Hati-hati! Kes HFMD di semua negeri kecuali Sarawak meningkat!

Kes HFMD tahun ini telah merekodkan jumlah yang tertinggi berbanding tahun-tahun sebelum dengan 35,886 kumulatif kes bermula 1 Januari hingga 23 Julai lalu.

Sebanyak 469 buah premis pendidikan telah ditutup melibatkan 217 taska, 223 tadika atau prasekolah dan selebihnya daripada 27 buah sekolah!

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pelaksanaan saringan di pintu masuk taska, tadika, prasekolah dan sekolah rendah (Darjah Satu hingga Tiga) perlu bagi memastikan hanya kanak-kanak tiada tanda jangkitan HFMD saja dibenarkan masuk ke kelas.

Video di bawah merupakan penerangan lanjut mengenai penyakit HFMD ini.

Sumber: Berita Harian

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version