Connect with us

rakyat

Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita akan menerima

Published

on

Ikhlas dalam menolong dan memberi bantuan, tokoh amal dan pendakwah bebas terkenal Ebit Lew sering berkongsi kisah di sebalik tabir kerja kebajikannya. Namun bukan niatnya untuk menunjuk-nunjuk, namun ianya hanya untuk mengajak lebih ramai individu membuat kebaikan.

Ebit Lew atau nama sebenar, Ebit Irawan Ibrahim Lew telah banyak melakukan amal kebajikan. Bantuan yang dihulurkan tidak mengira bangsa dan agama. Malah haiwan-haiwan di Zoo Negara turut mendapat bantuan daripada beliau apabila kekurangan dana kerana PKP.

Ebit Lew berkongsi pengalaman beliau memberi makan seekor panda di Zoo negara. (Foto : Instagram Ebit Lew)

Jika ada yang viral tentang kesusahan yang menimpa sesiapa sahaja, Ebit Lew pasti sampai menghulurkan bantuan. Tersentuh dan sebak melihat kesungguhan beliau menyuap makan seorang OKU berbangsa cina.

Foto: Instagram Ebit Lew

Uncle Yap seorang OKU yang tidur, mandi, membuang air besar, dan makan di tepi jalan selama setahun. Hujan panas cuma di tepi jalan. Ada juga yang memberi payung.

Foto: Instagram Ebit Lew

Setelah 4 jam memujuk, barulah Uncle Yap bersetuju menerima bantuan Ebit Lew. Uncle Yap diangkat sendiri oleh Ebit Lew untuk masuk ke dalam kenderaan dan dibawa ke Pusat Jagaan Wan Hing Care Centre di Sri Kembangan. Tempat jagaan yang cantik, selesa dan teratur. Bayaran bulanan Uncle akan dibayar oleh Ebit Lew. Ebit Lew turut membelikan pakaian baru dan kerusi roda baru yang boleh baring dan lebih elok.

Foto: Instagram Ebit Lew

Tidak hanya di Malaysia, Ebit Lew membawa Pertubuhan Kasih Umat Malaysia ke Afrika Selatan untuk membantu 200 anak kecil yang hidup dalam kesusahan dan sentiasa kelaparan. Menyediakan sebuah kabin ‘Kitchen Soup’ yang akan memberi makan kepada 200 anak kecil di sana setiap hari. Setiap tukang masak, pembantu dan barang mentah untuk memasak akan dibayar olehnya.

Ebit Lew menyuap sendiri anak-anak kecil di Afrika Selatan. (Foto: Instagram Ebit Lew)

Tidak berakhir di situ, semasa beliau berjalan di bandar Durban Afrika Selatan, beliau membantu seorang lelaki yang bernama Scott berusia 60 tahun yang telah tidur dijalanan selama 15 tahun. Membawanya makan KFC, membeli baju dan seluar buatnya. Ebit turut membawa Scott ke hotel untuk mandi dan tidur.

Foto: Instagram Ebit Lew

Ebit Lew pernah menceritakan kisahnya semasa kecil yang susah. Apabila dia mula bekerja, gaji pertamanya, diberikan sepenuhnya kepada ibunya. Jika ada lebih, dia akan makan. Jika tiada lebih, dia tidak akan makan. Apabila mula menjadi penceramah, rezekinya mula mencurah-curah. Dan sehingga kini, Ebit Lew tidak pernah berhenti memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Usah gusar duit akan berkurang apabila menghulurkan bantuan, rezeki yang akan kita dapat selepas memberi adakalanya berlipat ganda dari apa yang diberi. Semoga kisah Ebit Lew ini menjadi dorongan untuk kita sentiasa membuat amal kebaikan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.

 

#MalaysiaBoleh!

#KitaJagaKita

 

Malaysia

Langkah-langkah memupuk semangat perpaduan

Published

on

By

Keharmonian negara hanya dapat dikekalkan melalui perpaduan rakyat. Terdapat 4 langkah-langkah untuk memupuk semangat perpaduan.

1. Rakyat Malaysia seharusnya menghindari sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi kaum.

  • Media sosial perlu digunakan dengan sebaik mungkin tanpa mencetuskan isu perkauman atau yang seumpama dengannya.

2. Meraikan hari perayaan kaum Malaysia bersama-sama

  • Kunjung-mengunjungi antara satu sama lain.
  • Mengeratkan silaturahim antara kaum.
  • Memahami perayaan masing-masing.
  • Menghormati antara satu sama lain.
  • Makan dan minum bersama-sama.

3. Aktiviti dan sukan.

  • Beriadah dan melakukan aktiviti dan bersukan bersama-sama.

4. Media massa yang menyebarkan mesej positif tentang kepentingan perpaduan.

  • Pengaruh media massa amat penting dalam menyebarkan mesej-mesej yang positif.

 

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

#MalaysiaBoleh

Continue Reading

rakyat

Semangat patriotisme rakyat tidak pernah luntur

Published

on

By

Tahun 2020 merupakan tahun yang mungkin tidak akan dilupakan oleh rakyat Malaysia. Permulaan di mana Malaysia dilanda wabak Covid-19 sehingga melumpuhkan ekonomi negara, namun rakyat Malaysia tetap bersatu hati membantu satu sama lain untuk sama-sama berperang dengan wabak covid-19.

Pandemik COVID-19 juga telah memperkukuh semangat patriotisme rakyat. Menyaksikan rakyat Malaysia saling membantu tanpa mengira warna kulit dan agama. Ada yang menyediakan makanan, pakaian, barang keperluan dan sebagainya kepada petugas barisan hadapan serta rakyat yang memerlukannya. Pereka fesyen turut mereka PPE dan menderma PPE tersebut kepada petugas barisan hadapan. Terlalu banyak bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan dan juga rakyat buat mereka yang sangat memerlukan.

Dengan adanya kemudahan media sosial, rakyat turut menunjukkan rasa sayang kepada negara apabila ramai yang mengungkapkan kata-kata semangat dan ucapan penghargaan kepada petugas barisan hadapan. Terasa sayu membaca setiap nukilan tulisan rakyat namun begitulah indahnya perpaduan rakyat Malaysia.

Sehingga ke hari ini, Covid-19 masih merebak dengan varian yang baru dan kemudian diuji pula dengan banjir yang melanda kawasan yang tidak pernah banjir iaitu di sekitar Selangor. Sekali lagi rakyat bersatu hati, sedaya upaya membantu menyelamatkan mangsa-mangsa banjir. Di sini jelas menunjukkan semangat patriotisme rakyat tidak pernah luntur. Sentiasa ada untuk menjaga satu sama lain.

Semangat seperti ini harus diteruskan, harus disemai dan dipupuk sejak kecil bagi melahirkan generasi kental jati diri dan yang tinggi nilai perpaduannya.

#MalaysiaBoleh!

Continue Reading

covid-19

KAEDAH MEMOHON BAKUL PRIHATIN NEGARA

Published

on

By

Penularan wabak Covid-19 telah menyebabkan ramai rakyat hilang pekerjaan kerana banyak perniagaan terpaksa ditutup apabila Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Bagi mereka yang terjejas pendapatan akibat daripada penularan wabak COVID-19, permohonan Bakul Prihatin Negara boleh dibuat melalui kaedah seperti berikut:

Kredit Foto: Instagram KKM

•Talian Kasih: – 15999
•WhatsApp untuk mendaftar melalui Google form : http://www.wasap.my/6017-3729702/BakulPrihatinNegara
•Media Sosial Rasmi KPWKM
•Talian tambahan : – 03 8323 2176 / 03 8323 2177 / 03 8323 2178
•Bilik Gerakan JKM berdekatan anda

Bakul Prihatin Negara merupakan inisiatif Kerajaan yang berterusan dalam memastikan tanggungjawab terus dipikul untuk membantu rakyat yang terkesan. Bantuan dihulurkan bagi mereka yang memerlukan. Bersama kita terapkan usaha “kita bantu kita”.

#kitajagakita

#malaysiaboleh

Continue Reading

Trending