Connect with us

Uncategorized

Bergaduh sebab makanan? Ini 4 juadah Malaysia yang jadi ‘kontroversi’ serantau!

Published

on

Rakyat Malaysia sememangnya sangat berbangga dengan juadah makanannya yang pelbagai, kerana Malaysia sendiri mempunyai masyarakat yang majmuk dari pelbagai kaum. Meskipun rakyat Malaysia secara dasarnya tidaklah gemarkan konfrontasi, tetapi apabila timbul soal makanan, kadangkala kita ‘terheret’ sekali dalam perebutan asal-usul makanan yang secara umumnya merupaka warisan sejarah masyarakat kita yang pelbagai latar belakangnya. Berikut adalah antara senarai makanan yang telah menyatukan rakyat Malaysia:

1. Yee Sang

Yee sang telah diisytihar sebagai makanan warisan Malaysia oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Kredit gambar: Pamper.my

Mungkin ramai yang menyangka bahawa juadah Yee Sang yang menjadi tradisi masyarakat Malaysia dan Singapura ini berasal dari Tanah Besar China, tetapi ternyata salah kerana asal usul Yee Sang sebenarnya datang dari inovasi seorang peniaga katering berbangsa Cina di Seremban sekitar tahun 1920.

Dikatakan idea menghasilkan hidangan ini muncul kerana terdapat lebihan makanan seperti keropok, lobak merah, lobak putih, limau bali, halia dan sebagainya selepas merayakan Tahun Baru Cina.

Langkah ‘penjimatan’ peniaga katering Loke Chee Fat yang hampir 100 tahun dahulu kini sudah menjadi tradisi masyarakat Cina di rantau ini. Kredit gambar: Cilisos.my

Disebabkan tidak mahu membazir, mereka mencampur saki baki makanan itu dan ditambah dengan perasa seperti sos pelam, lada hitam dan putih serta minyak untuk membangkitkan rasa. Dengan itu terhasillah hidangan unik yang dipercayai membawa kemakmuran, kemewahan dan tuah dalam masyarakat tersebut.

Pada tahun 2012, seorang ahli akademik Singapura menamakan Yee Sang sebagai antara warisan budaya Singapura di bawah UNESCO, namun kenyataan itu dibidas kerana Yee Sang lebih dikaitkan dengan sejarah masyarakat Kantonis yang asal-usulnya rata-rata dari Kuala Lumpur.

 

2. Rendang

Kontroversi ‘rendang crispy’ ini menarik perhatian media antarabangsa apabila rakyat tiga negara bersama-sama mempertahankan keaslian resepi rendang mereka. Kredit gambar: Channel News Asia

Baru-baru ini, netizen serantau Malaysia, Indonesia dan Singapura riuh berikutan penyingkiran peserta MasterChef UK, Zaleha Kadir Olpin kerana kulit ayam rendangnya dikatakan ‘tidak rangup’ oleh juri rancangan memasak tersebut.

Tidak ada mana-mana negara yang mengaku bahawa rendang adalah juadah asal mereka, tetapi netizen sepakat menegaskan bahawa tidak ada dalam sejarah lagi kulit rendang ayam dihidangkan secara rangup di rantau ini!

Lebih menarik lagi, komen juri rancangan tersebut turut Gregg Wallace dan John Torode menerima kritikanPesuruhjaya Tinggi Britain di Malaysia, Vicki Treadell, malah turut mempersoalkan sama ada juri-juri terbabit layak untuk mengkritik sajian hidangan Asia.

3. Nasi Ayam

Nasi ayam Hainan antara juadah yang sejarahnya banyak dikongsi oleh kedua-dua Malaysia dan Singapura. Kredit gambar: Lowyat.com

Kebanyakan juadah dari Singapura mempunyai asal-usulnya dari Malaysia juga, kerana sejarah yang dikongsi kedua-dua negara ini. Pada tahun 2009, kenyataan menteri pelancongan dan kebudayaan ketika itu Ng Yen Yen bahawa juadah Nasi Ayam Hainan secara asalnya makanan komuniti Hainan di Malaysia, namun lebih banyak dipasarkan oleh Singapura sebagai juadah warisan mereka.

4. Popiah

Popiah goreng yang popular di Malaysia turut dikenali sebagai Lunpia di Indonesia. Kredit gambar: Says.com

Pada 21 Februari 2015, sekumupulan aktivis budaya Indonesia yang bergelar Forum Masyarakat Peduli Budaya Indonesia atau Formasbudi secara tiba-tiba telah mengaturkan sebuah demonstrasi di hadapan bangunan kedutaan Malaysia di Jakarta, menuntut agar kuih popiah atau lebih dikenali sebagai lunpia di Indonesia ini disennaraikan dalam Warisan Budaya Nasional Indonesia. Tiada penjelasan terperinci tentang punca mengapa demonstrasi tersebut diadakan, melainkan sebagai ‘langkah awal’ supaya Malaysia tidak boleh mendakwa juadah itu berasal dari Malaysia.

Aktivis Formasbudi menuntut popiah dijadikan warisan budaya nasional Indonesia semasa berdemonstrasi di depan kedutaan Malaysia di Jakarta. Kredit gambar: Kompas

Tindakan tersebut bagaimanapun tidaklah menimbulkan kekecohan di sebelah pihak Malaysia, malah tuntutan terhadap juadah yang amat popular di serantau China dan Asia Tenggara itu turut dianggap sebagai isu remeh dan tidak patut diperdebatkan. Untuk rekod, Malaysia tidak pernah menyenaraikan popiah sebagai makanan warisan nasional di bawah UNESCO.

 

Belia

SOLS 24/7 memperkasakan belia daripada kumpulan B40

Published

on

SOLS 24/7 adalah sebuah organisasi kemanusiaan yang komited untuk berkhidmat, mendidik dan memperkasakan masyarakat miskin dan kurang berkemampuan.

Melalui pelbagai program pendidikan dan pemberdayaan sosial, SOLS 24/7 telah berusaha untuk mengubah komuniti yang kurang terlatih untuk mengembangkan potensi sebenarnya dalam mematahkan roda kemiskinan.

Menggunakan model dan reka bentuk khas – Sains Bahasa, Sains Teknologi dan Sains Kehidupan – organisasi ini telah menyediakan pelbagai program pendidikan dan pemberdayaan sosial secara percuma kepada masyarakat yang kurang berkemampuan di Malaysia.

Jom tonton siri pertama temu bual eksklusif MalaysiaBoleh.com bersama SOLS 24/7.

Continue Reading

Uncategorized

Beraya dengan Selamat! Selamat Hari Raya!

Published

on

Malaysia Boleh Raya

KEMBALIKAN SEMANGAT MALAYSIA BOLEH RAYA INI

Posted by Malaysia Boleh on Friday, May 22, 2020

Continue Reading

Uncategorized

Polisi Bumiputera – Hapus atau kekal?

Published

on

Polisi pro Bumiputera, wajar dikekalkan atau dihapuskan? Atau perlu lebih penambah baikan? #MalaysiaBoleh

Continue Reading

Trending

MalaysiaBoleh.com

%d bloggers like this: