covid-19
KAJIAN UNICEF DAN UNFPA MENDAPATI WANITA PALING TERKESAN MENTAL DAN FIZIKAL KERANA PKP
Published
2 years agoon
By
Arabella
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19 menyebabkan ramai wanita terkesan dari segi fizikal dan emosi dalam tempoh setahun yang lalu sehingga kini.
Itu berdasarkan Siri Keempat Kajian Keluarga di Pinggiran oleh Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA). Laporan itu menyatakan secara keseluruhannya responden merasakan beban rumah tangga meningkat semasa PKP kerana lebih banyak orang tinggal di rumah untuk tempoh yang lebih lama.
“Ini merupakan punca wanita rasa tertekan dan penat. Beban ini terus dirasai semasa PKP 2.0 apabila banyak ahli keluarga belum dapat memulakan kegiatan ekonomi atau pendidikan di luar rumah. Kesan yang dialami oleh golongan wanita tidak sama seperti kumpulan lelaki,” memetik laporan itu.
Ibu tunggal lebih teruk terkesan berbanding keluarga yang mempunyai lelaki sebagai ketua keluarga. Mereka menanggung sebahagian besar tanggungjawab menjaga keluarga. Ia lazimnya memberi kesan besar kepada kesejahteraan fizikal dan mental mereka yang mungkin mempunyai kesan jangka panjang kepada mereka dan anak-anak.
Projek Kajian Keluarga ini ditaja oleh UNICEF dan UNFPA untuk membantu penggubalan dasar dan menggalakkan wacana umum mengenai kesan pandemik COVID-19 ke atas wanita dan kanak-kanak di Malaysia yang melibatkan 500 keluarga berpendapatan rendah yang mendiami 16 perumahan awam kos rendah di Kuala Lumpur.
You may like
-
Thaqif’s journey as a Cambridge student and how you can get there too
-
PM berharap Keluarga Malaysia membudayakan amalan kelestarian
-
Saga MB Johor Siri II: Sistem raja menyemak imbang percaturan politik, baik untuk rakyat
-
Saga MB Johor Siri I: Sultan berkuasa melantik menteri besar Johor
-
Pandangan orang dalam terhadap kejatuhan kerajaan Barisan Nasional
-
A career in politics can save a nation



CAC (COVID-19 Assesment Centre) Maya diaktifkan bagi mengurus dan menilai sama ada pesakit Covid-19 tidak bergejala atau alami gejala ringan perlu menjalani isolasi di rumah, dihantar ke PKRC atau dirawat di hospital.
Ini bertujuan bagi mengurangkan kesesakan di CAC dan sekaligus dapat memastikan pengurusan tindakbalas lebih cekap.
Kredit Foto: Telegram KKM
Kredit Foto: Jabatan Penerangan WPKL
Kredit Foto: Telegram KKM
Patuhi segala SOP yang telah ditetapkan. Bersama-sama kita memutuskan rantaian Covid19!
#kitajagakita
#malaysiaboleh

Kementerian Kesihatan sudah memperakui kit ujian kendiri Covid-19 yang diberi kelulusan bersyarat pada 21 Julai lalu untuk diimport dan diedarkan di seluruh negara.
Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr. Adham Baba berkata, kit berkenaan kini sudahpun boleh dijual di semua farmasi komuniti berdaftar atau premis fasiliti kesihatan yang terdapat di negara ini.
“Mereka yang buat ujian kendiri itu bagaimanapun perlu memasukkan segera hasil keputusan diterima menerusi aplikasi MySejahtera sama ada negatif, positif atau status invalid,” katanya dalam sidang akhbar secara maya Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Berikut adalah penjelasan lengkap Garis Panduan Pengurusan Kit Ujian Kendiri COVID-19 ;
Kit Ujian Kendiri COVID-19 digunakan sebagai ujian saringan yang dilakukan sendiri oleh individu. Kit Ujian Kendiri COVID-19 tidak menggantikan fungsi diagnostik real-time reverse-transcription polymerase chain reaction (RT-PCR) untuk COVID-19 tetapi mempunyai kelebihan untuk mengesan status COVID-19 individu dengan cepat dan mudah.
Kit Ujian Kendiri COVID-19 yang boleh digunakan adalah yang telah mendapat rekomendasi dari Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA). Senarai jenis kit ujian ini akan dikemaskini di website MDA dari semasa ke semasa.
Kit Ujian Kendiri COVID-19 boleh digunakan untuk :
• Saringan kendiri oleh mana-mana individu yang ingin mengetahui status COVID-19;
• Individu yang mempunyai kontak dengan kes COVID-19; ATAU
• Saringan-saringan lain yang bersesuaian (seperti Pintu Masuk Antarabangsa, rentas negeri, saringan pra-pekerjaan, pra-kemasukan ke institusi tinggi dan lain-lain)
Pihak pengguna hendaklah memastikan kit yang dibeli telah mendapat kebenaran dari MDA.
Bagaimana hendak mendapatkan Kit Ujian Kendiri COVID-19 ?
a. Kit Ujian Kendiri COVID-19 boleh dibeli di farmasi atau fasiliti swasta.
b. Kit Ujian Kendiri COVID-19 dibekalkan oleh fasiliti kesihatan KKM mengikut keperluan.
Cara penggunaan Kit Ujian Kendiri COVID-19
Sebelum memulakan prosedur:-
a) Membaca arahan penggunaan Kit Ujian Kendiri COVID-19 dengan teliti
b) Memeriksa dan memastikan Kit Ujian Kendiri COVID-19 adalah lengkap, tidak melepasi tarikh luput dan tidak rosak.
c) Mencuci tangan sebelum memulakan prosedur bagi mengelakkan kontaminasi silang.
d) Memastikan tempat melakukan prosedur ini kering, bersih dan mempunyai pengudaraan yang baik.
e) Memastikan tiada orang berhampiran bagi mengelakkan risiko jangkitan & kontaminasi silang.
f) Sekiranya prosedur ini perlu dibantu oleh orang lain, pembantu perlu memakai sekurang-kurangnya face mask & glove bagi mengelakkan risiko jangkitan dan kontaminasi silang.
g) Prosedur tidak dilakukan di tempat awam dan tidak berada berdekatan dengan orang lain bagi mengelakkan risiko jangkitan dan kontaminasi silang.
Prosedur ujian:
a) Mengambil sampel (air liur, nasal swab dan lain-lain) secara kendiri seperti yang dinyatakan pada arahan kit (instruction kit).
b) Melakukan ujian menggunakan Kit Ujian Kendiri COVID-19 dengan cermat mengikut arahan kit.
c) Membaca keputusan pengujian dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti yang dinyatakan pada arahan kit bagi mengelakkan keputusan yang tidak tepat.
Selepas melakukan prosedur:
a) Memastikan semua alatan Kit Ujian Kendiri COVID-19 dimasukkan ke dalam plastik dan ikat dengan sempurna
b) Melupuskan plastik yang mengandungi kit ini ke dalam tong sampah
c) Menjalankan disinfeksi kawasan prosedur dengan larutan disinfeksi yang bersesuaian selepas prosedur pengujian
d) Mencuci tangan menggunakan sabun dan air selepas selesai menjalankan prosedur bagi mengelakkan kontaminasi silang.
Melaporkan Keputusan Ujian
a) Semua keputusan ujian Kit Ujian Kendiri COVID-19 sama ada positif, negatif atau invalid perlu dilaporkan secara self-reporting ke dalam aplikasi MySejahtera.
b) Pengguna bertanggungjawab melaporkan keputusan sebenar dan tidak melakukan pemalsuan keputusan bagi mencegah implikasi jangkitan kepada orang lain.
Sekiranya keputusan ujian positif:-
a) Keputusan positif wajib dilaporkan ke dalam MySejahtera (tertakluk kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]).
b) Individu diminta untuk pergi sendiri ke fasiliti kesihatan swasta, COVID-19 Assesment Centre (CAC) atau klinik kesihatan berhampiran bagi penilaian kesihatan dan tindakan seterusnya. Individu ini wajib memakai pelitup muka apabila keluar dari rumah dan elakkan dari menaiki kenderaan awam.
Sekiranya keputusan ujian negatif:-
a) Sekiranya bergejala, sila ke fasiliti kesihatan swasta atau kinik kesihatan untuk penilaian kesihatan.
b) Sekiranya individu berkenaan merupakan seorang kontak kepada kes COVID 19, individu tersebut perlu terus menjalani kuarantin wajib sehingga tamat tempoh kuarantin.
Sekiranya keputusan ujian invalid, ujian perlu diulang.
Apa yang pengguna perlu tahu tentang Kit Ujian Kendiri?
Pengguna mestilah memastikan Kit Ujian Kendiri COVID-19 yang telah mendapat kebenaran pengimportan dan pengedaran dari MDA (Sila rujuk website MDA).
Kit ujian kendiri COVID-19 boleh dibeli di Farmasi komuniti berlesen dan fasiliti kesihatan yang dibenarkan oleh MDA. Establismen hendaklah menyediakan dan memastikan farmasi dan fasiliti kesihatan merekodkan penjualan Kit Ujian Kendiri COVID-19 bagi memudahkan pemantauan oleh pihak yang berwajib.
Sumber: covid-19.moh.gov.my
Kredit Foto: Instagram KKM
Teruskan menjada SOP. Sama-sama kita cegah penularan Covid19 di Malaysia!
#kitajagakita
#malaysiaboleh