Teknologi
Benarkah aplikasi Telegram dan Signal lebih selamat daripada WhatsApp?
Published
2 years agoon
By
Arabella
Polisi baharu yang dikeluarkan oleh WhatsApp untuk berkongsi data pengguna kepada Facebook telah mencetuskan kebimbangan ke atas pengguna aplikasi tersebut.
Lebih merumitkan keadaan, polisi terbaharu WhatsApp in bertentangan dengan ‘Personal Data Protection Act 2010’ Malaysia.
WhatsApp menjelaskan bahawa pengguna telah keliru dengan polisi baharu mereka dan memberi masa kepada pengguna untuk memahami terma dan syarat tersebut dengan menangguhkan tarikh untuk mempersetujui polisi itu sehingga bulan Mei.
Sehingga kini, terdapat banyak aplikasi chat yang berada dipasaran selain WhatsApp. Antaranya adalah Telegram, Signal, WeChat, Line dan banyak lagi.
Antara WhatsApp, Telegram dan Signal, yang manakah lebih mementingkan privasi?
Jadi, apa itu Signal?
Sejarah Signal bermula sekitar satu dekad atau lebih, ketika startup yang bernama Whisper Systems sedang mengembangkan perusahaan perisian keselamatan telefon bimbit mudah alih. Yang kemudiannya dibeli oleh Twitter, yang mahukan pengasas bernama Matthew Rosenfeld untuk meningkatkan keselamatannya sendiri.
Marlinspike telah menarik diri pada tahun 2013 untuk membentuk aplikasi baru yang bernama Open Whisper Systems. Produk awalnya, TextSecure dan RedPhone, menjadi produk gabungan yang dikenali sebagai Signal pada tahun 2015. Pada masa itu, Facebook, WhatsApp dan Google menggunakan protokol Signal sebagai asas keselamatan perkhidmatan pesanan mereka.
Krisis yang terjadi pada tahun 2018, pengasas Bersama, Brian Action, meninggalkan Facebook dengan berbilion-bilion di dalam poketnya, melaburkan $50 juta kepada Yayasan Signal untuk mempelopori teknologi yang tidak mengambil keuntungan ini dan hanya tertumpu pada privasi dan perlindungan data untuk semua pengguna mereka.
Perbezaan Signal berbanding Whatsapp
Signal menawarkan beberapa ciri khas yang tidak dimiliki oleh WhatsApp, seperti kemampuan untuk mengendalikan pesanan teks telefon anda. Namun, ia masih belum boleh melakukan panggilan secara berkumpulan.
Aplikasi ini amat mementingkan soal privasi kerana Signal tidak membenarkan pengguna aplikasi ini untuk melihat pengguna lain ketika mereka ‘online’ mahupun berkongsi lokasi semasa, dimana kedua-dua perkara ini boleh anda lakukan di WhatsApp.
Namun begitu, penggunaan untuk kedua-dua aplikasi ini hampir sama sehingga kumpulan privasi terkemuka, Electronic Frontier Foundation (EFF) mengesyorkan kedua-duanya selamat digunakan untuk berkomunikasi.
Bagaimana pula dengan Telegram?
Berbanding WhatsApp dan Signal, Telegram adalah sebuah aplikasi ‘secure messenger’ yang juga dikenali sebagai platform blog mikro, ia membolehkan sehingga 200,000 pengguna dalam satu kumpulan. Telegram juga merupakan ‘cloud storage provider’.
Dari segi fungsi pesanannya, Telegram menawarkan ‘end-to-end encryption’. Namun, ia tidak di aktifkan secara automatik, kerana pengguna harus terlebih dahulu membuat “chat rahsia” untuk menggunakan fungsi ini. Jadi ia membolehkan anda mengatur perbincangan berkumpulan yang lebih privasi di Telegram.
Data apakah yang dikutip oleh setiap aplikasi daripada telefon anda?
Jika anda lihat rajah di atas, aplikasi Signal dan Telegram hanya menyimpan data yang anda guna untuk log masuk kepada aplikasi mereka. Namun, WhatsApp dan Facebook mengutip pelbagai data yang boleh mereka perolehi dari segala kegiatan yang anda lakukan apabila menggunakan aplikasi mereka. Ini jelas menunjukkan, privasi anda lebih terjamin jika menggunakan aplikasi Signal dan Telegram.
Jadi, aplikasi mana yang akan menjadi pilihan anda?
You may like

Kredit Foto: Meta Malaysia
Belia
Usahawan muda raih kejayaan melalui teknologi baru
Published
1 year agoon
16/01/2022By
Arabella
Alexander (dua kanan) menerima penghargaan daripada Pengerusi Dewan Perniagaan Digital Malaysia (MDCC), Joshua Sew (dua kiri) pada Majlis Anugerah Perniagaan Kecemerlangan Malaysia 2021 di Hotel Marriot, Putrajaya.
Kredit Foto: Faisol Mustafa
Usahawan muda kelahiran Malaysia ini berjaya membuktikan bahawa mereka tidak ketandusan idea sebaliknya terus bersemangat menempuh situasi ekonomi yang kian mencabar ketika ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau kagum dengan keupayaan usahawan muda yang mengguna pakai teknologi dan inovasi dalam perniagaan masing-masing.
Beliau berkata, usahawan tempatan juga membuktikan bahawa mereka sebenarnya boleh malah, mampu untuk memacu inovasi dan pertumbuhan ekonomi negara.
“Kemunculan usahawan seperti mereka mengukuhkan kepercayaan kerajaan terhadap kemampuan belia sebagai harapan negara.
“Keupayaan mereka menyesuaikan diri dalam teknologi baharu membolehkan mereka lebih inovatif dan kreatif dalam meneroka dan memperkenalkan peluang baharu dalam ekonomi dan industri,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2021.
Sebanyak 42 kategori anugerah disampaikan kepada usahawan tempatan yang terbabit dalam pelbagai bidang dan sektor ekonomi.
Tambahnya lagi, usahawan muda juga disaran mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baharu kerana ia penting bagi menjana pertumbuhan negara serta membuka peluang diperingkat antarabangsa.
Sumber: Kosmo Online
Teknologi
Microsoft akan melabur US$1bil di Malaysia untuk menubuhkan pusat data
Published
2 years agoon
20/04/2021By
Arabella
Foto: Bernama
Microsoft Corporation akan melabur AS$1bil (RM4.12bil) dalam tempoh lima tahun akan datang di Malaysia sebagai sebahagian daripada program perkongsian baharu dengan agensi kerajaan dan syarikat tempatan, kata perdana menteri Malaysia pada 19 April.
Pengumuman mengenai pelaburan terbesar teknologi AS di Malaysia datang selepas Malaysia memberi kelulusan bersyarat untuk Microsoft, Google, Amazon dan firma telekomunikasi negera, Telekom Malaysia untuk membina dan menguruskan pusat data berskala hiper serta menyediakan perkhidmatan ‘cloud’.
Ia juga datang selepas negara itu menyaksikan pelaburan langsung asing (FDI) menjunam sebanyak 68% tahun lepas, penurunan terbesar di Asia Tenggara.
Malaysia telah mempertahankan dirinya sebagai destinasi pelaburan, di mana menteri kewangan baru-baru ini mengatakan ia sedang melihat insentif untuk membantu menarik lebih banyak FDI.
Pelaburan daripada penyediaan perkhidmatan ‘cloud’ ini akan berjumlah di antara RM12bil hingga ke RM15bil dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Sebagai sebahagian daripada inisiatif Bersama Malaysia, Microsoft akan menubuhkan ‘datacentre region’ pertamanya di Malaysia, yang terdiri daripada pelbagai pusat data, untuk menguruskan data dari pelbagai negara,” kata Muhyiddin Yassin
“Datacentre region ini akan menjadi ‘game-changer’ untuk Malaysia,” Naib Presiden Eksekutif Microsoft Jean-Philippe Courtois berkata dalam satu kenyataan, sambil menambah ia akan membolehkan kerajaan dan segala jenis perniagaan ‘transform’ operasi mereka.
Di bawah program itu, Microsoft juga akan membantu sehingga sejuta rakyat Malaysia dalam mendapatkan kemahiran digital menjelang akhir 2023.
Petikan ini telah dialih bahasa. Petikan asal The Star.
#MalaysiaBoleh!