Tadi masa pergi kenduri kahwin kawan wife aku, saja aku lepak luar dewan.
Depan aku ada 2 budak katering tengah menyembang.
” Aku keje katering ni, gaji tak banyak, ada la sikit, tapi sebulan aku akan bagi mak aku rm 200. Bulan lepas aku bagi rm 150 sahaja, semalam aku dapat bonus, aku bayar balik
rm 50 yang tak cukup bulan lepas.
Kau kalau takda duit sangat pun, bagi je sebulan mak kau rm 200.”
Nasihat dia pada kawan dia.
?
Budak tu baru umur 19 rasanya.
Dah bagi mak dia sebulan rm 200.
Kita dulu umur 19 dok perhabis duit mak ayah lebih rm 200 sebulan.
Ok itu cerita dulu, cerita sekarang kita dah gaji beribu ribu, berapa bagi mak ayah kita sebulan?
Adeh. Pedih kena kat diri sendiri.
Point kat sini, berilah seberapa yg kita mampu, if tak mampu bagi duit, bawak pi makan kedai siam ka, kepsi ka.
Bawak pi Aeon ka.
?
The more you give, the more good things come to you
———————————————————-
Gambar Sekadar Hiasan
Kredit: Ahmad Zharif Ahmad Yusoff