Connect with us

rakyat

‘Uncle Kentang’ menyediakan bantuan serendah 10 sen untuk golongan yang memerlukan

Published

on

Uncle Kentang

Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai ‘Unlce Kentang’ membantu sesiapa sahaja yang memerlukan tidak mengira bangsa atau agama. Kuan mendapat gelaran ‘Uncle Kentang’ kerana pernah menghantar kentang kepada orang ramai.

“Saya pernah bertanya dengan doktor bagaimana saya boleh menggalakkan kanak-kanak untuk makan kerana banyak keluarga miskin yang saya kunjungi hanya ada beras sahaja dirumah.” jelas Kuan.

Kuan Chee Heng bergurau senda dengan salah seorang penerima bantuan. (Foto: Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia)

Pasar 10 sen, perkhidmatan teksi 10 sen, perpustakaan 10 sen dan rumah transit yang hanya mengenakan bayaran sebanyak RM1 antara usaha murni Kuan Chee Heng, 57. Merupakan seorang pengasas Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia iaitu sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang membantu golongan kurang bernasib baik.

Untuk Pasar 10 Sen, Uncle Kentang menerima barangan terpakai yang disumbangkan oleh orang ramai termasuk pakaian, perkakas, malah pernah juga mendapat sebuah kereta. Barangan tersebut kemudian ‘dijual’ kepada penduduk di komuniti yang kurang berkemampuan pada harga 10 sen setiap satu.

“Bayaran sekecil 10 sen ini bertujuan untuk mengelakkan kami memberi barangan secara percuma, bimbang ia tidak dihargai,” ujar Kuan.

Menurut Kuan, inisiatif ini telah membantu lebih kurang 10,000 keluarga di Lembah Klang dan tempat lain di Malaysia.

Perkhidmatan teksi 10 sen pula dibuat untuk golongan miskin bandar, diutamakan kepada yang ingin menghadiri temu janji di hospital. Menyedari para pesakit ini tidak berupaya menjaga anak-anak apabila ke hospital, perpustakaan 10 sen dibuat sebagai sebuah pusat jagaan harian kanak-kanak. Pusat jagaan ini turut berfungsi mencegah kanak-kanak daripada menjadi mangsa pencabulan jika tiada pengawasan.

Selain itu, Kuan turut menyediakan perkhidmatan van jenazah RM1 dan ambulans RM1.

Perkhidmatan ambulans disediakan selepas Kuan mendapati golongan miskin yang terlantar sakit di katil menghadapi kesukaran untuk ke hospital. (Foto: Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia)

Kuan Chee Heng menyerahkan sebuah kereta jenazah baru kepada pihak ahli jawatankuasa surau di sebuah projek perumahan kos rendah di Sungai Lui di Raub, Pahang. (Foto: Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia)

Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia ditubuhkan pada 2007 sebagai sebuah NGO pencegah jenayah. NGO ini kemudian memperluas kegiatannya dengan menawarkan inisiatif-inisiatif yang disebut di atas apabila Kuan menyedari kepentingan menyemai kasih sayang dan belas kasihan sebagai langkah efektif dalam membanteras jenayah.

(Foto: Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia)

Semua usaha ini dibantu oleh tenaga sukarelawan dan juga 30 orang pekerja. Pekerja organisasi ini termasuk pemandu ambulans dan teksi kerana perkhidmatan ini biasanya memerlukan kerja lebih masa.

Apabila ditanya bagaimakan Kuan membiayai inisiatif ini?

“Sebenarnya ramai orang berada yang berminat membuat kebajikan. Mereka ingin bersedekah, jadi kami menerima banyak derma daripada orang ramai,” jawab Kuan. Beliau teringat suatu masa di mana beliau berjaya membuat kutipan untuk membeli sebuah ambulans yang lengkap hanya dalam masa sehari sahaja.

RUMAH TRANSIT RM1 DAN INISIATIF LAIN

Kuan memulakan rumah transit RM1 pada 2016 setelah Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia menerima maklum balas mengenai kesukaran yang dihadapi para pesakit. Penginapan boleh menjadi satu masalah bagi yang datang dari pedalaman Malaysia tidak kira sama ada dari Semenanjung mahu pun Sabah dan Sarawak, yang berkunjung ke Lembah Klang untuk mendapatkan rawatan perubatan.

“Kos rawatan mungkin telah ditanggung oleh jabatan kebajikan, namun mereka masih memerlukan tempat tinggal. Terdapat satu kes yang dirujuk kepada kami melibatkan seorang warga emas. Bayaran kemoterapinya telah selesai, namun beliau perlu tinggal lebih lama untuk menghabiskan rawatan. Semasa kami menyambutnya, beliau hanya ada beberapa ringgit sahaja di dalam koceknya. Di situlah timbulnya idea rumah transit RM1 bagi membantu golongan miskin ini,” kata Kuan.

Terdapat lima buah rumah transit RM1 di Lembah Klang. Tiga di Puchong, satu berhampiran bangunan Institut Kesihatan Negara di Shah Alam dan satu lagi di Kuala Lumpur. Mereka yang kesempitan hanya perlu membayar RM1 sehari untuk tinggal di rumah transit ini.

Tidak berakhir di sini, Kuan berhasrat memulakan perkhidmatan campur tangan aktif, iaitu satu pusat perhubungan yang boleh menerima panggilan dari mereka yang memerlukan bantuan atau menghadapi masalah dan dilengkapi aplikasi dalam talian yang membolehkan golongan fakir miskin menyatakan keperluan dan lokasi mereka dengan segera.

Murni sungguh inisiatif yang dilakukan oleh Uncle Kentang ini kan? Semoga lebih ramai lagi rakyat Malaysia dapat memupuk semangat seperti Uncle Kentang dalam usaha membantu golongan yang memerlukan tidak mengira bangsa dan agama.

#MalaysiaBoleh

#KitaJagaKita

 

 

Malaysia

Langkah-langkah memupuk semangat perpaduan

Published

on

By

Keharmonian negara hanya dapat dikekalkan melalui perpaduan rakyat. Terdapat 4 langkah-langkah untuk memupuk semangat perpaduan.

1. Rakyat Malaysia seharusnya menghindari sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi kaum.

  • Media sosial perlu digunakan dengan sebaik mungkin tanpa mencetuskan isu perkauman atau yang seumpama dengannya.

2. Meraikan hari perayaan kaum Malaysia bersama-sama

  • Kunjung-mengunjungi antara satu sama lain.
  • Mengeratkan silaturahim antara kaum.
  • Memahami perayaan masing-masing.
  • Menghormati antara satu sama lain.
  • Makan dan minum bersama-sama.

3. Aktiviti dan sukan.

  • Beriadah dan melakukan aktiviti dan bersukan bersama-sama.

4. Media massa yang menyebarkan mesej positif tentang kepentingan perpaduan.

  • Pengaruh media massa amat penting dalam menyebarkan mesej-mesej yang positif.

 

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

#MalaysiaBoleh

Continue Reading

rakyat

Semangat patriotisme rakyat tidak pernah luntur

Published

on

By

Tahun 2020 merupakan tahun yang mungkin tidak akan dilupakan oleh rakyat Malaysia. Permulaan di mana Malaysia dilanda wabak Covid-19 sehingga melumpuhkan ekonomi negara, namun rakyat Malaysia tetap bersatu hati membantu satu sama lain untuk sama-sama berperang dengan wabak covid-19.

Pandemik COVID-19 juga telah memperkukuh semangat patriotisme rakyat. Menyaksikan rakyat Malaysia saling membantu tanpa mengira warna kulit dan agama. Ada yang menyediakan makanan, pakaian, barang keperluan dan sebagainya kepada petugas barisan hadapan serta rakyat yang memerlukannya. Pereka fesyen turut mereka PPE dan menderma PPE tersebut kepada petugas barisan hadapan. Terlalu banyak bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan dan juga rakyat buat mereka yang sangat memerlukan.

Dengan adanya kemudahan media sosial, rakyat turut menunjukkan rasa sayang kepada negara apabila ramai yang mengungkapkan kata-kata semangat dan ucapan penghargaan kepada petugas barisan hadapan. Terasa sayu membaca setiap nukilan tulisan rakyat namun begitulah indahnya perpaduan rakyat Malaysia.

Sehingga ke hari ini, Covid-19 masih merebak dengan varian yang baru dan kemudian diuji pula dengan banjir yang melanda kawasan yang tidak pernah banjir iaitu di sekitar Selangor. Sekali lagi rakyat bersatu hati, sedaya upaya membantu menyelamatkan mangsa-mangsa banjir. Di sini jelas menunjukkan semangat patriotisme rakyat tidak pernah luntur. Sentiasa ada untuk menjaga satu sama lain.

Semangat seperti ini harus diteruskan, harus disemai dan dipupuk sejak kecil bagi melahirkan generasi kental jati diri dan yang tinggi nilai perpaduannya.

#MalaysiaBoleh!

Continue Reading

covid-19

KAEDAH MEMOHON BAKUL PRIHATIN NEGARA

Published

on

By

Penularan wabak Covid-19 telah menyebabkan ramai rakyat hilang pekerjaan kerana banyak perniagaan terpaksa ditutup apabila Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Bagi mereka yang terjejas pendapatan akibat daripada penularan wabak COVID-19, permohonan Bakul Prihatin Negara boleh dibuat melalui kaedah seperti berikut:

Kredit Foto: Instagram KKM

•Talian Kasih: – 15999
•WhatsApp untuk mendaftar melalui Google form : http://www.wasap.my/6017-3729702/BakulPrihatinNegara
•Media Sosial Rasmi KPWKM
•Talian tambahan : – 03 8323 2176 / 03 8323 2177 / 03 8323 2178
•Bilik Gerakan JKM berdekatan anda

Bakul Prihatin Negara merupakan inisiatif Kerajaan yang berterusan dalam memastikan tanggungjawab terus dipikul untuk membantu rakyat yang terkesan. Bantuan dihulurkan bagi mereka yang memerlukan. Bersama kita terapkan usaha “kita bantu kita”.

#kitajagakita

#malaysiaboleh

Continue Reading

Trending