Connect with us

Uncategorized

Mahkamah tangguh hukuman penjara Datin dera Amah dengan pisau

Published

on

Seorang suri rumah yang menjadi tajuk berita selepas beliau mengaku salah terhadap pertuduhan mencederakan pembantu rumahnya, hari ini diberikan penangguhan menjalani hukuman penjara lapan tahun dan dibebaskan dengan jaminan RM25,000 dan dua penjamin sementara menunggu rayuannya diputuskan.

Rozita Mohamad Ali, 44, sebelum ini ditahan di penjara Kajang selama kira-kira dua bulan selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 29 Mac tahun ini menolak permohonannya bagi penangguhan pelaksanaan hukuman penjara itu sementara menunggu pendengaran rayuan terhadap hukumannya itu di Mahkamah Rayuan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Ahmadi Asnawi, Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Kamardin Hashim hari ini membenarkan permohonan Rozita bagi penangguhan pelaksanaan hukuman penjaranya itu.

Hakim Ahmadi yang mengetuai panel itu memerintahkan dokumen perjalanannya diserahkan kepada mahkamah dan perlu melapor diri di balai polis Damansara Utama setiap dua minggu.

Rozita, yang memakai tudung hitam dan baju kurun hijau dibawa ke mahkamah dengan diiringi wardar penjara.

Peguam mewakili Rozita, Mohamed Haniff Khatri Abdulla memberitahu pemberita, mahkamah belum menetapkan tarikh pendengaran rayuan anak guamnya itu kerana alasan penghakiman Mahkamah Tinggi masih belum diterima.

Pada 15 Mac tahun ini, Rozita mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan lebih ringan iaitu mencederakan pembantu rumahnya warga Indonesia Suyanti Sutrinso, 19, menggunakan sebilah pisau, sebatang mop lantai, sekaki payung, sebatang rod besi, sebatang alat mainan kucing dan penyangkut baju di sebuah rumah di Mutiara Damansara, Petaling Jaya antara 7 pagi dan 12 tengah hari, 21 Jun, 2016.

Beliau pada awalnya menghadapi pertuduhan cubaan membunuh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan tetapi pertuduhan itu dipinda kepada menyebabkan kecederaan teruk.

Rozita sebelum ini terlepas hukuman penjara selepas Hakim Mahkamah Sesyen Mohammed Mokhzani Mokhtar melepaskannya dengan bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan jaminan RM20,000 yang telah mendapat kritikan orang ramai.

Kes itu kemudiannya dipanggil semula untuk semakan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Tun Majid Tun Hamzah yang mengubah keputusan Mahkamah Sesyen dengan mengenakan hukuman penjara lapan tahun ke atas Rozita selepas memutuskan bon lima tahun itu adalah tidak memadai.

Pada prosiding hari ini, Mohamed Haniff memohon penangguhan pelaksanaan hukuman penjara itu atas alasan Rozita perlu menjalani rawatan fisioterapi bagi sakit tulang belakang.

Katanya terdapat dua alasan bagi rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi iaitu sama ada Mahkamah Tinggi membuat keputusan betul untuk meneruskan semakan itu sedangkan rayuan pihak pendakwaan masih belum diputuskan.

Satu lagi alasan, katanya adalah sama ada Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang betul untuk mengubah hukuman itu.

Timbalan Pendakwa Raya Nurulhuda Nur’Aini Mohd Nor dalam hujahnya berkata hakim Mahkamah Tinggi berhak untuk memanggil kes bagi menyemak semula hukuman Rozita itu susulan mendapat kritikan orang ramai.

Katanya pihak pendakwaan kemudiannya telah menghantar surat kepada Mahkamah Tinggi selepas Mahkamah Tinggi menyemak semula kes itu, untuk memaklumkan bahawa pihaknya telah menarik balik rayuan itu.

Di luar mahkamah, Mohamed Haniff berkata Rozita akan dibebaskan daripada penjara susulan mahkamah telah membenarkan permohonannya bagi penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan dibenarkan diikat jamin dan dengan itu anak guamnya akan dapat menyambut Aidilfitri.

MalaysiaKini.com

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pendidikan

Program pendidikan memperkasa golongan B40 dan tercicir

Published

on

Golongan B40 dan tercicir antara yang terbeban ketika Perintah Kawalan Pergerakan mula dijalankan pada bulan April 2020 yang lalu. Bagaimana program pendidikan daripada SOLS 24/7 dapat memperkasa golongan ini daripada terus terhimpit?

Jom tonton siri kedua temu bual eksklusif MalaysiaBoleh.com bersama SOLS 24/7.

 

Continue Reading

Belia

SOLS 24/7 memperkasakan belia daripada kumpulan B40

Published

on

SOLS 24/7 adalah sebuah organisasi kemanusiaan yang komited untuk berkhidmat, mendidik dan memperkasakan masyarakat miskin dan kurang berkemampuan.

Melalui pelbagai program pendidikan dan pemberdayaan sosial, SOLS 24/7 telah berusaha untuk mengubah komuniti yang kurang terlatih untuk mengembangkan potensi sebenarnya dalam mematahkan roda kemiskinan.

Menggunakan model dan reka bentuk khas – Sains Bahasa, Sains Teknologi dan Sains Kehidupan – organisasi ini telah menyediakan pelbagai program pendidikan dan pemberdayaan sosial secara percuma kepada masyarakat yang kurang berkemampuan di Malaysia.

Jom tonton siri pertama temu bual eksklusif MalaysiaBoleh.com bersama SOLS 24/7.

Continue Reading

Uncategorized

Beraya dengan Selamat! Selamat Hari Raya!

Published

on

Malaysia Boleh Raya

KEMBALIKAN SEMANGAT MALAYSIA BOLEH RAYA INI

Posted by Malaysia Boleh on Friday, May 22, 2020

Continue Reading

Trending

MalaysiaBoleh.com

%d bloggers like this: