Connect with us

Sukan

Pemain golf Gavin Green teruja untuk kibarkan Jalur Gemilang di Terbuka British

Published

on

Juara Order of Merit Jelajah Pembangunan Asia (ADT) Gavin Green tidak sabar untuk kibarkan bendera Jalur Gemilang hari ini kerana beliau bakal menunjukkan bakatnya di Terbuka British (The Open) di Carnoustie, United Kingdom.

Gavin yang hanya berumur 24 tahun, termasuk Iain Steel (1996) dan Danny Chia (2005 ,2008 dan 2010), merupakan antara pemain Tanah Air yang layak bermain di kejohanan tertua dunia ini!

Gavin turut berkata yang beliau akan cuba untuk enjoy dan melakukan yang terbaik dalam kejohanan tersebut.

Yang turut memberi sokongan kepada Gavin ialah jurulatih-jurulatih dan ahli fisionya.

Pada 2017, Gavin dinobat sebagai Pemain Terbaik Jelajah Asia 2017 selepas tamatnya Indonesia Masters di Jakarta (2017). Beliau juga meraih gelaran Jelajah Asia pertamanya di Taiwan Masters, menjadi naib juara sebanyak tiga kali pada Terbuka India, Yeangder Heritage di Taiwan dan Terbuka Shinhan Donghae di Korea Selata.

Pemain golf no.1 Malaysia ini muncul sebagai pemain Malaysia pertama yang memenangi gelaran Order of Merit Jelajah Asia, sejak Jelajah Asia ditubuhkan pada tahun 2004.

Gavin turut kata beliau berasa rendah diri untuk mewakili Malaysia dalam kejohanan seperti Terbuka British.

“Apabila saya melihat bendera Malaysia berkibaran dalam kejohanan yang saya tanding, saya akan berasa sangat bertuah untuk mewakili negara” katanya.

Sukan

Pandelela Pamg sekali lagi mengharumkan nama Malaysia di peringkat dunia

Published

on

Pandelela Rinong anak Pamg, sekali lagi mengharumkan nama Malaysia dengan meraih pingat sulung negara bagi acara 10M platform wanita di Piala Dunia FINA di Tokyo.

Pemilik dua kali Medal Olimpik ini menunjukkan karakter dan komposisi yang kuat untuk menewaskan pesaingnya dengan jumlah 355.70 untuk memenangi acara individu 10m platform wanita itu.

Biodata ringkas Pandelela

Pandelela dilahirkan pada 2 Mac 1993 di Kupuo Jugan, di Bau. Beliau mempunyai ketinggian 5’3″ dan berat 52kg, berketurunan Bidayuh, kaum Bumiputera di Sarawak, Malaysia. Pada usia tujuh tahun beliau telah dipilih menjadi perenang negeri dan menyambung latihannya di Sekolah Sukan Bukit Jalil di Kuala Lumpur. Beliau mengambil ijazah Sains Sukan di Universiti Malaya, jurusan Pengurusan Sukan.

Rekod pingat Pandelela Rinong:

Pernah mengalami kecederaan

Pada tahun 2010, Pandelela patah tulang di kaki yang mengambil masa enam bulan untuk beliau sembuh. Selepas Sukan Olimpik 2012 beliau mengalami kecederaan di buku lali yang memaksanya untuk melangkau kejohanan Asia dan Sukan Universiti ASEAN. Pada Julai 2014, beliau mempunyai kecederaan lutut yang telah menjejaskan persembahan beliau di Sukan Komanwel 2014 dan mengehadkan penyertaannya untuk dua acara di Sukan Asia 2014.

Walaupun pernah mengalami pelbagai kecederaan, Pandelela tetap terus berjuang menjadi atlet terjun terbaik dunia. Semoga Pandelela terus mengharumkan nama negara di persada dunia dan menjadi contoh untuk anak muda bangkit dan mencipta nama di peringkat dunia dalam apa jua bidang.

#MalaysiaBoleh!

 

Continue Reading

Sukan

Contohi Sukan Komenwel Kuala Lumpur 1998! Semangat juang demi memburu kemenangan.

Published

on

Artikel asal: Malaysiakini

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengimbas kembali saat gemilang negara ketika menjadi tuan rumah Sukan Komanwel pada 1998.

Ketika berucap dalam acara penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen Malaysia untuk Sukan Asia 2018 yang akan diadakan di Palembang Indonesia, Mahathir menggesa para atlet untuk menghidupkan semangat memburu kemenangan yang ditunjukkan atlet terdahulu.

“Semangat atlet kita pada masa itu, yang memenangi pingat emas antaranya Sapok Biki (tinju), Hidayat Hamidon (angkat berat), Nurul Huda Bahrin (menembak) dan G Saravanan (olahraga).

“(Semangat mereka) Tidak berbelah bahagi untuk mengharumkan nama negara dan seterusnya (meletakkan negara) menduduki tangga keempat secara keseluruhan,” katanya di Dataran Perdana, Putrajaya.

Beliau sebelum itu menerima jaket rasmi kontinjen negara daripada pelumba basikal Azizulhasni Awang.

Bersama-sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan barisan menteri kabinet, Mahathir turut menyebut tentang jaguh badminton Lee Chong Wei yang tidak dapat menyertai Sukan Asia kali ini.

“Kepada Lee Chong Wei, saya harap dia akan cepat sembuh.

“Walaupun dia tidak dapati mewakili negara kali ini, semangatnya selama ini pastinya membakar kontinjen kita untuk membawa kejayaan lebih besar,” katanya.

Beliau kemudian menyerahkan Jalur Gemilang kepada chef-de-mission Abdul Azim Mohd Zabidi. Turut hadir adalah Presiden Majlis Olimpik Negara Datuk Mohamad Norza Zakaria.

Bercakap dengan pemberita selepas itu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata negara kali ini menyasarkan tujuh pingat emas.

“Jika nasib kita baik, jumlah pingat emas boleh jadi sebelas,” katanya.

Dalam edisi kali ini yang akan diadakan pada 18 Ogos hingga 2 September, kontinjen negara yang diwakili 426 atlet dan 147 pegawai akan bersaing dalam 35 daripada 40 acara yang dipertandingkan.

Continue Reading

Sukan

F1 akan kembali beraksi di SIC?

Published

on

Sejarah awal F1 di Malaysia bermula apabila pembinaan SIC telah dimulakan pada tahun 1997 hingga 1999 dengan trek sepanjang 5.543 kilometer.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai F1? Tonton video di bawah!

Continue Reading

Trending