Uncategorized
4 Inovasi teknologi terkini dari Malaysia yang anda mungkin tak tahu
Pasti anda semua akan teruja jika inovasi teknologi ini mula dikomersilkan di Malaysia!
Published
5 years agoon
By
Amy Ismail
Siapa kata teknologi buatan Malaysia tidak secanggih buatan luar? Semakin banyak produk inovasi buatan Malaysia kini yang kini menjadi ‘leaders of the industry’ yang semakin berkembang kini. Berikut adaah antara inovasi teknologi yang harus menjadi kebanggaan Malaysia.
- Stetoskop AI Stethee

Antara kelebihan Stethee ialah ia membolehkan doktor membuat analisa dengan teknologi AI. Kredit gambar: Tech in Asia
Stetoskop buatan pintar (artificial intelligence) yang pertama sepertinya ini dapat akan membantu para doktor mendengar jantung dan paru-paru dengan analisis terperinci dan tepat.
Segala bunyi yang direkodkan melalui Stethee Pro akan dipadankan dengan keadaan persekitaraan pesakit sebelum disimpan dalam pengkalan data untuk memudahkan doktor membuat diagnosis melalui peranti.
Menurut Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, stetoskop canggih dan inovatif ini juga akan memperkasa penjagaan kesihatan penduduk luar bandar.
2. Kereta Tanpa Pemandu CRETA

Dua unit Proton Perdana telah dipinjamkan oleh MARA dan Nano Malaysia untuk projek CRETA. Kredit gambar: PaulTan.org
Jangan sangka hanya Google sahaja yang mampu membuat kereta tanpa pemandu! Di Malaysia, ada sekumpulan jurutera muda Reka Studios yang dalam proses membuat kereta tanpa pemandu sendiri Malaysia yang pertama.
Menurut CEO Reka Studios Muhammad Haziq Faris Hasnol, projek CRETA bermula dengan sebuah cip elektronik Reka Innovation Gear (RIG) yang mereka hasilkan bermula 2016 lalu.
CRETA kini dalam tahap ketiga dalam penarafan projek kereta tanpa pemandu sedunia, meletakkan ia setara dengan model kereta tanpa pemandu lain seperti Audi Traffic Jam Assist, Cadillac Super Cruise, Mercedes-Benz Driver Assistance Systems dan Tesla Autopilot.
Teknologi kereta tanpa pemandu di seluruh dunia ketika ini masih lagi dalam peringkat percubaan dan masih belum dikomersilkan.
Malaysia Autoshow 2017 – REKA Self Driving Car
Anak Malaysia sudah boleh membina prototaip Kereta Pandu Sendiri. Saksikan penerangan dalam video ini!
Posted by Malaysia Automotive Institute on Tuesday, 21 November 2017
3. Pam Air Sawah Padi mudah alih Pumeca Pump

Mekanisme pam air yang lebih kecil ini hanya perlu menggunakan kuasa motosikal untuk berfungsi.
Mengangkat mesin pam air di sawah padi dari satu petak ke petak yang lain adalah satu tugas yang sangat memerah keringat.
Tetapi para petani dengan boleh menggunakan teknologi Portable Mechanical Centrifugal atau Pumeca Pump ini, tanpa perlu lagi membanting tulang untuk mengalihkan mesin pam air padi, yang juga sangat mahal untuk dimiliki oleh petani kecil.
Pam mudah alih yang menerima Anugerah Antarabangsa James Dyson ini direka dengan tiga kriteria spesifik – ia mestilah murah, mudah dan bebas dibawa ke mana-mana.
4. Kabel pengecas pintar Charby Sense
Charby Sense yang ketika ini hanya boleh didapati melalui laman kumpul dana Indiegogo sudah mula dikatakan sebagai kabel pengecas yang terpintar di dunia melalui teknologi smart-sensing.
Diilhamkan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia, Charby Sense direka untuk mengatasi masalah ‘overcharging’ yang sering merosakkan bateri telefon bimbit, selain fungsi dwi kelajuan untuk mengecas dan keutuhan kabelnya untuk penggunaan yang sangat lasak.
Anda ada mengetahui apa-apa lagi produk inovasi terkini yang dihasilkan di Malaysia, atau oleh anak Malaysia? Kongsikan kepada kami di sini!
You may like
-
Thaqif’s journey as a Cambridge student and how you can get there too
-
PM berharap Keluarga Malaysia membudayakan amalan kelestarian
-
Saga MB Johor Siri II: Sistem raja menyemak imbang percaturan politik, baik untuk rakyat
-
Saga MB Johor Siri I: Sultan berkuasa melantik menteri besar Johor
-
Pandangan orang dalam terhadap kejatuhan kerajaan Barisan Nasional
-
A career in politics can save a nation

Syawal kali ini tidak banyak bezanya dengan tahun lepas ekoran penularan Covid-19, namun setidak-tidaknya kita masih boleh menikmati dan berkesempatan untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dalam suasana aman dan selamat.
Sidang Khas MKN mengenai pengurusan Covid-19 memutuskan PKP dilaksanakan di seluruh negara mulai hari ini. Gelombang ketiga COVID-19 ini lebih ganas dan kritikal. Oleh itu, kita perlu hadapi dengan penuh disiplin.
Sumber: Instagram Bernama Official
Kita harus sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan, agar kita dapat membendung penularan Covid-19 yang semakin meningkat naik ini dan bersama-sama menjaga kesihatan dan keselamatan keluarga kita.
Berikut merupakan nasihat umum untuk mengurangkan risiko COVID-19 ketika meraikan sambutan Hari Raya di rumah:
Semoga norma baharu yang telah kita amalkan semenjak tahun lepas tetap memberi nilai dan makna tersendiri serta dapat memeriahkan suasana raya tahun ini. Kami dari team Malaysia Boleh mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri!
#KitaJagaKita
#MalaysiaBoleh

Sama seperti kebanyakan vaksin-vaksin yang melawan COVID-19, penerima vaksin mungkin akan mengalami kesan sampingan seperti berikut selepas mendapatkan suntikan:
Kesan sampingan ini biasanya adalah ringan dan tidak mengancam nyawa.
Senarai menunjukkan kesan sampingan mengikut tertib menurun (daripada paling biasa kepada yang jarang berlaku).
- Sakit kepala
- Kelesuan
- Menggigil
- Arthralgia (sakit sendi)
- Demam
- Myalgia (sakit otot)
- Loya
- Cirit-birit
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Talian Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan 📞 1800-888-828
Daftar untuk vaksinasi: vaksincovid.gov.my/panduan
Pendidikan
MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020
Published
2 years agoon
19/04/2021By
Arabella
MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2020 untuk mengikuti YTP bermula dari peringkat persediaan hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi terpilih dalam dan luar negara.
Permohonan secara dalam talian akan mula dibuka pada 19 April sehingga 6 Mei 2021.
Syarat Kelayakan Program
http://online.anyflip.com/oxlss/wihd/mobile/index.html
#mara #YTP2021
#MalaysiaBoleh