Kesihatan
Kadar kes diabetes Malaysia tertinggi di Asia
Published
5 years agoon
By
Amy Ismail

Dijangka hampir separuh daripada rakyat Malaysia yang menghidap penyakit ‘pembunuh senyap’ diabetes. Kredit gambar: ZahirahHafizan.com
Malaysia mempunyai jumlah penghidap penyakit kencing manis atau diabetes yang tertinggi di Asia dan antara yang tertinggi di dunia selepas Arab Saudi, kata pengerusi eksekutif Institut Diabetes Kebangsaan (NADI) Datuk Dr Mustaffa Embong.
Menurut Datuk Dr Mustaffa, kira-kira 2.5 juta orang dewasa di Malaysia berusia 18 ke atas menghidapi penyakit diabetes dan statistik dalam rekod NADI menunjukkan hampir separuh daripada rakyat Malaysia tidak sedar mereka menghidap diabetes.
“Kebanyakan diabetes Jenis 2 langsung tidak meunjukkan sebarang gejala, sehinggalah anda terkena serangan jantung, strok, buah pinggang bermasalah, menjadi buta dan terpaksa dilakukan amputasi,” katanya.
Beliau memberitahu Bernama ketika ditemui pada Persidangan dan Perbincangan Agung Komplikasi Diabetes ke-10 (DCOM 2018) di sini pada Selasa.
Justeru, kata Dr Mustaffa, diabetes merupakan satu daripada masalah kesihatan yang kenali sebagai pembunuh senyap atau ‘silent killer‘.
“Justru, pada persidangan ini, pelbagai topik berkaitan aspek perubatan dan rawatan baharu untuk mereka yang menghidap diabetes akan dikemukakan bagi menangani masalah itu,” katanya.
Sebanyak 11 pakar dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Eropah dan Asia akan membentangkan topik masing-masing pada persidangan dua hari itu yang dihadiri kira-kira 200 peserta terdiri daripada pengamal perubatan. — Bernama
SaveSave
You may like

Tahukah anda pada usia 18 tahun, anak- anak kita sudah boleh menderma darah?
Merekalah generasi pelapis penderma darah. Membantu insan lain yang sedang memerlukan darah dalam waktu-waktu kecemasan dan pembedahan.
Bayangkan masa depan, tanpa generasi pelapis ini menderma darah, dimanakah akan kita dapati darah untuk menyelamatkan insan yang memerlukannya?
Ayuh kita ajak anak kita, anak saudara kita, rakan – rakan kita yang belum menderma darah untuk hadir menjadi barisan hadapan yang menderma darah.
Kibarkan semangat menderma darah, kibarkan semangat kemerdekaan.
Kita sayang Malaysia.
#malaysiaboleh
#kitajagakita
covid-19
4 sebab yang tidak membenarkan anda hadir ke PPV
Published
2 years agoon
14/07/2021By
Arabella
Anda tidak dibenarkan hadir ke PPV jika anda mempunyai 4 sebab seperti di bawah:
Kredit Foto: Instagram KKM
Pastikan anda sihat, bebas daripada sebarang simptom dan tidak mempunyai kemungkinan dijangkiti COVID-19 sebelum hadir ke PPV untuk janji temu vaksinasi.
#kitajagakita
#MalaysiaBoleh
Kesihatan
Selain menyelamatkan nyawa, terdapat 5 manfaat menderma darah
Published
2 years agoon
20/05/2021By
Arabella
Pendermaan darah kepada pesakit sentiasa diperlukan. Sebanyak 2000 beg darah diperlukan oleh pesakit setiap hari di seluruh Malaysia.
Ia bukan sahaja satu perbuatan yang mulia, tetapi terdapat pelbagai manfaat menderma darah untuk kesihatan penderma.
Berikut merupakan 5 manfaat menderma darah yang perlu anda tahu:
1. Mengesan masalah kesihatan
Sebelum menderma darah, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan fizikal dan ujian darah. Meskipun ia bukan pemeriksaan menyeluruh tetapi setidak-tidaknya ia dapat membantu mengesan sebarang masalah kesihatan yang mungkin anda tidak ketahui.
Pemeriksaan itu umumnya akan memeriksa tekanan darah, suhu badan, degupan jantung dan kadar hemoglobin dalam darah. Jika ia menunjukkan terdapat sebarang masalah, maka individu itu tidak sesuai untuk menderma darah.
2. Rasa lebih sihat
Ramai penderma darah memberitahu, setiap kali selepas menderma darah, mereka akan berasa lebih sihat dan bertenaga yang membuatkan mereka ingin menderma darah lagi.
Ada juga yang mengatakan bahawa menderma darah boleh membakar 650 kalori. Namun tiada bukti ilmiah yang menyokong kepada dakwaan tersebut.
3. Mengurangkan kadar zat besi bagi penderita hemochromatosis
Individu dengan masalah hemochromatosis memiliki terlalu banyak zat besi dalam darah sekaligus mempengaruhi fungsi pelbagai organ vital tubuh.
Menderma darah adalah salah satu bentuk rawatan yang paling baik untuk golongan ini, sekaligus dapat membantu golongan yang memerlukan.
4. Menjaga kesihatan jantung
Pada tahun 2019, terdapat kajian yang meneliti data daripada 160,000 wanita yang mendermakan darah selama 10 tahun mendapati menderma darah memberi perlindungan jangka panjang kepada kesihatan kardiovaskular mereka.
5. Mengawal tekanan darah
Beberapa kajian mendapati bahawa menderma darah dapat menurunkan tekanan darah dan mengawalnya agar sentiasa berada dalam keadaan normal.
Perkhidmatan pendermaan darah adalah termasuk perkhidmatan perlu (Essential Services). Jadi, marilah kita menderma darah!
- Membawa buku/kad penderma darah (untuk penderma regular); ATAU
- Mendapatkan slip temujanji pendermaan darah. (Slip ini akan dihantarkan ke e-mel yang diberikan dan perlu disimpan sebagai bukti temujanji untuk menderma darah); ATAU
- Mengisi borang pendaftaran penderma darah secara atas talian. Borang yang siap diisi akan dihantarkan ke e-mel tuan/puan dan seterusnya perlu dicetak.