Connect with us

Ekonomi

Jurugambar kepada ‘Tauke Bundle’, ‘Chef In Flight’ kepada Usahawan Makanan! Hikmah Covid-19 membuka sumber rezeki yang baru

Published

on

Tiada siapa menyangka kemuculan Wabak Covid-19 akan mengubah kehidupan seharian kita termasuklah sumber pendapatan. Sebelum ini, negara turut berdepan dengan wabak-wabak lain seperti SARS, MERS-COV dan lain-lain lagi, namun ianya tidak menjejaskan pendapatan sebahagian besar daripada kita.

Akibat daripada pandemik ini, negara terpaksa melakukan sekatan demi sekatan iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penyebaran virus Covid-19. Susulan pelaksanaan PKP, ramai telah kehilangan kerja serta sumber pendapatan malahan ramai juga di antara mereka yang diberikan cuti tanpa gaji sehinggalah suatu tarikh yang masih tidak diketahui.

Namun, ramai yang mampu bangkit daripada krisis pendapatan. Bersempena tema Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada tahun ini,  “Malaysia Prihatin”, Penulis telah berjaya menemu bual 2 orang individu yang telah bangkit kesan daripada pelaksanaan PKP ini.

Puteri Siti Fatinnur @ Feenie.co – Jurugambar kepada ‘Tauke’ Bundle Online

Feen bersama suami ketika bercuti di Cameron Highland.

Feenie.co kini bukan nama yang asing lagi bagi penggemar bundle di laman perniagaan atas talian, Shopee. Pelaksanaan PKP telah membuka pintu rezeki yang baru bagi beliau dan suami yang sebelum ini bekerja sebagai Jurugambar sepenuh masa. Puteri Siti Fatinnur atau lebih mesra disapa sebagai Feen menjelaskan mengapa beliau memilih perniagaan bundle atas talian.

1. Adakah anda terhimpit dengan kemunculan Covid-19? Mengapa?

Semestinya. Apabila Covid-19 melanda negara, sektor perkahwinan antara sektor yang paling terjejas dan saya sebagai jurugambar perkahwinan sepenuh masa telah hilang mata pencarian selama Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Hatta semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kebanyakan majlis perkahwinan pelanggan terpaksa ditunda dan pakej fotografi yang telah ditempah terpaksa ditukar kepada skala kecil ataupun hanya terhad kepada upacara akad nikah sahaja. 

2. Bagaimana tercetusnya idea untuk mengusahakan perniagaan anda ketika ini? 

Idea berkenaan perniagaan bundle ini tercetus apabila saya melihat keadaan ekonomi semasa. Kebanyakan daripada kita memilih untuk lebih berjimat cermat tetapi pada masa yang sama kuasa pembeli masih ada apabila live berkenaan jualan dimana-mana platform media sosial mendapat sambutan hangat. Jadi disamping modal yang diperlukan tidak terlalu tinggi, saya dan suami mengambil keputusan untuk terjun ke dalam bidang bundle. 

Sesi live Feenie.co di laman perniagaan atas talian, Shopee

3. Boleh anda kongsikan laman Instagram, Facebook atau bagaimana cara untuk pelanggan mendapatkan perkhidmatan atau barangan anda?

Saya telah menggunakan Shopee sebagai platform utama saya untuk mempromosikan barangan jualan. Laman Shoppe Feenie.co 

 

Munzir @ Munziroo Kitchen – Chef In Flight Catering kepada Usahawan Makanan

Benarlah kata orang, tak cuba tak tahu. Itu lah tanggapan dan perasaan saya setelah merasai sendiri air tangan daripada usahawan ini. Nasi Pad Krapao yang telah dihantar terus ke rumah penulis masih panas dan enak! Bertanya tentang status pekerjaannya kini, Munzir atau nama sebenarnya Munzir Che Sobry, PKP telah mengubah kehidupannya sekeluarga.

1. Adakah anda terhimpit dengan kemunculan Covid-19? Mengapa?

Ya, sangat terkesan kerana saya bekerja sebagai Chef In flight Catering di sebuah syarikat penerbangan.

Di situ, kami menyediakan hidangan-hidangan bagi penerbangan antarabangsa. Kemuculan pandemik seperti semua telah sedia maklum telah menjejaskan penerbangan di dalam mahupun luar negara susulan PKP. Seterusnya ia menjejaskan tugasan harian kami kerana tiada lagi penerbangan antarabangsa. Majikan saya akhirnya membuat keputusan utk melaksanakan Cuti Tanpa Gaji kepada kami sehingga kini.

Keadaan ini juga menjejaskan pekerja-pekerja syarikat penerbangan seperti yang umum ketahui. Oleh kerana itu, kami terpaksa menjalani kehidupan seharian tanpa pendapatan tetap.

2. Bagaimana tercetusnya idea untuk mengusahakan perniagaan anda ketika ini?

Perniagaan ini sebenarnya telah dijalankan sejak beberapa tahun yg lalu secara sambilan iaitu mengambil tempah kuih raya dan doorgift utk majlis keramaian.

Antara produk yang dihasilkan Munziroo Kitchen

Ketika situasi pandemik ini kian tidak menentu, tambahan pula mata pencarian utama saya terjejas, terdetik untuk saya melakukan perniagaan ini secara sepenuh masa bagi memperoleh pendapatan yang mencukupi bagi menampung kehidupan seharian.

Jadi perniagaan ini terus akan berjalan sehingga saya dipanggil utk bekerja semula.

Munzir bersama produk yang dihasilkannya.

3. Boleh anda kongsikan laman Instagram, Facebook atau bagaimana cara untuk pelanggan mendapatkan perkhidmatan atau barangan anda?

Cara kami dgn membuat post ke laman Instagram dan Facebook persendirian dan page perniagaan kami.

Laman Facebook: Munziroo Kitchen

Laman Instagram: @munzirookitchen.

Kami juga membuat posting di marketplace dan group Facebook. Selain itu, kami juga menghantar makanan kami untuk di review oleh beberapa selebriti Malaysia seperti Fizo Omar dan Black Hanifah.

—————

Bak kata pepatah jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Sesuatu kejayaan itu tidak akan datang tanpa usaha yang jitu. Kepada semua yang terkesan akibat wabak Covid-19, ingatlah bahawa anda tidak keseorangan. Bangkitlah dan berusaha. Semoga kita dapat melawan musuh yang tidak kelihatan ini bersama-sama. Bebaskan dan majukan diri anda. Demi agama, bangsa dan negara.

Selamat menyambut bulan kemerdekaan tahun 2020. #MalaysiaPrihatin

+++++++++++

Sekiranya anda berminat untuk mengiklankan produk, klik pada pautan ini.

Ekonomi

5 OBJEKTIF UTAMA PPN DAN BELANJAWAN 2020

Published

on

Pelan Pemulihan Negara (PPN) merupakan pelan hala tuju berfasa untuk menyokong peralihan keluar daripada krisis kesihatan dan ekonomi. Di bawah ini merupakan lima objektif utama PPN.

Kredit Foto: Instagram KKM

Manakala, belanjawan 2022 akan memperincikan kesinambungan PPN dan langkah-langkah pemulihan ekonomi lain. Belanjawan 2022 ini akan dibentangkan pada 29 oktober 2021.

Kredit Foto: Instagram KKM

#kitajagakita

#malaysiaboleh

Continue Reading

Ekonomi

SENARAI BANK MAKANAN

Published

on

Pandemik Covid-19 telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan, malahan ramai juga yang kehilangan ahli keluarga akibat jangkitan Covid-19 yang meragut nyawa mereka. Di saat kita menanti untuk keadaan menjadi lebih baik, ramai rakyat Malaysia bersatu hati membantu mereka yang memerlukan dengan menyediakan bank makanan di kebanyakan cawangan mereka.

1. Elewsmart – Bank makanan di 22 Elewsmart

Kredit Foto : Elewsmart

Ustaz Ebit Lew terkenal di kalangan rakyat Malaysia kerana telah banyak membantu mereka yang memerlukan. Cara lain untuk menolong mereka dalam kehidupan sehari-hari adalah rangkaian kedai runcitnya yang mampu dimiliki dengan bank makanan yang dilengkapi dengan barang keperluan yang didirikan di luar semua 22 cawangan yang terletak di Lembah Klang.

Anda boleh menurunkan barang yang ingin anda sumbangkan secara langsung. Item yang terdapat di bank makanan ini merangkumi keperluan seperti beras, syampu dan telur, dan banyak lagi. Dan mereka yang memerlukan boleh mengambil apa yang mereka perlukan dari bank makanan ini.

Senarai cawangan Elewsmart

2. BIG Pharmacy – Bank makanan di 10 cawanagan Big Pharmacy

Kredit Foto: FB Big Pharmacy

BIG Pharmacy telah menyertai kempen Bendera Putih. Mereka yang memerlukan makanan boleh mengunjungi kedai yang mengambil bahagian untuk mengambil apa yang mereka perlukan.

Bagi mereka yang ingin membantu, anda boleh menyumbangkan barang keperluan di kaunter bank makanan mereka sementara kedai mereka dibuka.

Senarai cawangan Big Pharmacy

3. Shell – Bank makanan di 52 stesen

Kredit Foto: FB Community Food Box

Kotak makanan dengan makanan kering yang tidak mudah rosak boleh didapati di 52 stesen minyak Shell di KL dan Selangor. Kotak-kotak ini didirikan sebagai projek berasaskan sukarelawan, yang dikendalikan oleh Teddy Mobile Clinic, telah wujud selama lebih dari setahun sekarang. Item yang disumbangkan akan memberi kelegaan kepada individu seperti pelajar kurang berkemampuan, orang tua, dan individu berpendapatan rendah.

Senarai bank makanan Shell di Lembah Klang

4. Petronas – Bank makanan di 48 stesen

 

Kredit Foto: FB Petronas

Petronas adalah stesen minyak lain yang mempunyai program bank makanan, dengan rak di premis mereka yang dilengkapi dengan barang keperluan untuk mereka yang memerlukan. Cari rak ini di 48 stesen yang mengambil bahagian di Lembah Klang, dan di seluruh Malaysia. Sesiapa yang ingin menderma boleh membeli barang makanan yang tidak mudah rosak, seperti tepung, beras, minyak masak, dan membawanya ke stesen Petronas yang mengambil bahagian.

Senarai bank makanan Petronas

5. MYDIN

Kredit Foto: FB MYDIN Malaysia

MYDIN juga mempunyai pakej bantuan makanan dengan keperluan harian, seperti roti, susu dan makanan dalam tin, bagi sesiapa yang memerlukan. Penyumbang boleh menghubungi mereka di nombor WhatsApp mereka untuk menghantar bungkusan kepada penerima. Anda mesti melampirkan alamat dan nombor telefon kepada siapa anda ingin menghantarnya, serta foto rumah mereka dengan bendera putih terangkat.

Inisiatif ini akan dilaksanakan dari 3 hingga 16 Julai, dengan barang dihantar dalam masa 24 jam kepada penduduk yang tinggal dalam lingkungan 10KM dari cawangan MYDIN.

6. Econsave

Kredit Foto: FB Econsave

Econsave akan memberikan pakej bantuan makanan kepada sesiapa yang menaikkan bendera putih dari kediaman mereka sebagai sebahagian daripada kempen Bendera Putih juga. Pakej ini akan merangkumi keperluan makanan seperti beras, tepung, gula, kopi dan biskut untuk meringankan beban mereka yang kehilangan pekerjaan, atau menghadapi kesukaran, kerana wabak itu.

Sekiranya anda menemui bendera putih yang terbang dari kediaman dalam radius 10KM dari lokasi kedai mereka, hantarkan mereka mesej di WhatsApp atau Facebook di sini dengan gambar bendera dan alamat lokasi dilampirkan.

Semoga senarai bank makanan di atas ini dapat membantu semua yang terkesan dengan pandemik ini.

#KitaJagaKita #BankMakananMalaysia #MalaysiaBoleh!

Continue Reading

Ekonomi

Impak Covid-19 terhadap ekonomi menyebabkan gaji graduan universiti lebih rendah

Published

on

Kesan Covid-19 terhadap ekonomi Malaysia menjadi punca kekangan kewangan yang dihadapi kebanyakan majikan menyebabkan graduan lepasan universiti menerima gaji permulaan yang lebih rendah pada 2020, berbanding tahun sebelumnya, kata Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain J.P.

Tambahnya lagi, majoriti majikan kini mengalami masalah aliran tunai, dengan lebih 32,000 syarikat ditutup tahun lepas akibat daripada pandemik ini.

Syed Hussain berkata, beberapa majikan masih mengurangkan segala kos yang tidak diperlukan, dalam masa yang sama menggunakan segala kemahiran yang ada dalam usaha menstabilkan perniagaan.

“Covid menjadi punca ramai pekerja dipotong gaji dan dikurangkan faedah, manakala majikan pula bergantung kepada subsidi yang diberikan oleh kerajaan melalui inisiatif PRIHATIN, PENJANA dan PEMERKASA untuk mengelakkan pemberhentian lebih ramai pekerja,” kata Syed Hussain

Oleh itu, bersyukurlah bagi mereka yang masih bekerja, walaupun memperoleh gaji yang kecil kerana terdapat ramai yang masih mencari pekerjaan untuk menyara ahli keluarga. Bersama-samalah kita mematuhi SOP agar rantaian Covid-19 boleh diputuskan dengan segera.

Petikan ini telah dialih bahasa. Petikan asal oleh EdgeProp.

#kitajagakita

Continue Reading

Trending