Teknologi
Wariscan: Cinta tiga anak muda Malaysia
Published
5 years agoon
By

DEMI mengangkat industri seni dan budaya dan rasa cinta yang mendalam terhadap warisan, tiga anak muda mengorak langkah memulakan Wariscan, perniagaan yang menyediakan menyediakan perkhidmatan mengimbas menggunakan pengimbas beresolusi tinggi.
Bermula dengan modal yang sedikit serta status sebagai pelajar ketika itu tidak menghalang Mohamad Hilman berniaga.

Kredit Gambar: Sinar Harian
Dengan menerima sokongan dan bantuan daripada University of Malaya Centre of Innovation and Commercialization (UMCIC), Wariscan yang ditubuhkan pada Januari 2016, kini bergerak maju.
Menurut Hilman yang juga Ketua Pegawai Eksekutifnya, idea asal penubuhan Wariscan adalah untuk memastikan budaya warisan dan sejarah diperkenalkan kepada generasi muda akan datang dengan menggunakan teknologi.
“Kami percaya untuk menjadi negara hebat, kita mesti menyukai budaya kita, menerima sejarah dan menghayati warisan.
“Untuk pastikan ia berjalan lancar kita kena digitalkan kesemua warisan dan budaya yang ada. Ini perlu, sekiranya terjadi sesuatu kepada yang asli, sekurang-kurangnya ada yang digital sebagai ‘backup,’” katanya.
Bermula dengan peluang
Menurut Hilman, Wariscan menyediakan servis mengimbas lukisan, tekstil dan manuskrip lama dengan menggunakan pengimbas beresolusi tinggi untuk tujuan penyimpanan, dokumentasi dan pengarkiban.
“Di Malaysia, ini satu-satunya mesin yang ada dan dimiliki oleh Fakulti Kejuruteraan, UM. Sebagai pelajar di sana ketika itu, kami melihat peluang yang ada, disamping memaksimumkan penggunaan teknologi ini untuk masyarakat Malaysia.
“Mesin ini kami sewa dan secara tidak langsung membantu universiti menghasilkan pendapatan. Ia bertepatan kehendak universiti yang mahu pelajar bersifat keusahawanan,” ujarnya.
Mengambil contoh di Kyoto, Jepun, Hilman menjelaskan, teknologi ini semakin berkembang pesat dan kepentingannya semakin diterima masyarakat di sana.
“Di Kyoto, bukan sekadar lukisan, tetapi dinding kuil juga disimpan sebagai rekod.
“Saya melihat negara maju, apabila sampai disatu tahap mereka menyedari akan kepentingan terhadap seni budaya dan warisan. Di Malaysia juga sudah nampak pergerakan ke arah itu. Kita nampak peluang teknologi ini kepada industri budaya di sini,” ujarnya.
Kekangan modal
Berkongsi pengalaman di awal penubuhan Wariscan, Hilman berkata ia bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi untuk membina kepercayaan pelanggan terhadap perniagaan yang diusahakan.
Menyakinkan orang adalah cabaran paling utama, selain daripada kekangan modal.
“Kita tengok di luar negara ada permintaan seperti di Jepun, Amerika Syarikat dan Eropah. Persoalannya, di Malaysia ini ada ke pihak yang berminat?
“Kita jumpa dengan pelbagai pihak antaranya, muzium dan galeri. Tetapi nampaknya isu bajet merupakan isu utama kerana apa yang muzium perlukan di sini adalah kedatangan pengunjung” katanya.
Bagaimanapun, kekangan itu tidak sedikitpun mematahkan semangat bahkan bantuan geran daripada Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) daripada TERAJU sebanyak RM500,000, melebarkan lagi sayap perniagaan ke peringkat lebih tinggi. Yang terkini, Wariscan telah berjaya memasuki Coach and Grow Program (CGP) di bawah seliaan Cradle Fund.
Menurut Hilman, banyak kelebihan menggunakan mesin pengimbas beresolusi tinggi itu untuk mengimbas dan hasilnya adalah yang terbaik, di mana gambar yang diambil tidak pecah dan kelihatan asli.
Bangunkan teknologi AR/VR
Disamping menyediakan perkhidmatan imbasan beresolusi tinggi, Wariscan juga meneroka bidang lain yang berkaitan seni dan budaya bagi memastikan syarikat yang baru setahun jagung ini terus berdaya saing.
Hilman berkata, Augmented Reality (AR) dan Virtual Reality (VR) merupakan suatu bidang yang baru mendapat perhatian dunia dan merupakan salah satu teknologi yang dijangka bakal merevolusikan kehidupan dan gaya hidup seperti yang telah berlaku sebelum ini dengan teknologi telefon pintar.
“Kita tidak fokus kepada satu segmen perniagaan semata-mata. Dalam masa sama, bidang baru yang diterokai ini juga berkaitan seni dan budaya,” katanya.
Bagaimanapun jelasnya, masih ramai yang belum sedar akan kepentingan teknologi ini, dan ini boleh memberi kesan kepada kuantiti dan kualiti penghasilan kandungan AR/VR.
Justeru, beliau berpandangan lebih banyak usaha untuk memberikan penerangan dan kesedaran mengenai teknologi AR/VR adalah penting.
“Kita mengadakan kursus asas mengenai teknologi AR sejak tahun lalu untuk menyemai minat dalam teknologi ini di kalangan anak muda, seterusnya berharap supaya mereka berkecimpung dalam arena pembangunan kandungan digital.
“Era AR/VR mungkin masih belum bermula, tetapi usaha bersepadu perlu untuk meningkatkan penghasilan kandungan AR/VR supaya penggunaan teknologi ini mendapat sambutan yang lebih meluas.
“Pasaran AR/VR mempunyai masa depan yang cerah namun hanya yang sanggup menyahut cabaran sahaja yang bakal meraih kelebihan apabila tiba masanya,” katanya.
Menurutnya, kini Wariscan sedang bekerjasama dengan Muzium Kesenian Islam dan Muzium Telegraf di Taiping untuk membina kandungan digital yang bakal menarik minat lebih ramai lagi kalangan generasi muda.
Berani berinovasi
Walaupun masih baru dalam bidang ini, Hilman dan dua lagi rakan kongsinya, Muhammad Zaki Kamaruddin dan Mohd Fadzil Jamaludin sentiasa positif perniagaan berasaskan teknologi ini mendapat permintaan.
“Ia bermula dengan kerja keras untuk mampu setapak ke hadapan lagi. Untuk permulaan, kesilapan sebagai tempat untuk belajar. Terus lakukan dan jangan takut untuk memulakan perniagaan walaupun dengan modal yang sedikit,” katanya.
Wariscan boleh dicapai melalui laman sesawang di alamat www.wariscan.com.
Artikel Asal: Sinar Harian
Kredit Gambar: Wariscan.com

Kredit Foto: Meta Malaysia
Belia
Usahawan muda raih kejayaan melalui teknologi baru
Published
1 year agoon
16/01/2022By
Arabella
Alexander (dua kanan) menerima penghargaan daripada Pengerusi Dewan Perniagaan Digital Malaysia (MDCC), Joshua Sew (dua kiri) pada Majlis Anugerah Perniagaan Kecemerlangan Malaysia 2021 di Hotel Marriot, Putrajaya.
Kredit Foto: Faisol Mustafa
Usahawan muda kelahiran Malaysia ini berjaya membuktikan bahawa mereka tidak ketandusan idea sebaliknya terus bersemangat menempuh situasi ekonomi yang kian mencabar ketika ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau kagum dengan keupayaan usahawan muda yang mengguna pakai teknologi dan inovasi dalam perniagaan masing-masing.
Beliau berkata, usahawan tempatan juga membuktikan bahawa mereka sebenarnya boleh malah, mampu untuk memacu inovasi dan pertumbuhan ekonomi negara.
“Kemunculan usahawan seperti mereka mengukuhkan kepercayaan kerajaan terhadap kemampuan belia sebagai harapan negara.
“Keupayaan mereka menyesuaikan diri dalam teknologi baharu membolehkan mereka lebih inovatif dan kreatif dalam meneroka dan memperkenalkan peluang baharu dalam ekonomi dan industri,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2021.
Sebanyak 42 kategori anugerah disampaikan kepada usahawan tempatan yang terbabit dalam pelbagai bidang dan sektor ekonomi.
Tambahnya lagi, usahawan muda juga disaran mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baharu kerana ia penting bagi menjana pertumbuhan negara serta membuka peluang diperingkat antarabangsa.
Sumber: Kosmo Online
Teknologi
Microsoft akan melabur US$1bil di Malaysia untuk menubuhkan pusat data
Published
2 years agoon
20/04/2021By
Arabella
Foto: Bernama
Microsoft Corporation akan melabur AS$1bil (RM4.12bil) dalam tempoh lima tahun akan datang di Malaysia sebagai sebahagian daripada program perkongsian baharu dengan agensi kerajaan dan syarikat tempatan, kata perdana menteri Malaysia pada 19 April.
Pengumuman mengenai pelaburan terbesar teknologi AS di Malaysia datang selepas Malaysia memberi kelulusan bersyarat untuk Microsoft, Google, Amazon dan firma telekomunikasi negera, Telekom Malaysia untuk membina dan menguruskan pusat data berskala hiper serta menyediakan perkhidmatan ‘cloud’.
Ia juga datang selepas negara itu menyaksikan pelaburan langsung asing (FDI) menjunam sebanyak 68% tahun lepas, penurunan terbesar di Asia Tenggara.
Malaysia telah mempertahankan dirinya sebagai destinasi pelaburan, di mana menteri kewangan baru-baru ini mengatakan ia sedang melihat insentif untuk membantu menarik lebih banyak FDI.
Pelaburan daripada penyediaan perkhidmatan ‘cloud’ ini akan berjumlah di antara RM12bil hingga ke RM15bil dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Sebagai sebahagian daripada inisiatif Bersama Malaysia, Microsoft akan menubuhkan ‘datacentre region’ pertamanya di Malaysia, yang terdiri daripada pelbagai pusat data, untuk menguruskan data dari pelbagai negara,” kata Muhyiddin Yassin
“Datacentre region ini akan menjadi ‘game-changer’ untuk Malaysia,” Naib Presiden Eksekutif Microsoft Jean-Philippe Courtois berkata dalam satu kenyataan, sambil menambah ia akan membolehkan kerajaan dan segala jenis perniagaan ‘transform’ operasi mereka.
Di bawah program itu, Microsoft juga akan membantu sehingga sejuta rakyat Malaysia dalam mendapatkan kemahiran digital menjelang akhir 2023.
Petikan ini telah dialih bahasa. Petikan asal The Star.
#MalaysiaBoleh!