Connect with us

rakyat

Selamat Menyambut Hari Thaipusam 2021!

Published

on

Selamat menyambut Thaipusam kepada seluruh penganut Hindu di Malaysia.

Thaipusam disambut setiap tahun bila masyarakat Hindu Malaysia menunaikan ikrar mereka dan ia adalah juga masa bagi Malaysia menunjukkan kepada dunia semangat tulen Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.

Namun, sambutan untuk Thaipusam kali ini berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya kerana kita masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan bagi menurunkan kadar penularan Covid-19 yang semakin meningkat naik.

Berkaitan dengan perkara ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa mengumumkan Majlis Keselamatan Negara meluluskan perarakan pedati membawa Dewa Murugan dari kuil di Jalan Bandar ke Batu Caves pada 27 Jan ini dan kembali ke kuil sama dua hari kemudian.

Tetapi, katanya, kelulusan itu mempunyai syaratnya, iaitu ‘chariot’ tidak boleh berhenti di mana-mana, pengikut tidak lebih 10 orang, tiada muzik dan lain-lain dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memantau pematuhan SOP semasa perarakan.

#KitaJagaKita

#PatuhiSOP

#MalaysiaBoleh

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malaysia

Langkah-langkah memupuk semangat perpaduan

Published

on

By

Keharmonian negara hanya dapat dikekalkan melalui perpaduan rakyat. Terdapat 4 langkah-langkah untuk memupuk semangat perpaduan.

1. Rakyat Malaysia seharusnya menghindari sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi kaum.

  • Media sosial perlu digunakan dengan sebaik mungkin tanpa mencetuskan isu perkauman atau yang seumpama dengannya.

2. Meraikan hari perayaan kaum Malaysia bersama-sama

  • Kunjung-mengunjungi antara satu sama lain.
  • Mengeratkan silaturahim antara kaum.
  • Memahami perayaan masing-masing.
  • Menghormati antara satu sama lain.
  • Makan dan minum bersama-sama.

3. Aktiviti dan sukan.

  • Beriadah dan melakukan aktiviti dan bersukan bersama-sama.

4. Media massa yang menyebarkan mesej positif tentang kepentingan perpaduan.

  • Pengaruh media massa amat penting dalam menyebarkan mesej-mesej yang positif.

 

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

#MalaysiaBoleh

Continue Reading

rakyat

Semangat patriotisme rakyat tidak pernah luntur

Published

on

By

Tahun 2020 merupakan tahun yang mungkin tidak akan dilupakan oleh rakyat Malaysia. Permulaan di mana Malaysia dilanda wabak Covid-19 sehingga melumpuhkan ekonomi negara, namun rakyat Malaysia tetap bersatu hati membantu satu sama lain untuk sama-sama berperang dengan wabak covid-19.

Pandemik COVID-19 juga telah memperkukuh semangat patriotisme rakyat. Menyaksikan rakyat Malaysia saling membantu tanpa mengira warna kulit dan agama. Ada yang menyediakan makanan, pakaian, barang keperluan dan sebagainya kepada petugas barisan hadapan serta rakyat yang memerlukannya. Pereka fesyen turut mereka PPE dan menderma PPE tersebut kepada petugas barisan hadapan. Terlalu banyak bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan dan juga rakyat buat mereka yang sangat memerlukan.

Dengan adanya kemudahan media sosial, rakyat turut menunjukkan rasa sayang kepada negara apabila ramai yang mengungkapkan kata-kata semangat dan ucapan penghargaan kepada petugas barisan hadapan. Terasa sayu membaca setiap nukilan tulisan rakyat namun begitulah indahnya perpaduan rakyat Malaysia.

Sehingga ke hari ini, Covid-19 masih merebak dengan varian yang baru dan kemudian diuji pula dengan banjir yang melanda kawasan yang tidak pernah banjir iaitu di sekitar Selangor. Sekali lagi rakyat bersatu hati, sedaya upaya membantu menyelamatkan mangsa-mangsa banjir. Di sini jelas menunjukkan semangat patriotisme rakyat tidak pernah luntur. Sentiasa ada untuk menjaga satu sama lain.

Semangat seperti ini harus diteruskan, harus disemai dan dipupuk sejak kecil bagi melahirkan generasi kental jati diri dan yang tinggi nilai perpaduannya.

#MalaysiaBoleh!

Continue Reading

covid-19

KAEDAH MEMOHON BAKUL PRIHATIN NEGARA

Published

on

By

Penularan wabak Covid-19 telah menyebabkan ramai rakyat hilang pekerjaan kerana banyak perniagaan terpaksa ditutup apabila Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Bagi mereka yang terjejas pendapatan akibat daripada penularan wabak COVID-19, permohonan Bakul Prihatin Negara boleh dibuat melalui kaedah seperti berikut:

Kredit Foto: Instagram KKM

•Talian Kasih: – 15999
•WhatsApp untuk mendaftar melalui Google form : http://www.wasap.my/6017-3729702/BakulPrihatinNegara
•Media Sosial Rasmi KPWKM
•Talian tambahan : – 03 8323 2176 / 03 8323 2177 / 03 8323 2178
•Bilik Gerakan JKM berdekatan anda

Bakul Prihatin Negara merupakan inisiatif Kerajaan yang berterusan dalam memastikan tanggungjawab terus dipikul untuk membantu rakyat yang terkesan. Bantuan dihulurkan bagi mereka yang memerlukan. Bersama kita terapkan usaha “kita bantu kita”.

#kitajagakita

#malaysiaboleh

Continue Reading

Trending