Connect with us

Uncategorized

Restoran Mamak Yang Selalu Menjadi Sebutan Ramai

Published

on

Restoran mamak telah menjadi budaya rakyat malaysia, tidak kira usia, masyarakat, agama, dan latar belakang masing-masing. Malah, restoran ini menjadi pusat untuk semua golongan masyarakat dimana mereka makan, berjumpa atau meluangkan masa bersama keluarga atau rakan. Paling best, restoran ini sentiasa buka 24 jam dan boleh dijumpai dimana-mana sahaja!

Berikut ada Top#5 kedai mamak yang selalu menajdi sebutan ramai jika ingin menjamu selera atau melepak.

1.Restoran Nasi Kandar Pelita

Restoran ini mudah dicari dan dibuka 24 jam. Dari jauh, semua orang kenal logonya.

Terdapat banyak pilihan makanan , terutamanya nasi kandar. Restoran ini juga terkenal dengan pekerja yang memakai uniform dan memberi layanan yang baik.

2. Restoran Bestari

Restoran ini juga mudah dicari terutamanya dikawasan yang agak sibuk atau dekat dengan kawasan perumahan.

Mamak Bestari ini terkenal dengan Indo Mee Goreng Daging Burger. Dimana Indo Mee digoreng dengan daging burger bersama dengan telur goreng. Cubalah!

3. Restoran Ali Maju

Restoran ini terkenal dikalangan pelajar dan golongan muda, terutamanya yang baru mula bekerjaya. Kerana lokasinya selalu terletak berhampiran dengan pejabat , kawasan perumahan, atau universiti yang berdekatan.

Mamak ini selalu penuh dengan ramai orang pada waktu malam. Terutamanya pada musim bola sepak atau musim menghantar tugasan (bagi pelajar universiti).

4. Restoran NZ Curry House

NZ Curry House adalah kedai mamak yang agak ‘proper’ . Tidak seperti kedai mamak yang biasa.

Kedai ini mengutamakan keselesaan pelanggannya dimana mereka adalah golongan eksekutif atau peringkat atasan .Tetapi makanannya sama seperti kedai mamak yang lain.

5. Restoran Sayed Bistro

Kedai ini biasanya terletak dikawasan perumahan dimana pelanggannya adalah golongan berkeluarga. Tetapi suasananya sama sibuk seperti kedai mamak yang lain.

Disini, terkenal dengan Naan. Ada bermacam jenis Naan yang anda boleh ‘request’.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Belia

SOLS 24/7 memperkasakan belia daripada kumpulan B40

Published

on

SOLS 24/7 adalah sebuah organisasi kemanusiaan yang komited untuk berkhidmat, mendidik dan memperkasakan masyarakat miskin dan kurang berkemampuan.

Melalui pelbagai program pendidikan dan pemberdayaan sosial, SOLS 24/7 telah berusaha untuk mengubah komuniti yang kurang terlatih untuk mengembangkan potensi sebenarnya dalam mematahkan roda kemiskinan.

Menggunakan model dan reka bentuk khas – Sains Bahasa, Sains Teknologi dan Sains Kehidupan – organisasi ini telah menyediakan pelbagai program pendidikan dan pemberdayaan sosial secara percuma kepada masyarakat yang kurang berkemampuan di Malaysia.

Jom tonton siri pertama temu bual eksklusif MalaysiaBoleh.com bersama SOLS 24/7.

Continue Reading

Uncategorized

Beraya dengan Selamat! Selamat Hari Raya!

Published

on

Malaysia Boleh Raya

KEMBALIKAN SEMANGAT MALAYSIA BOLEH RAYA INI

Posted by Malaysia Boleh on Friday, May 22, 2020

Continue Reading

Uncategorized

Polisi Bumiputera – Hapus atau kekal?

Published

on

Polisi pro Bumiputera, wajar dikekalkan atau dihapuskan? Atau perlu lebih penambah baikan? #MalaysiaBoleh

Continue Reading

Trending

MalaysiaBoleh.com

%d bloggers like this: