Connect with us

Uncategorized

Tahniah! Rekod Baru untuk Wanita Malaysia!

Tahniah! Rekod Baru untuk Wanita Malaysia!

Published

on

Zaharah, wanita kedua dilantik Hakim Besar Malaya

PUTRAJAYA: Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zaharah Ibrahim dilantik sebagai Hakim Besar Malaya yang baharu.

Zaharah mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Hakim Kanan bagi Mahkamah Tinggi Malaya, Datuk Su Geok Yiam selaras Perkara 124(3) Perlembagaan Persekutuan, di Istana Kehakiman di sini, hari ini.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam satu kenyataan, berkata Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V memperkenan pelantikan Zaharah sebagai Hakim Besar Malaya berkuat kuasa 11 Julai lalu.

Zaharah menggantikan tempat Tan Sri Ahmad Maarop yang kini memegang jawatan sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.

Pelantikan itu menyaksikan Zaharah sebagai hakim wanita kedua yang menyandang jawatan itu selepas Tan Sri Siti Norma Yaakob yang berkhidmat sebagai Hakim Besar Malaya mulai 2005 hingga 2007.

TAN Sri Zaharah Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Hakim Besar Malaya yang baharu. – Foto Mohd Fadli Hamzah

Zaharah dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada 17 November 1952. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bandar Pontian, Johor, kemudiannya meneruskan pengajian di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru hingga tamat Tingkatan Enam.

Beliau menyambung pengajian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) pada 1977.

Karier awal Zaharah dalam bidang perundangan bermula pada 26 April 1977 sebagai Pegawai Undang-Undang (Sangkut). Beliau kemudiannya dilantik dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan dan menjawat jawatan Majistret Melaka Tengah dan Majistret Litar di Alor Gajah, Jasin, Masjid Tanah dan Merlimau, Melaka.

Mulai 1 Januari 1981 hingga 15 Februari 1992, beliau dilantik sebagai Penolong Kanan Penggubal Undang-Undang Parlimen di Seksyen Bahasa Inggeris dan Seksyen Bahasa Kebangsaan di Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara.

Pada 1 Ogos 2004, Zaharah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya dan memulakan perkhidmatan sebagai hakim mahkamah atasan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Beliau dilantik menjawat jawatan Hakim Mahkamah Rayuan pada 14 April 2010. Zaharah kemudian dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 16 Februari 2015 sebelum secara rasmi dilantik sebagai Hakim Besar Malaya pada 11 Julai lalu.

Kredit: Berita Harian

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Belia

SOLS 24/7 memperkasakan belia daripada kumpulan B40

Published

on

SOLS 24/7 adalah sebuah organisasi kemanusiaan yang komited untuk berkhidmat, mendidik dan memperkasakan masyarakat miskin dan kurang berkemampuan.

Melalui pelbagai program pendidikan dan pemberdayaan sosial, SOLS 24/7 telah berusaha untuk mengubah komuniti yang kurang terlatih untuk mengembangkan potensi sebenarnya dalam mematahkan roda kemiskinan.

Menggunakan model dan reka bentuk khas – Sains Bahasa, Sains Teknologi dan Sains Kehidupan – organisasi ini telah menyediakan pelbagai program pendidikan dan pemberdayaan sosial secara percuma kepada masyarakat yang kurang berkemampuan di Malaysia.

Jom tonton siri pertama temu bual eksklusif MalaysiaBoleh.com bersama SOLS 24/7.

Continue Reading

Uncategorized

Beraya dengan Selamat! Selamat Hari Raya!

Published

on

Malaysia Boleh Raya

KEMBALIKAN SEMANGAT MALAYSIA BOLEH RAYA INI

Posted by Malaysia Boleh on Friday, May 22, 2020

Continue Reading

Uncategorized

Polisi Bumiputera – Hapus atau kekal?

Published

on

Polisi pro Bumiputera, wajar dikekalkan atau dihapuskan? Atau perlu lebih penambah baikan? #MalaysiaBoleh

Continue Reading

Trending

MalaysiaBoleh.com

%d bloggers like this: