Qyra yang menetap bersama ahli keluarganya di West Park Avenue berasa bangga kerana daripada 800 pelajar lain yang turut serta dalam program lawatan tersebut, dia merupakan antara satu-satunya pelajar Malaysia berbangsa Melayu yang mendapatkan peluang sedemikian.

Ujar bapanya, Ahmad Qus Yiani Fadzlin, 45, Qyra telah bertemu Zac Goldsmith bersama rakan-rakannya yang lain pada 18 Jun lalu dan sebagai anak Melayu, pertemuan sedemikian cukup memberikan pengalaman yang manis buat Qyra.

“Selain Zac, Qyra juga pernah bertemu Datuk Bandar Richmond, David Linnette pada tahun 2017 sewaktu menerima anugerah istimewa daripada David kerana berjaya menghasilkan poster kempen kebersihan udara di Richmond yang sangat menarik.

“Jika bercerita tentang kejayaan yang lain, Qyra pernah mendapat tempat kedua terbaik di sekolahnya dalam satu pertandingan membaca teks berjumlah lima juta patah perkataan dan sebagai ibu, saya amat bangga dengannya,” ujar Wanteh Zainab kepada Utusan Online menerusi aplikasi Whatsapp. – UTUSAN ONLINE