Pemberian vaksin COVID-19 fasa kedua akan ditambah kumpulan baharu

Foto: The Malaysian Reserve

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa pemberian vaksin COVID-19 pada fasa kedua akan ditambah beberapa kumpulan penerima baharu yang bakal diumum pada Isnin ini.

Beberapa kumpulan yang dikategorikan sebagai ‘economic frontliners’  akan dimasukkan sebagai penerima vaksin fasa kedua selepas dipersetujui di peringkat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin.

Langkah ini diambil kerana pendaftaran buat golongan sasar bagi fasa kedua ini masih belum diterima sepenuhnya. Namun, Khairy menegaskan bahawa warga emas dan golongan yang mempunyai penyakit kronik tetap menjadi keutamaan dalam pemberian vaksin fasa kedua tersebut.

Untuk mereka yang mahu mendaftar, sila klik Panduan Mendaftar Program Imunisasi Covid-19 untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara mendaftar program ini.

#KitaJagaKita

#MalaysiaBoleh

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version