Connect with us

Sukan

Kejohanan Terbuka Malaysia 2018: Chong Wei bakal berdepan Viktor Axelsen?

Published

on

Kuala Lumpur, 29 Jun 2017 – UJIAN sebenar jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bakal diuji apabila menentang pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen dari Denmark pada suku akhir Kejohanan Terbuka Malaysia 2018 di sini hari ini.

Chong Wei mudah mara ke pusingan suku akhir apabila hanya mengambil masa 29 minit untuk menewaskan pemain berpengalaman, Lee Hyun Il dari Korea Selatan  21-7, 21-7 pada pusingan kedua di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.

Dalam aksi terdahulu, Axelsen terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan pemain Thailand,  Tanongsak Saensomboonsuk, 23-21, 19-21, 21-11 dalam satu lagi perlawanan  pusingan kedua.

Chong Wei berkata beliau tetap berazam  menambah koleksi kejuaraannya itu buat kali ke-12 terutamanya di halaman sendiri dan bersedia memberikan tentang sengit kepada Axelsen.

“Ramai bertanyakan kepada saya, kenapa masih mahu memenangi kejohanan ini sedangkan saya sudah menjuarainya sebanyak 11 kali, bagi saya Kejohanan Terbuka Malaysia sangat penting dan saya masih bersemangat untuk menang,

“Axelsen kini pemain nombor satu dunia, bagi saya tiada apa yang dirisaukan dan saya akan berikan tentangan sengit pada perlawanan esok. Terbuka Malaysia kali ini lebih berbeza, standard lebih tinggi berbanding dulu,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Untuk rekod pertemuan, Chong Wei mempunyai kelebihan iaitu memenangi 10 perlawanan dalam 13 pertemuan dengan Axelsen.

Mengenai perlawanan hari ini, Chong Wei memuji Hyun Il walaupun sudah berusia 38 tahun masih mempunyai semangat untuk beraksi dan menyifatkan pemain berpengalaman itu merupakan seorang pemain yang hebat.

“Kali terakhir saya menentang beliau pada 2012 di All England, memang nampak permainan hari ini mudah tetapi bagi saya dengan siapa saya bertemu, paling penting adalah fokus untuk mendapatkan mata kemenangan.

“Hyun Il adalah pemain lebih senior daripada saya, beliau tetap memberikan hantaran yang bagus dan mempunyai semangat di gelanggang. Sebelum saya turun ke gelanggang tadi, saya hanya fikir beliau merupakan pemain yang hebat dan susah untuk dikalahkan,” katanya.

Sementara itu, musuh tradisi, Lin Dan dari China tersingkir di pusingan kedua selepas tewas kepada rakan sepasukan Shi Yuqi dengan 19-21, 12-21.

Dalam pada itu, pemain Jepun, Kento Momota meraih kemenangan mudah apabila pemain nombor dua dunia Son Wan Ho dari Korea Selatan menarik diri daripada perlawanan ketika Momota mendahului 21-11, 0-1. – Bernama

Sumber: Sinar Harian

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Sukan

Pandelela Pamg sekali lagi mengharumkan nama Malaysia di peringkat dunia

Published

on

Pandelela Rinong anak Pamg, sekali lagi mengharumkan nama Malaysia dengan meraih pingat sulung negara bagi acara 10M platform wanita di Piala Dunia FINA di Tokyo.

Pemilik dua kali Medal Olimpik ini menunjukkan karakter dan komposisi yang kuat untuk menewaskan pesaingnya dengan jumlah 355.70 untuk memenangi acara individu 10m platform wanita itu.

Biodata ringkas Pandelela

Pandelela dilahirkan pada 2 Mac 1993 di Kupuo Jugan, di Bau. Beliau mempunyai ketinggian 5’3″ dan berat 52kg, berketurunan Bidayuh, kaum Bumiputera di Sarawak, Malaysia. Pada usia tujuh tahun beliau telah dipilih menjadi perenang negeri dan menyambung latihannya di Sekolah Sukan Bukit Jalil di Kuala Lumpur. Beliau mengambil ijazah Sains Sukan di Universiti Malaya, jurusan Pengurusan Sukan.

Rekod pingat Pandelela Rinong:

Pernah mengalami kecederaan

Pada tahun 2010, Pandelela patah tulang di kaki yang mengambil masa enam bulan untuk beliau sembuh. Selepas Sukan Olimpik 2012 beliau mengalami kecederaan di buku lali yang memaksanya untuk melangkau kejohanan Asia dan Sukan Universiti ASEAN. Pada Julai 2014, beliau mempunyai kecederaan lutut yang telah menjejaskan persembahan beliau di Sukan Komanwel 2014 dan mengehadkan penyertaannya untuk dua acara di Sukan Asia 2014.

Walaupun pernah mengalami pelbagai kecederaan, Pandelela tetap terus berjuang menjadi atlet terjun terbaik dunia. Semoga Pandelela terus mengharumkan nama negara di persada dunia dan menjadi contoh untuk anak muda bangkit dan mencipta nama di peringkat dunia dalam apa jua bidang.

#MalaysiaBoleh!

 

Continue Reading

Sukan

Contohi Sukan Komenwel Kuala Lumpur 1998! Semangat juang demi memburu kemenangan.

Published

on

Artikel asal: Malaysiakini

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengimbas kembali saat gemilang negara ketika menjadi tuan rumah Sukan Komanwel pada 1998.

Ketika berucap dalam acara penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen Malaysia untuk Sukan Asia 2018 yang akan diadakan di Palembang Indonesia, Mahathir menggesa para atlet untuk menghidupkan semangat memburu kemenangan yang ditunjukkan atlet terdahulu.

“Semangat atlet kita pada masa itu, yang memenangi pingat emas antaranya Sapok Biki (tinju), Hidayat Hamidon (angkat berat), Nurul Huda Bahrin (menembak) dan G Saravanan (olahraga).

“(Semangat mereka) Tidak berbelah bahagi untuk mengharumkan nama negara dan seterusnya (meletakkan negara) menduduki tangga keempat secara keseluruhan,” katanya di Dataran Perdana, Putrajaya.

Beliau sebelum itu menerima jaket rasmi kontinjen negara daripada pelumba basikal Azizulhasni Awang.

Bersama-sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan barisan menteri kabinet, Mahathir turut menyebut tentang jaguh badminton Lee Chong Wei yang tidak dapat menyertai Sukan Asia kali ini.

“Kepada Lee Chong Wei, saya harap dia akan cepat sembuh.

“Walaupun dia tidak dapati mewakili negara kali ini, semangatnya selama ini pastinya membakar kontinjen kita untuk membawa kejayaan lebih besar,” katanya.

Beliau kemudian menyerahkan Jalur Gemilang kepada chef-de-mission Abdul Azim Mohd Zabidi. Turut hadir adalah Presiden Majlis Olimpik Negara Datuk Mohamad Norza Zakaria.

Bercakap dengan pemberita selepas itu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata negara kali ini menyasarkan tujuh pingat emas.

“Jika nasib kita baik, jumlah pingat emas boleh jadi sebelas,” katanya.

Dalam edisi kali ini yang akan diadakan pada 18 Ogos hingga 2 September, kontinjen negara yang diwakili 426 atlet dan 147 pegawai akan bersaing dalam 35 daripada 40 acara yang dipertandingkan.

Continue Reading

Sukan

F1 akan kembali beraksi di SIC?

Published

on

Sejarah awal F1 di Malaysia bermula apabila pembinaan SIC telah dimulakan pada tahun 1997 hingga 1999 dengan trek sepanjang 5.543 kilometer.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai F1? Tonton video di bawah!

Continue Reading

Trending