Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Rosmee Hamzah berkata jumlah tersebut adalah yang terbanyak dalam sejarah Parlimen Malaysia.
Ini merujuk kepada Mesyuarat Pertama Penggal Parlimen Keempat Belas bermula 16 Julai ini yang menampilkan seramai 90 Anggota Parliment (MP) baru.
Sesi yang dibuat khas ini bertujuan untuk memahami peraturan Dewan Rakyat khusus seperti sesi pertanyaan jawab lisan dan bagaiman rang undang-udang dikemukakan.
Tambah Rosmee lagi, sidang yang berlangsung selama 20 hari ini bakal menyaksikan 11 anggota Parlimen yang dahulu pernah berkhidmat sebagai MP manakala 121 MP sidang Parlimen ke-13 sebelum ini yang berjaya dipilih semula pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lepas.
Katanya susunan tempat duduk anggota Parlimen di dalam Dewan juga hanya akan ditentukan selepas pelantikan kesemua menteri Kabinet dan timbalan menteri yang dijadualkan berlangsung Isnin depan.
“Selepas itu kita boleh mengatur tempat duduk lain seperti susunan kekananan penyokong kerajaan dan juga susunan pihak pembangkang di sebelah kiri,” katanya.
Beliau turut menambah anggota Parlimen perlu mengemukakan soalan bagi sesi pertanyaan jawab lisan selewat-lewatnya 29 Jun ini. – Bernama