Festival Bon Odori di Shah Alam

Festival Bon Odori tahun ini merupakan majlis ke-42 yang diadakan di Malaysia.

Tapi, apa itu festival Bon Odori?

Pada asalnya, festival ini adalah perayaan Buddha Jepun bagi menghormati roh nenek moyang mereka.

Kredit gambar: The Malaysian Insight

Perkataan “Bon Odori” bermaksud tarian rakyat popular Jepun, sejak lebih kurang 600 tahun yang lalu.

Di Malaysia, Festival Bon Odori diadakan di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam dan merupakan majlis yang dinanti-nantikan oleh peminat-peminat tradisi Jepun di Malaysia.

Kredit gambar: The Malaysian Insight

Orang ramai kian bersesak-sesak tanpa mengira usia. Ada juga yang turut memakai pakaian tradisional Jepun seperti Yukata.

Terdapat juga gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis makanan Jepun seperti onigiri dan ais krim Matcha!

Kini, Bon Odori lebih dikaitkan dengan penganjuran pesta musim panas yang disambut dengan keriangan.

Ada tak antara korang yang lawat Festival Bon Odori pada hujung minggu yang lepas?

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version