuk membantu SK Simpang Renggam dan akan mengambil tindakan susulan berdasarkan keperluan sekolah itu,” katanya lagi.
Sekolah yang sudah berusia 73 tahun itu mempunyai lebih 1,000 pelajar dan perlu mengadakan dua sesi persekolahan.
kredit:https://www.malaysiakini.com/news/431263?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook
Uncategorized
Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Syawal kali ini tidak banyak bezanya dengan tahun lepas ekoran penularan Covid-19, namun setidak-tidaknya kita masih boleh menikmati dan berkesempatan untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dalam suasana aman dan selamat.
Sidang Khas MKN mengenai pengurusan Covid-19 memutuskan PKP dilaksanakan di seluruh negara mulai hari ini. Gelombang ketiga COVID-19 ini lebih ganas dan kritikal. Oleh itu, kita perlu hadapi dengan penuh disiplin.
Sumber: Instagram Bernama Official
Kita harus sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan, agar kita dapat membendung penularan Covid-19 yang semakin meningkat naik ini dan bersama-sama menjaga kesihatan dan keselamatan keluarga kita.
Berikut merupakan nasihat umum untuk mengurangkan risiko COVID-19 ketika meraikan sambutan Hari Raya di rumah:
Semoga norma baharu yang telah kita amalkan semenjak tahun lepas tetap memberi nilai dan makna tersendiri serta dapat memeriahkan suasana raya tahun ini. Kami dari team Malaysia Boleh mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri!
#KitaJagaKita
#MalaysiaBoleh
Uncategorized
Kesan sampingan biasa AstraZeneca
Sama seperti kebanyakan vaksin-vaksin yang melawan COVID-19, penerima vaksin mungkin akan mengalami kesan sampingan seperti berikut selepas mendapatkan suntikan:
Kesan sampingan ini biasanya adalah ringan dan tidak mengancam nyawa.
Senarai menunjukkan kesan sampingan mengikut tertib menurun (daripada paling biasa kepada yang jarang berlaku).
- Sakit kepala
- Kelesuan
- Menggigil
- Arthralgia (sakit sendi)
- Demam
- Myalgia (sakit otot)
- Loya
- Cirit-birit
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Talian Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan ???? 1800-888-828
Daftar untuk vaksinasi: vaksincovid.gov.my/panduan
Pendidikan
MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020
MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020 untuk mengikuti YTP bermula dari peringkat persediaan hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi terpilih dalam dan luar negara.
Permohonan secara dalam talian akan mula dibuka pada 19 April sehingga 6 Mei 2021.
Syarat Kelayakan Program
http://online.anyflip.com/oxlss/wihd/mobile/index.html
#mara #YTP2021
#MalaysiaBoleh