Connect with us

Gaya Hidup

10 tabiat yang menghalang anda daripada menjadi jutawan

Published

on

Foto: Amitahealth.org

Bagaimana untuk menjadi jutawan jika anda mempunyai tabiat yang serupa seperti ini? Di sini, kami akan berkongsi amalan yang harus anda tinggalkan.

1. Tidur berlebihan

Jika anda bangun lewat sehingga tengah hari dan terpaksa bekerja 12 jam atau lebih untuk menggantikan kerja yang sepatutnya telah dibuat dari awal pagi. Orang yang berjaya, diketahui bangun awal, biasanya sebelum orang lain di rumah, jadi mereka boleh bermula awal untuk memulakan kerja, membaca berita, menjawab e-mel, dan bersenam tanpa membuang masa mereka, dan semua ini dilakukan bersama-sama keluarga.

2. Mengabaikan kesihatan

Apabila anda tidak sihat, letih, kurang produktif, tertekan, dan lebih cenderung untuk sakit. Bagaimana anda boleh memberi tumpuan kepada perniagaan anda?

3. Tidak Membaca

Orang yang mempunyai wang, melabur masa dan usaha yang diperlukan untuk menambah pengetahuan mereka, mengikuti berita dan trend dalam industri mereka, belajar dari orang lain dan mengambil segala inisiatif untuk terus berinovasi.

4. Bergantung pada satu sumber pendapatan

Orang yang mempunyai banyak wang mempunyai beberapa sumber pendapatan. Kita perlu melabur sebahagian daripada pendapatan kita untuk membayar hutang kita, simpanan duit untuk persaraan dan melabur untuk menambah sumber pendapatan.

5. Tidak menetapkan bajet bulanan

Semua orang perlu membuat bajet dan berpegang kepadanya, tetapi malangnya, terdapat ramai orang yang tidak. Oleh kerana mereka tidak mengetahui sama ada mereka membelanjakan lebih daripada apa yang mereka perolehi, ia sering membawa kepada masalah kewangan. Jika anda seperti ini, maka anda perlu mula mengurangkan perbelanjaan yang bukan keperluan.

6. Suka bertangguh

Semua orang boleh berkata-kata ingin menjadi jutawan tetapi ia tidak akan menjadi kenyataan jika anda mempunyai sikap suka bertangguh. Jika anda ingin berjaya, tindakan harus dilakukan dengan segera.

7. Tidak mempunyai mentor

Kita memerlukan mentor untuk berjaya. Perlu mendapatkan ilmu dan tunjuk ajar daripada mereka agar usaha kita tidak membabi buta.

8. Kekal berada dalam zon selesa

Untuk berjaya, anda perlu mengambil risiko dan keluar dari zon selesa. Jika tidak, kejayaan anda akan tersekat.

9. Tidak bertanya soalan

Tidak semua yang kita tahu. Ketepikan ego anda. Jika anda tidak pasti tentang pelaburan atau idea untuk perniagaan anda, jangan teragak-agak untuk mendapatkan maklum balas dan khidmat nasihat.

10. Berfikiran negatif

Kejayaan jangka panjang hanya boleh dilakukan apabila anda mempunyai minda yang positif!

Berikut merupakan beberapa contoh pemikiran negatif yang paling biasa ada pada kita dan ianya boleh diatasi.

  • Meragui diri sendiri. – Latihan, pendidikan, dan mentor boleh mengubah pemikiran ini.
  • Percaya bahawa matlamat anda tidak dapat dicapai. -Fokus untuk mencapai matlamat harian anda dengan menolak diri anda melakukannya.
  • Mempunyai gred yang rendah. – Tidak! Gred dan kesukaran pembelajaran tidak menentukan kejayaan.
  • Perniagaan ini terlalu sukar. – Anda tidak akan tahu sehingga anda mencuba.
  • Kekurangan tumpuan. – Jalani gaya hidup yang sihat dan menetapkan matlamat harian boleh membuat anda fokus.

Semoga ini bermanfaat dan anda boleh kecapi kejayaan anda!

Petikan ini telah dialih bahasa. Petikan asal Entrepreneur.com

#MalaysiaBoleh!

 

covid-19

KAJIAN UNICEF DAN UNFPA MENDAPATI WANITA PALING TERKESAN MENTAL DAN FIZIKAL KERANA PKP

Published

on

By

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19 menyebabkan ramai wanita terkesan dari segi fizikal dan emosi dalam tempoh setahun yang lalu sehingga kini.

Itu berdasarkan Siri Keempat Kajian Keluarga di Pinggiran oleh Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA). Laporan itu menyatakan secara keseluruhannya responden merasakan beban rumah tangga meningkat semasa PKP kerana lebih banyak orang tinggal di rumah untuk tempoh yang lebih lama.

“Ini merupakan punca wanita rasa tertekan dan penat. Beban ini terus dirasai semasa PKP 2.0 apabila banyak ahli keluarga belum dapat memulakan kegiatan ekonomi atau pendidikan di luar rumah. Kesan yang dialami oleh golongan wanita tidak sama seperti kumpulan lelaki,” memetik laporan itu.

Ibu tunggal lebih teruk terkesan berbanding keluarga yang mempunyai lelaki sebagai ketua keluarga. Mereka menanggung sebahagian besar tanggungjawab menjaga keluarga. Ia lazimnya memberi kesan besar kepada kesejahteraan fizikal dan mental mereka yang mungkin mempunyai kesan jangka panjang kepada mereka dan anak-anak.

Projek Kajian Keluarga ini ditaja oleh UNICEF dan UNFPA untuk membantu penggubalan dasar dan menggalakkan wacana umum mengenai kesan pandemik COVID-19 ke atas wanita dan kanak-kanak di Malaysia yang melibatkan 500 keluarga berpendapatan rendah yang mendiami 16 perumahan awam kos rendah di Kuala Lumpur.

Continue Reading

Ekonomi

Shopee mencatat peningkatan empat kali ganda permintaan untuk alat teknologi sejak PKP 2.0 bermula

Published

on

By

Shopee mencatat lonjakan permintaan alat teknologi untuk kegunaan pembelajaran dari rumah apabila kerajaan Malaysia melaksanakan semula perintah kawalan pergerakan (PKP 2.0) dengan lebih dari 550,000 unit terjual.

Pengarah urusan serantau, Ian Ho berkata platform e-dagang itu menyedari bahawa jualan barangan seperti komputer riba, telefon pintar, tablet, komponen rangkaian, papan kekunci, pencetak, dan sistem audio berkembang empat setengah kali ganda dalam tempoh lima hari berbanding PKP pertama tahun lepas.

“Sejak sesi pembelajaran dalam talian bermula pada pertengahan tahun 2020, kami menyedari bahawa alat teknologi sangat berguna untuk pembelajaran dan mereka yang bekerja dari rumah. Permintaan untuk PC dan alat untuk e-pembelajaran meningkat secara mendadak.Semasa Jualan Besar 12.12 pada 12 Disember 2020, kami menyatakan bahawa lapan daripada 10 teratas yang melaksanakan PKS Malaysia (perusahaan kecil dan sederhana) adalah peruncit elektronik yang mencatat jualan purata lebih RM800,000.” katanya.

 

Ian berkata, ibu bapa yang mempunyai lebih daripada satu anak di sekolah untuk sesi e-pembelajaran dapat mencari tawaran bundle atau tawaran tambahan oleh jenama dan peruncit di platform mereka untuk menikmati lebih penjimatan.

“Terdapat juga ‘trusted seller’ yang menjual komputer riba terpakai dan diperbaharui dengan harga dari RM325, bagi ibu bapa yang memerlukan lebih dari satu komputer riba untuk anak-anak mereka,” tambahnya.

Sementara itu, ketua National Tech Association of Malaysia (Pikom) Danny Lee mengatakan bahawa organisasi itu melihat permintaan untuk alat teknologi meningkat kerana keperluan penggunaan peranti seperti itu semakin meningkat sejak sesi pembelajaran dari rumah dan dalam talian bermula .

“Kerajaan mungkin perlu mempertimbangkan untuk menawarkan bentuk insentif lain bagi mendorong penggunaan dan pembelian produk teknologi yang lebih tinggi, seperti pengabaian Cukai Jualan dan Perkhidmatan, internet percuma, subsidi atau bahkan melakukan program seperti ‘1 keluarga, 1 komputer riba’,” katanya.

Dia mengatakan terdapat beberapa jenama di pasaran yang menawarkan potongan pada komputer riba dan desktop, terutama dalam tempoh ini.

“Pada masa yang sama, syarikat telekomunikasi juga menawarkan promosi hebat dalam pakej internet selama beberapa bulan terakhir ini dan mereka akan terus melakukannya. Penawaran data 1GB percuma juga diperpanjang,” tambahnya.

Sementara itu, YTL Foundation mengumumkan telah mengedarkan lebih dari 400,000 kad sim dan 100,000 telefon bimbit di seluruh negara sepanjang inisiatif ‘Learn From Home’ yang baru dilancarkan.

Sumber: https://ytlfoundation.org/learnfromhome/

Pengarah program, Datin Kathleen Chew berkata, inisiatif Learn From Home menawarkan 1,272 pelajaran yang diselaraskan dengan kurikulum yang dikembangkan oleh FrogAsia dengan kerjasama penyedia kandungan.

“Pelajar yang menggunakan platform Learn From Home juga dapat mengakses lebih dari 13.500 kuiz semakan yang meliputi kandungan pembelajaran yang sama, melalui aplikasi permainan mudah alih FrogPlay,” tambahnya lagi.

Artikel ini telah dialih kepada bahasa Melayu. Petikan asal Bernama

 

Continue Reading

Ekonomi

5 LAMAN E-DAGANG BERIMPAK TINGGI DI MALAYSIA

Published

on

Wabak koronavirus mendorong peniaga untuk menjalankan perniagaan mereka atas talian. Ia turut memberi impak yang positif terhad pengaliran wang kerana rakyat bebas mendapatkan barang keperluan mereka tanpa perlu keluar daripada rumah.

Kemuculan pandemik ini turut memaksa peniaga untuk menukar strategi pemasaran mereka akibat kekangan daripada sudut logistik.

Memetik laporan yang dikeluarkan oleh My Metro, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Consumption Union Global Technology Sdn Bhd, Samantha Koh berkata, susulan sekatan yang dijalankan terhadap urusan perniagaan dan menukar strategi pemasaran, ia turut ‘memaksa’ pasaran e-perdagangan untuk berganjak kepada 10 tahun ke hadapan.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi, aktiviti jual beli dalam talian turut mencatatkan peningkatan sebanyak 28.9 peratus April lalu, ketika negara menguatkuasakan Perintah Kawalan pergerakan (PKP), bermula Mac 2020.

Berikut merupakan 5 laman e-dagang berimpak tinggi di Malaysia (berdasarkan statistik yang dikeluarkan laman sesawang Statista pada suku pertama 2020, mengikut trafik bulanan):

1. Shopee

Sebanyak 27,273.3 juta klik telah direkodkan sepanjang suku pertama pada tahun 2020 menurut Statista, Shopee adalah pasaran e-dagang di Malaysia yang membantu menghubungkan antara pembeli dan penjual dalam proses transaksi untuk pembelian. Diasaskan oleh Forrest Xiaodong Li, Shopee yang pertama kali dilancarkan di Singapura pada tahun 2015, dan telah memperluas jangkauannya ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam, Filipina, dan Brazil. Kini, ianya diterajui oleh seorang anak muda, Chris Feng yang kini berpangkalan di Singapura.

Chris Feng, Ketua Pegawai Eksekutif Shopee. Kredit gambar: The Vulcan Post

Namun, apa yang menjadikan Shopee berbeza daripada Lazada adalah Shopee lebih menumpukan pada membeli-belah mudah alih (mobile shopping). Berbanding Lazada, Shopee mempunyai aplikasi mudah alih yang lebih baik daripada dengan rating 4.7/5 di dalam App Store milik Apple walaupun jatuh pada kedudukan No.2 bagi aplikasi membeli belah.

Website: https://shopee.com.my

Trafik bulanan: 27,273.3 juta

 

2. Lazada

 

Lazada mula ditubuhkan pada tahun 2011, Lazada adalah laman e-dagang yang popular bukan hanya di kalangan rakyat Malaysia, tetapi juga di Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Ia berfungsi sebagai pusat membeli-belah dalam talian dan pasar untuk peruncit untuk menjual produk mereka sendiri dalam talian. Meskipun berada pada kedudukan No.1, rating Lazada hanya pada tahap 4.6/5 berbanding Shopee yang berada dikedudukan kedua kerana kestabilan laman e-dagang ini terletak pada paparan desktop dan bukan aplikasi mudah alih.

Sebanyak 12,320 juta klik direkodkan sepanjang suku pertama tahun 2020 menurut Statista.

Jack Ma, Pengasas Alibaba. Kredit gambar: Liputan 6 Indonesia

Lazada yang telah dibangunkan oleh Rocket Internet kini telah dimiliki oleh Alibaba pada bulan April 2016 ketika dengan membeli 51 peratus saham Lazada dengan harga $ 1 bilion dan kemudiannya menambah $ 1 bilion lagi untuk meningkatkan ekuitinya menjadi lebih kurang 83 peratus. Sehingga tahun 2018, Alibaba telah melabur $ 4 bilion untuk “merancakkan lagi pertumbuhan” dan membantu Lazada sejajar dengan perkhidmatan e-dagang utama Alibaba.

Website: https://lazada.com.my

Trafik bulanan : 12,320 juta

 

3. PG Mall

Ditubuhkan pada tahun 2017, PG Mall adalah buah fikiran daripada Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Public Gold Group, Dato’ Wira Louis Ng Chun Hau, yang bercita-cita untuk mengembangkan dan mendorong jenama tempatan untuk dibawa ke peringkat global di bawah model perniagaan Sharing Economy yang unik.

Dato’ Wira Louis Ng Chun Hau, Pengerusi Eksekutif dan Pengasas PG Mall. Kredit gambar: The Borneo Post

Pada suku pertama 2020, direkodkan sebanyak 1,688 juta klik telah direkodkan mengunjungi laman e-dagang ini. Namun, fokus laman e-dagang ini hanya pada paparan desktop dan tidak pada aplikasi mudah alih kerana kini ianya berada pada kedudukan 62 di dalam App Store.

Website: https://pgmall.my

Trafik bulanan: 1,688.5 juta

 

4. Lelong

 

Sebagai perintis bagi pasaran e-dagang Malaysia, Lelong wujud lebih lama daripada Lazada, 11Street dan Shopee. Ia ditubuhkan pada tahun 2007 dan pernah menjadi platform e-dagang terbesar di Malaysia. Bermula semasa ledakan era dotcom global pada tahun 2000 tetapi mampu bertahan sehingga kini dan pada hari ini laman webnya adalah laman lelongan dalam talian No.1 di Malaysia.

Pengasas Lelong.com.my , Richard Tan. Kredit gambar: Liveatpc.com

Walaupun kini statusnya telah jatuh sebagai laman web e-dagang teratas, Lelong masih berada di antara lima pasaran e-dagang teratas dengan jumlah trafik sebanyak 1,122.5 juta klik pada suku pertama tahun 2020.

Seperti platform e-dagang lain, Lelong juga memperoleh keuntungannya dengan mengenakan komisen kepada penjual setiap kali penjualan dibuat.

Website: https://www.lelong.com.my 

Trafik bulanan : 1,122.5 juta

 

5. Zalora

Zalora yang ditubuhkan oleh Rocket Internet pada tahun 2012 telah meluaskan empayar perniagaannya sebagai laman web e-dagang terbesar dan berkembang pesat di Asia Tenggara (SEA) dengan pengkhususan dalam bidang fesyen.

Syarikat e-dagang yang berpangkalan di Jerman ini turut mempunyai simpanan tunai sekitar € 2bil (RM9.16bil), sama seperti tahun lalu, menunjukkan bahawa ia tidak membuat pelaburan besar menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rocket Internet, Oliver Samwer.

Ia berfungsi sebagai platform bagi jenama fesyen untuk menjual produk mereka secara dalam talian kepada pelanggan yang mengunjungi laman web Zalora. Berada pada kedudukan kelima bagi laman e-dagang berimpak tinggi, Zalora telah dikunjungi sebanyak 1,106.7 juta klik oleh pengguna laman e-dagang tersebut.

Website: https://www.zalora.com.my/ 

Trafik bulanan: 1,106.7 klik

 

Semua 10 laman web e-dagang teratas di Malaysia yang disenaraikan di atas mempunyai versi aplikasi web dan mudah alih. Bagaimana pula dengan anda? Di antara laman e-dagang yang tersenarai dan tidak tersenarai di atas, mana satu yang menjadi pilihan anda?

Continue Reading

Trending