Jack Ma ‘hilang’ daripada radar?

Menurut laporan yang dikeluarkan Berita Harian, Jack Ma dikatakan telah menyepi sejak mengeluarkan kenyataan berbaur kritikan ke atas kerajaan China.

Berdasarkan hasil carian di internet, jutawan teknologi China dan pengasas bersama Alibaba Jack Ma yang juga mantan Pengerusi Eksekutif Alibaba Group juga gagal tampil seperti yang dijadualkan dalam episod terakhir rancangan pencarian bakat beliau sendiri – Africa’s Business Heroes, yang memberi peluang kepada pengusaha Afrika yang baru berkembang untuk bersaing merebut hadiah $ 1.5 juta.

Jack Ma kemudiannya turut digantikan oleh eksekutif Alibaba pada akhir November, dan gambarnya juga diturunkan daripada laman web Alibaba.

Berita lengkap daripada Berita Harian Online

NEW YORK: Hartawan yang juga pengasas syarikat teknologi Alibaba dan Ant Group, Jack Ma dilaporkan hilang selepas mengkritik sistem kewangan China.

Beliau mendesak supaya kerajaan republik itu melakukan perubahan serta pembaharuan terhadap sistem kewangannya.

Sejak membuat kenyataan itu, Ma tidak membuat kemunculan umum selama kira-kira dua bulan.

Beliau adalah salah seorang individu paling kaya di China.

Kekayaan bersihnya, menurut Forbes, adalah AS$58.4 bilion.

Pengasas dan Ketua syarikat gergasi internet China, Alibaba Jack Ma memberi ucapan di perhimpunan syarikat permulaan dan pemimpin berteknologi tinggi Paris, Viva Tech, di Paris, Perancis 16 Mei 2019. Sumber: Google Al Jazeera – REUTERS / Charles Platiau / Foto Fail /

Hartawan berusia 56 tahun itu membesar dalam suasana yang serba sederhana di China.

Ma sebelum ini pernah memberitahu bahawa beliau gagal dua kali dalam peperiksaan kemasukan universiti dan ditolak daripada diambil bekerja selepas menamatkan kolej, termasuklah di rangkaian makanan segera, KFC.

Beliau adalah contoh kisah kejayaan tulen.

Selepas melalui beberapa kekecewaan, beliau dan pasukan seramai 18 orang dengan modal AS$60,000, mengasaskan Alibaba di Hangzhou pada 1999.

Kira-kira 20 tahun kemudian, Alibaba menjadi salah satu syarikat peruncitan dan e-dagang terbesar di dunia, dengan lebih 100,000 kakitangan.

Beliau ‘bersara’ daripada Alibaba pada September 2019.

Terdapat spekulasi pada masa itu bahawa persaraan Ma adalah disebabkan tekanan bersama pentadbiran kerajaan.

-Agensi

Apa sebenarnya yang telah terjadi kepada Jack Ma?

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version